Saturday, November 21, 2009

ni la namenye pengalaman...

assalamualaikum...
hari ni hari sabtu dan hari untuk rilek2 setelah 5 hari bekerja. eh, lupe nak cakap yang cik nurul 'ain skarang dah bergelar pekerja. ok, memang takde mood langsung nak cerita pasal kerja ni sebab hari 1st kerja dah berniat nak berhenti. haha! i'm not a quiter tapi..........tak guna nak teruskan kalau dah tak suka. buat ape hari2 pergi kerja tapi lepas tu berendam air mata.

ok, bunyi macam teruk sangat je kerja ni. macam nak kena angkat guni berkilo2. takla...kerja dia simple je...nama jawatan ni PA atau Pembantu Akademik atau Perunding Akademik atau ada gak kata Pengurus Akademik. tengok, nama pun macam2...sukati je nak letak ape. kerja dia very simple. just call nama2 student yang ada dalam list, cek sama ada diorang dah further study and then kalau masih terlanguk kat rumah tak buat apa2, time ni la kena jual minyak. minyak ape?? minyak urat...promote la kolej ni. sebab aku baru lagi, so memang aku tak reti nak explain kat orang. aku just suruh dorang datang taklimat untuk dengar penerangan lebih lanjut. lagi satu, aku kan produk IPTA dan peminjam PTPTpu...eh, PTPTN...so aku tak tau nak kata apa kelebihan IPTS dan pinjaman mara. sebab masing2 ada pro and kontra and aku ni jenis yang tak pandai nak sorok2 kalau aku tak suka dan tak setuju. senang cerita, baik korang dengar je orang lain jual minyak urat tu. aku stay dengan minyak gamat keluaran 'warisan saju'. (?)

masalah utama dengan pekerjaan ni ialah transport. kalau nak pegi dan balik ke kolej ni dari rumah aku, kena ganti 2 buah bas. kalau basnya kerap takpe gak, tapi berjanggut nak tunggu weh! adoi...alangkah syoknye ada kereta tapi duit takde nak beli. kenela kumpul duit dulu baru leh beli. proses pengumpulan tu la yang aduhai....peritnye...YA ALLAH..BERILAH NURUL 'AIN KEKUATAN.AMIN...

cerita pasal transport, nak ceritala pasal pengalaman semalam...ari jumaat. aku dulu kan praktikal kat jabatan kerajaan. so, aku punya time table pun macam kerajaan gak walaupun kat kolej ni tak kesah langsung pasal time. so, semalam aku keluar ofis kul 12 lebih dengan niat nak pergi Jusco. aku pun ambik teksi dan rasa macam nak bakar je teksi tu sebab perjalanan yang teramat2 dekat tu sampai RM6 walaupun kat meter RM4 (RM3+Rm1). bila aku tanya apek teksi tu, dia kata tu harga biasa. aku nak kata ape lagi, bayar je la. so, nak balik tu, aku decide nak naik bas je.

aku pun tunggu kat depan Jusco-lama.....satu bas pun tak lalu. nasib baik ada sorang pakcik teksi tu tanya aku tunggu sape, so aku pun tanya dia bas tak lalu ke. dia cakap bas lalu kat blakang Jusco. ok, rasa nak berdiri kat tengah2 jalan! aku pun pergilah ke blakang and tunggu. nasib baik ada bebudak pompuan budak kolej aku rasa tunggu bas gak. so, kitorang tunggu-lama...akhirnya bas pun datang. aku tak tau bas tu ikut jalan mana. tapi aku naik je. lepas tu bas tu ikut jalan yang aku tak tau dan tak penah tau pun. aku ingat nak turun skali dengan bebudak perempuan tu.............tapi, aku tak sedar bila masa dorang turun! ok, rilek ain. bas ni tak pegi sampai johor. tapi ni kat mane???! karang kalau aku turun je, lagila susah sebab aku tak tau aku kat mane. so, aku duduk je dalam bas tu dan rasanya muka dah pucat lesi. lepas tu bas tu pusing2 dan pegi jusco balik. ok, rilek ain. buat muka kompiden...lepas tu, akhirnya bas tu stop kat kolej. aku masuk ofis kul 3.30pm dan buat muka senatural mungkin walaupun satu badan dah shaking.
tobat taknak pegi jusco time keje! kecuali rasa terlalu kaya nak pegi balik naik teksi. tambang bas balik umah lagi murah...huhu.

so, macam tu la serba sikit pengalaman kerja selama seminggu. maybe next entry cerita pasal pengalaman call strangers lak. okay??

