Sunday, December 27, 2009

1st time pegi tasik seremban...

sambung balik cerita outing bersama cik kama dan cik ain...

lepas mata dah merah2 tengok avatar. eh, sedih ke? sedih tau..kalau hayati bebetol ceritanya. ha, lepas tengok wayang, kami pun nak makan. memandangkan lunch time, cuti plak tu, so, amatla ramainya orang kat tempat makan. cik kama plak nak tukar selera makan kat tempat lain. masalahnya kami ni mana tau tempat makan kat seremban ni.

pastu, tetiba ada mentol atas kepala cik ain. pling! "jom makan kat A&W!"
maka kami pun pegila makan kat A&W depan Seremban Parade. kenyang gak makan sambil mengumpat ni. haha! bukan ngumpat la, muhasabah diri...ehek! lepas makan, kitorang ingat nak jalan tepi tasik. agak pelik ye 2 orang anak dara jalan tepi tasik lepas tu amek gamba tak hengat cam foreigner lak. segan..segan...

walaupun paneh torik, kitorang berjaya gak pusing keliling tasik tu and sambil tu sempat blaja bio. kitorang nampak biawak yang dekat nak sama besar dengan komodo. pastu tengok pokok mahogany, nampak tortoise yang tak sempat nak amek gamba dia. pemalu dia nih! jadila ni la antara gamba2 yang sempat diambek..dozo2..silo tengok...

cuba cari tortoise dalam gambar ni...

cuba cari buaya dalam gambar ni. haha, mene ade buaya



kalau kita ikut direction ni, kita memang boleh sampai kat tempat2 tu. lurus je pergi. jangan belok2 tau.


cantik gak tasik ni kan? tak sangka

model of the day..cik kama

cik kama bersama photographer

kalo malam mesti lawa ni...lampu kiri kanan

hmm..best gak kalo picnic tepi tasik ni kan? pegi ramai2..pastu wat sukaneka. wah, beria nih!

Saturday, December 26, 2009

my movie of the year

assalamualaikum...
hehe..semalam kan hari krismas. so, sempena cuti tu, aku ngan kama kuar tengok wayang. walaupun aku memang cuti all the time.hehe. sebab kama dah tengok 'new moon', jadi kitorang decide tengok 'Avatar'. aku pun memang lagi berminat nak tengok 'avatar' banding 'new moon'. tak tau sebab apa macam dah hilang minat nak tengok 'new moon' sedangkan pernah demam 'twilight'. mungkin lagi berminat nak baca novel dia kot...
ok, cite pasal 'avatar', aku dah banyak baca review filem ni kat surat khabar. memandangkan ramai sangat yang puji, menyebabkan tak sabar nak tengok sehebat mana cerita ni yang kalau tunjuk gambar, mesti ada gambar makhluk pelik kaler biru.



review 'avatar'

secara ringkasnya cerita ni mengisahkan pasal sekumpulan penyelidik dan askar dari bumi pegi ke sebuah planet iaitu pandora. seorang navy yang cacat kaki menggantikan tempat adik kembarnya untuk sambung penyelidikan kat pandora ni. pada masa yang sama dia gak keje ngan askar untuk pujuk puak na'vi iaitu makhluk biru tu kuar dari kampung mereka. untuk mendekati puak na'vi tu, dia kena jadi sebahagian daripada diorang. so, itulah guna avatar. apakah tujuan dorang susah2 datang ke pandora dan apalah yang best sangat jadi avatar? kalau nak tau, kenela pegi tengok....hehe

