Saturday, October 24, 2009

entry 'nyet nyot'

sashiburi!
long time no see....
assalamualaikum...(eh, bukan patut bagi salam dulu ke??)
ok, papola..! tadi eden poie somban 2 dengan cik kama naik keto dio. dio kato eden merupokan passenger pertamo dio di kalangan kengkawan. ok, silo catit dalam buku 'malaysian book of record' atas pencapaian membanggokan itu.
tercapai jugak cito2 den untuk tengok filem 'papadom'. cito dio best tapi den tak pueh tengok sobab takdo subtitle. bajet cam den ni foreigner la..tak paham kalau takdo subtitle. tak, bukan..tapi tak berapo jelas apo yang diorang kobakan. so, sebolum golak tu cam ado pending jap sobab nak piker apo yang dio kobakan tadi...bogitulah...

papadom review
  • jalan cerita yang menarik. rasanya tak pernah ada orang wat cerita bapak yang terlalu protective sampaikan skodeng anak kat u
  • walaupun ni dikategorikan sebagai cerita serius. rated as PG13. tapi memang banyak elemen lawak yang tak paksa penonton gelak, tapi nurul 'ain gelak sampai hentak2 kaki. gelak kama kedengaran 1 panggung. nasib baik duduk blakang skali...
  • walaupun tak brapa minat liyana jasmay, tapi dia memang layak dapat anugerah pelakon wanita terbaik untuk filem ni sebab dia pandai sangat bawak watak miasara tu.
  • watak nurkhiriah sebagai mun memang penyeri filem ni. sebab dia boleh jadi macam2.
  • pujian diberi pada que haidar sebab watak dia cute sangat. seorang nerd yang weird. wajib tayang!
setolah selosai makan, mako kami pun pulang. eden dah koba kek kama ni. anta den kek terminal 1 yo tapi dio nak anta den ke terminal 2. den pun macam kompiden la bagitau jalan. ceh, manjang silap yo. silo jangan percayo kato2 ain lopeh ni, buek abih minyak keto yo. tapi kompem, lopeh ni den memang ingat jalan.

ini shin chan 'nyet nyot'. kalo benda ni memang dah sedia wujud dalam keta ni masa aku naik, kompem aku cabut kepala dia

ini 'ain 'nyet nyot'. pasan tak baju sama kaler ngan shin chan 'nyet nyot' pastu pakai lak tudung kaler itam. samer kan3x?

ini kama err...bukan 'nyet nyot'. eh, kama nampak tinggi kan3x???!
(KAMA JANGAN MARAH!!)

tadi 1st time lalu jalan baru kek bukit putus tu. tapi den tak menikmati pemandangan dan kemudahan jalan tu sobab den ngantuk botul. tersongguk2 den dalam bas tu.

Tuesday, October 13, 2009

apekah...?

sashiburi..!
long time no see...
takde benda nak tulis...takde benda nak share.. saje2 gatal tangan nak taip...

taip, taip, taip...ok, dah penat...mari tidur...*_*

Thursday, October 1, 2009

Caca Marba (ni bahasa apa ye?)

tak tahu nak tulis pe..saje nak conteng2. tadi baru tengok 6th sense kat TV2. wah, i siap nanges you! time budak tu bagitau kat mak dia pasal nenek dia. nama watak budak tu cole. ceh, memang patut pun 'cold' je. walaupun aku tak penah nengok cite ni..er..dah berzaman kot cite ni. tapi ada satu ayat yang memang sangat popular daripada filem ni sampai aku yang tak penah tengok pun tau..
" i can see dead people" intonasi mestilah berbisik bagi menimbulkan mood seram atau dalam bahasa Utopia, 'angker'...

aku pun baru je mengaccept friend request kat 'mukabuku' daripada member sekolah rendah aku. eh, bukan. member sejak tadika. diala kawan aku yang paling lama aku kawan. ada on off la. dulu aku tak suka dengan dia. tapi tu cerita lama. masing2 dah besar. dia dah lain sekarang. dulu pernah chat dengan dia dan kitorang ni macam dah bertukar karakter lak. dia baik, aku gila2. dulu terbalik...tu menunjukkan dah tak guna nak ingat cerita lama. semua boleh berubah...

sebab ni entry caca marba, maka boleh cerita pasal macam2. takde tema khusus. nak cerita, hari tu masa kat perak, ada sedara aku meninggal. walaupun dia dah tua, dalam 70 tahun kot...tapi pangkatnya ialah abang kepada aku. satu sebab kenapa aku tak suka sedara belah perak. eh, bukan tak suka dia...ish,xbaik cerita pasal orang dah meninggal. tapi bukan nak cerita pasal dia tapi nak cerita pasal er...ape ye perkataan sesuai...em..adat kot, ke amalan...?

ha, masa kat rumah jenazah, mereka distribute satu dulang yang berisi daun pandan yang dipotong kecik2. setiap orang kat situ ambik beberapa dan start carik sampai jadi halus macam bunga rampai tu..tapi kasar sikit. wan cho (makcik) aku suruh aku ngan akak aku ambik. so, kitorang pun ambik dan aku start la carik2. walaupun aku buat benda yang sama macam orang lain buat, tapi diorang pandang aku macam semacam.
aku pun tanyala akak aku "nak buat apa carik daun pandan ni?"
akak aku kata "baca *qulhuwallah la"
"eh, mana tau? penah buat ke?"
"wan cho cakap tadi"
"ler...ngape tak cakap dari tadi? ok, satu carikkan, satu bacaan *qulhuwallah"
(*kita selalu cakap qulhuwallah walaupun surah ni nama Al-Ikhlas)
patutla semua bagi pandangan cam pelik je kat aku. mesti diorang ingat aku tak penah pegi melawat rumah orang meninggal.
kat N.S takde adat camtu. bagus jugak sebab kadang2 orang datang, tak boleh baca al-quran dan bukannya terpikir pun nak baca surah2 pendek tu. jadi dengan mencarik2 daun pandan tu, kita fokus la nak baca...lagi satu, ia menjadikan tangan kita harum berbau pandan...

salah satu benda baru yang aku blajar....btollah orang cakap, jauh perjalanan, luas pemandangan. kalau jarang dapat berjalan, tengok je 'Amazing Race'. sekarang ni season baru kat channel AXN. setiap isnin pukul 9 malam...hehe