Saturday, November 14, 2009

suka naik keta ngan kama sebab boleh update diri dengan lagu2 baru...maklumla, aku skang dah jarang sangat dengar radio. kalau naik kereta dengan daddy, pasang 'klasik nasional' ataupun IKIM. sampai aku pun asek humming lagu2 otai ni. kalau IKIM best gak kalau dengar pagi2. boleh belajar la sket2 pasal bab2 agama ni...

salah satu lagu yang kami dengar dalam kereta kama aritu, lagu daripada Miley Cyrus, 'party in the USA'. ni liriknya:


I hopped off the plane at LAX with a dream and my cardigan
Welcome to the land of fame, excess, whoa am I gotta fit in?
Jumped in the cab, here I am for the first time
Look to my right, and I see the Hollywood sign

This is all so crazy, everybody seems so famous
My tummy's turnin' and I'm feelin' kinda homesick
Too much pressure and I'm nervous
That's when the taxi man turned on the radio

And the Jay-Z song was on
And the Jay-Z song was on
And the Jay-Z song was on

So I put my hands up, they're playin' my song
The butterflies fly away
I'm noddin' my head like "Yeah!"
Movin' my hips like "Yeah!"

Got my hands up, they're playin' my song
And now I'm gonna be okay
Yeah! It's a party in the USA!
Yeah! It's a party in the USA!

Get to the club in my taxi cab
Everybody's lookin' at me now
Like "Who's that chick that's rockin' kicks
She's gotta be from out of town"

So hard with my girls not around me
It's definitely not a Nashville party
'Cause all I see are stilettos
I guess I never got the memo

My tummy's turnin' and I'm feelin' kinda homesick
Too much pressure and I'm nervous
That's when the DJ dropped my favorite tune

And the Britney song was on
And the Britney song was on
And the Britney song was on

So I put my hands up, they're playin' my song
The butterflies fly away
I'm noddin' my head like "Yeah!"
Movin' my hips like "Yeah!"

Got my hands up, they're playin' my song
And now I'm gonna be okay
Yeah! It's a party in the USA!
Yeah! It's a party in the USA!

Feel like hoppin' on a flight, on a flight
Back to my hometown tonight, town tonight
Something stops me every time, every time
The DJ plays my song and I feel alright

So I put my hands up, they're playin' my song
The butterflies fly away
I'm noddin' my head like "Yeah!"
Movin' my hips like "Yeah!"

Got my hands up, they're playin' my song
And now I'm gonna be okay
Yeah! It's a party in the USA!
Yeah! It's a party in the USA!

So I put my hands up, they're playin' my song
The butterflies fly away
I'm noddin' my head like "Yeah!"
Movin' my hips like "Yeah!"

Got my hands up, they're playin' my song
And now I'm gonna be okay
Yeah! It's a party in the USA!
Yeah! It's a party in the USA!

kepada kama--------> ari tu aku silap dengar la...aku punya translation tu tak betol langsung....langsung...langsung! hehe...sori..

p/s: suka tengok kepala shin chan 'nyet nyot' goyang2 ikut muzik...pastu kekadang kepala dia cam stuck..haha, lawak!

Friday, November 13, 2009

dalam masa cuti ni..hehe...cuti ke?
"eleh, cakap jela time ko menganggur"
"...baik, senyap kau wahai kata hati"
ok, sambung..dalam masa takde keje kat umah ni kan, channel yang menjadi pilihan hati nurul 'ain ialah channel 303-KBS World. channel korea...free je...maklumla astro kat rumah tuan haji abdul wahab ni basic package je...huhu...(itupun mata anak dia ni dah terlekat kat tv tu 24 jam)

so, bila dah tengok cite korea je...maka aku pun sudah terpikat hati dengan mamat2 korean stars. mengapakah mereka ni cute sangat????

so, ni la antara mereka yang made me jump (literally) in front of the TV(wallamak, speaking lak makcik ni!)