yang best pasal filem 'avatar'
  • aku sangat kagum dengan imaginasi pembuat cerita ni. camnela boleh terpikir nak buat satu kehidupan kat planet lain. tapi imaginasi manusia kan terbatas, so masih ada la ciri2 bumi gak kat planet pandora tu.
  • cantik sungguh la planet tu. ciri istimewa, semua hidupan glow in the dark. bayangkan memalam gelap gulita tapi still boleh nampak dan nampak lagi cantik
  • sebab camera shot dekat dan sangat bagus, kita macam boleh feel sendiri macam mana jadi avatar tu. alangkah best kalo tengok 3D. mesti lagi nampak real.
  • walaupun filem ni sci-fi movie, tapi still boleh relate dengan dunia realiti. malah, rasa macam lagi paham dengan dunia realiti bila tengok filem ni.
  • walaupun punyai banyak ciri2 menarik dalam movie, tapi jalan cerita filem ni best. pengarah pandai gunakan kelebihan. contoh filem yang tak pandai guna kelebihan kat malaysia ialah 'duyung'. harap je set cantik, costume canggih, budget besar, tapi jalan cerita sangat mengecewakan. sigh~
ade lagi cerita lepas tengok wayang..tapi sambung di lain entry la..sebab takmau buat entry panjang2...atau dengan kata lain dah ngantuk sebenarnya ni...hua2..tadi gedik tengok 'titanic' walaupun dah banyak kali tengok. ha, pengarah titanic sama la dengan avatar-james cameron. dia ni memang buat filem besar2 saja. pastu tadi baru perasan yang hero titanic nama jack pastu hero avatar nama jake. mungkin pengarah saje nak letak nama watak yang dekat2 dengan nama dia. hmmm......memandai je aku! hehe...

Thursday, December 17, 2009

bebelan tak bertitle

skang ni malaysia tengah lawan bola sepak dengan vietnam. final sukan sea. aku malas nak tengok sebab kalau aku tengok, mesti pasukan aku sokong kalah. hehe...kebetulan je tapi malas la nak cuak sampai sakit2 perut. so, bukak tv untuk tengok score kalau dengar orang jerit sahaja. hehe

jiran2 aku ni tengok match tu. so, kalau dengar je dorang jerit, cepat2 bukak TV. lagi2 skang ni aku dah ada jiran baru. pekerja2 yang mengerjakan tapak sawah arwah mak aku tinggal kat rumah yang dah orang tak duduk. lelaki2 ni kalau tengok bola kan lagi semangat. sekampung boleh dengar kalau dorang jerit.

semalam kan aku crite aku rindu kat member2 lama. tak sangka malam tadi, ex-rumet aku sms tanya khabar. sebab aku malas nak taip mesej, so aku call dia. kitorang borak dekat nak sejam gak. keluar jugala cerita pasal member kami yang sorang ni. bila dengar tu, tak tau nak komen ape. sedih bila dengar perubahan member kami ni. macam mane daripada member kamcing boleh jadi macam stranger. salah kami ke, atau salah dia? bila tak layan, rasa macam kesian tapi bila layan, rasa geram lak sebab dia suka buat benda yang orang tak berkenan. harap dia berubah, bukan untuk sesape tapi untuk kebaikan dia gak.

aku ni jarang nak komen kat youtube tapi bila dah start komen, membawa kepada pergaduhan plak. ish, bengong betul orang tu. tak taula orang negara mana, laki ke pompuan, selambe dek je mengata aku. aku taknak balas sebab malas la nak mencemarkan ruang comment tu. tapi yang tukang upload video tu pulak yang tolong jawab untuk aku. pastu dorang perang komen 2 orang. aku punyala geram baca komen daripada si pencetus perang ni sampai menggigil2 tangan aku. daripada taknak komen, terus komen berjela2. sekarang tengah berdebar2 gak tunggu kalau2 dia balas komen aku. mengarut la dia tu. apa masalah dia ntah.

berita terkini. malaysia dapat pingat emas....kalahkan vietnam 1-0 kot. yeay! suka aidil zafuan sama zaquan adha....sebab dorang orang negeri sembilan...tapi dorang ni suka kawen artis. takpola...muka hensem camtu memang senang cari awek. eh, ape aku merapik ni? haha! tu jela bebelan untuk ari ni. mekaseh...

Wednesday, December 16, 2009

bebelan ape tajuk?

assalamualaikum,
semalam entah nape teringin plak nak tengok majalah kolej kediaman kurshiah. hehe..walaupun majalah tu tak menarik, tapi bila tengok, rindu plak dengan zaman duduk kolej dedulu. agaknya kalau tengok 10 tahun dari sekarang, mesti lagi best. so, kalau ada yang tak puas hati dengan majalah sekolah, takpe dah lama2 nanti mesti suka sangat tengok balik.

aku jarang sangat nak bukak facebook orang. selalu cek facebook sendiri je. lagipun nak bukak facebook ni memerlukan masa yang lama dan menuntut kesabaran yang tinggi. saman kang! tapi tadi teringin lak nak tengok facebook pakcik john. wah, budak ni dah bukak business kedai bundle ko! siap jual kat online. cayalah pakcik john. dah lame dah tu dia bukak, so macam terlambat je nak ucap tahniah. hehe...