1. enchek ni namenye Lee Dong Wook. i kenal dia...(uiceh,kenal kunun) melalui drama 'the partner'. pegh, dahla comel, peguam lak tu..dalam cite tu, dia slalu gaduh ngan partner dia aka heroin tapi dia care sangat kat partner dia tu. bila dia menunjukkan ke'caring'an dia tu, sangatla chumelnye!

2. ni plak changmin. dia ni daripada idol group 2am. suara dia best tau. changmin ni guest tetap untuk rancangan 'star golden bell challenge'. orang selalu kata dia ni tak hensem, tapi dia ni cute dan klaka sangat. walaupun mempunyai penglihatan yang baik, tapi dia pakai spec yang takde lenses, untuk bagi nampak hensem. tapi memang dia seswai pakai spec...suka kalau dia buat muka bengang sebab dia sepet2 kan mata dia...

3. yang ni daripada idol group SHINee. nama dia minho. cute sungguh dia senyum kan? dia ni star untuk rancangan 'KBSW Dream Team'. kalau dia kalah kan, nanti dia nangesh...huhu..chumel!

4. yang ni namanya Lee Wan. dia ni daripada group Super Junior @ suju. dia ni pun join 'KBSW Dream Team' gak. apa yang chumelnya pasal dia ni, dia ni humble. selalu cakap yang maybe dia takleh buat satu2 challenge, tapi sudahnya dia yang paling terer skali.

5. ni rapper eun ji won@ G 1@ eun choding. dia ni plak star untuk variety show '1 night, 2 days'. dia ni selambe je kutuk orang depan2 walaupun kat senior, tapi bila orang kutuk dia, dia akan buat muka innocent yang membuatkan orang nak pujuk dia. yang paling best kalau dia gelak. memang gelak yang pure. bila tengok dia gelak, kita lak rasa sakit perut.

6. yang ni sorang lagi star untuk '1 day,2 nights'. dia ni termuda sekali. dia ni very humble membuatkan orang lain suka kacau dia tapi at the same time takut gak ngan dia. dia ni multi talented. dia ni pandai,boleh nyanyi, berlakon, pandai buat lawak, athletic, pandai cakap english and japanese. sebab dia ni idol, so dia sangat menjaga penampilan lagi2 rambut. suka sangat tengok cermin.


wah, dalam taip main2 ni pun. 6 orang kau! ni sebahagian je ni...ramai lagi. tak masuk japanese idol lagi. huhu...nanti2 aku buat entry pasal variety show yang aku suka tengok kat channel KBSW ni plak...

nota kaki: sebab entry dah melambak, mungkin aku patut labelkan...hmm..dah macam Martha Stewart lak buat label2 ni..

Wednesday, November 11, 2009

outing with kama...

assalamualaikum...
skang ni cik ain tengah rilek2 depan laptop sambil pakai facial masquer. so, muka skang ni takde perasaan. takleh nak buat facial expression walaupun rasa nak gelak, nanti mask koyak. haha!
siang tadi cik ain keluar dengan cik kama...macam besala, kami pegi jusco seremban 2. macam2 kami buat hari ni....

1. karaoke 5 buah lagu kat karaoke jamban (ehek, maaf bahasa kurang sopan...)
hampir pekak telinga akibat bunyi muzik yang terlampau kuat dan menenggelamkan suara emas kami. tapi rasanya kami bukan karaoke, tapi lebih kepada tengok music video sebab lagu first je yg ada versi karaoke, yang lain sume keluar suara penyanyi. tipu punya karaoke jamban!

2. tengok wayang
"pisau cukur". bagus cerita ni sebab kita boleh belajar peribahasa...sape2 yang tak tau makna 'pisau cukur'(hehe) leh tengok cerita ni ok!



"pisau cukur" review

  • anda perlu ada sifat gedik semulajadi bagi membolehkan anda menyukai filem ini...
  • walaupun fazura asyik turun naik court tapi aku memang suka dia berlakon. cute and natural je...
  • aku sudah jatuh hati pada kechumelan Shahredza Minhat yang pegang watak faqir (dia tak fakir pon)....magnetku sudah tertarik pada gigi besi dia...hehe
  • kenapa afdlin kuar sekejap sangat...?bayar dia banyak2 supaya dia ada banyak scene.
  • kalau aku tak tengok the making of pisau cukur, kompem aku ingat shooting kat kapal btol. nampak real...tahniah!
3. makan
erm..sedap...nape kama makan cepat sangat??

4. solat zuhur
wajib....

5. watson
beli macam2 tapi dapat plastik kedai runcit...WTSPK? (Watson Takde Stok Plastik Ke?)

6. pegi melaka
dengan menaiki kereta tanpa langsung menjejakkan kaki ke bumi 'hang tuah' itu. haha...kama menunjukkan driving skill nya...kalau kereta tu takde bumbung, sure kepala shin chan 'nyet nyot' tercabut. haha!


bukti kami berada di melaka

dah nak balik dah...

macam pemandangan tepi pantai tak???


entry ni tulis semalam, tapi semalam laptop problem sket, takleh upload gambar...sebab tu ari ni baru publish..

Thursday, November 5, 2009

entry malas nak beri tajuk

dah tiba masanya saya menamatkan zaman.................................................
.
.
.
.
.
.
.



mesti ingat zaman bujang kan? takla...zaman pengangguran. so, semalam aku telah meminta kerja melalui online dan sekarang ni dah tak kesah la kerja apa. nak gak memohon untuk jawatan pembantu rumah. pegh, bayangkan pembantu rumah apply melalui online. kalo aku jadi majikan, aku taknak ambek pembantu rumah canggih sangat neh. kadang2 kerja kita tak semestinya ikut kelulusan yang kita ada kan? so, ni la yang aku buat sekarang. kebanyakan jawatan yang sesuai dengan kelulusan aku sekarang ni semuanya nak pengalaman lebih setahun. i fresh graduate nyah! mana ada pengalaman...so, takpela. asalkan nak cari kerja yang memberi gaji setiap bulan. lantakla kerja apa pun....er,yang pasti kerja yang halalan toyyiban...

sebab kenapa aku desperate sangat nak kerja skang

  • ayah aku dah start bagi suggestion suruh jadi cikgu sementara. hello, excuse me? cikgu? aku tak penah suka sekolah. dulu pergi sekolah pun lebih kepada terpaksa. aku ada banyak sangat kenangan buruk kat sekolah ni. cikgu favourite pun aku takde, so nak suruh aku jadi cikgu....lagi satu, tanggungjawab cikgu ni besar. bukan senang nak ajar anak orang lagi2 dengan macam perangai bebudak skang ni. lainlah kalau semua baik cam aku neh. aww
  • hari tu anak bongsu aku nordin@adik message. dia tanya aku buat ape skang. aku tak balas pun sebab segan nak bagitau mama nya ni still takde buat ape2. jadi skang nak kena dapatkan kerja untuk membalas message nordin. once aku dapat je kerja, nordin akan jadi orang pertama yang aku message. ini janji aku...
  • raya hari tu, ramai orang dah menuntut macam2. anak2 buah aku nak duit raya. akak aku mintak aku beli kain langsir pastu siap suruh jahit sekali. langsir tu okla, tapi lepas tu dia dah start suh beli benda2 mengarut macam ice box la...kurus kering aku raya tahun depan. hmmm..
  • last but not least, aku dah penat jawab soalan orang "dah kerja ke skang?" tapi kalau dah kerja pun satu masalah juga kan, mesti orang tanya aku kerja apa? kat mane? gaji brapa? apa kerja yang bila aku cakap je, orang dah takkan tanya pape dah....hmmm..angkasawan? mesti orang cam rasa takyah tanya pape dah la kat dia ni. tak betol budak ni...haha!
kesimpulan: marilah berdoa supaya nurul 'ain dapat kerja yang bagus supaya dia boleh belanja kawan2 dia minum air sirap