skang ni kalo tido malam pun, asek mimpi member2 lama je. rindu sangat ke aku kat dorang? agak2 dorang ingat tak kat aku? (nak cakap rindu cam lebe2 lak.hehe). orang tua2 kata, kalo bulu mata jatuh, maknanya ada orang rindu kat kita. semalam 2 helai bulu mata aku jatuh serentak. wah, maknanya ade le tu yang ingat. perasan la ko ain!

sebab boring takde astro kan, so skang tengah tengok cd 'team medical dragon'. drama ni best sebenarnya tapi subtitles dia tu menjengkelkan aku. wah! contoh macam,
"ingin menjaga air muka, begini juga boleh" ataupun "tidak perlu menjahit. guna kaedah mengikat jantung" atau "kerana dia masih kecil, parut menjadi bebanan yang besar".
macam tu la lebe kurang tapi lagi teruk daripada tu. so, kene buat2 paham jela apa dia cakap. kalo takde subtitles, lagi tak paham. so, kira okla tu! (gaya saida)

sekian saja bebelan saya untuk hari ini. thihihihi...

Monday, December 14, 2009

tv oh tv

wahai apek kedai baiki tv....silala call daddy saya cepat dan katalah yang tv dah ok, dah boleh jemput balik. err, walaupun before tu kene bayar dulu...takpe. daddy saya akan bayar. bukan saya..hehe..

hari ke-2 tanpa astro.
ok, tak tau la nape cam rasa boring sesangat. astro tu basic package je kot. takde banyak pilihan channel pun. and selalunya tengok channel2 free macam TV3 atau 8TV je dan ade je channel tu kat TV kecik ni tapi...........kenapa rasa bosan melampau?!

selalunya malam isnin camni, inilah jadual tengok tv aku
9.15pm-10.10pm-the queen returns-KBSW
10.10pm-11pm-supernatural-AXN
11-12- amazing race-AXN (final minggu lepas, so tak tau ape cerita baru)
11.20-12.30- roundtable plus-KBSW

ok, aku dah jadi TVholic. nak kene pegi therapy ke? buat group dalam bulatan...pastu cerita pasal masalah kita..macam cerita 'confession of shopaholic' tu...hehe...teringat lak filem tu. tengok ngan zira, yin and niza di malam tahun baru 2009.

ha'ah dah nak tahun baru. tahun baru hijrah dan masihi...hmmm, kene pikir nak buat resolusi apa untuk tahun 1431H dan 2010M.
10/10/10- KAWEN????!!!
HAHA!!!gelak sampai perut cramp!

Sunday, December 13, 2009

entry tak bertajuk

assalamualaikum...
seperti biasa, bila dah jadi penganggur ni, aku akan memisahkan diri daripada dunia luar. blog tak update, facebook malas nak bukak and friendster cam dah tak layan walaupun dorang dah tukar logo baru.

skang ni aku dah mati kutu kat umah sebab TV pulak rosak. waagh! ni la masalahnya kalau ada tangan alien dok usik tv tu. aku ngaku memang aku yang rosakkan tapi still boleh tengok. lepas tu tangan 2 ekor alien dah rosakkan lagi sampai tv tu kena pakai alatan sokongan tapi nasib baik masih boleh tengok walaupun dah nazak. tak sampai 12 jam aku takde kat umah, tangan sekor lagi alien dah komakan tv tu! jadi petang tadi daddy dah anta tv tu pegi hospital@ kedai baiki TV. tak tau bila boleh baik. harap hari isnin dia dah boleh keluar hospital. huhu. i miss you mr.tv! eh, sukati je aku bubuh jantina lelaki kat tv tu.

jadi skang ni aku tengok tv 14 inci akak beli yang dah jadi milik daddy. tv ni yang tak oknya ialah takleh pasang astro jadi terpaksala tengok channel tak berbayar kecuali tv9 sebab tak dapat nak cari frekuensi. huhu. sadis sungguh. bila takleh tengok astro, suasana rumah pun jadi lain. sume orang banyak memerap kat bilik je. tapi aku tetap gak setia duduk depan tv dan nasib baik tadi ade cerita Superman kat tv2. nasib baik hari ni takde cerita best kat KBSW. nasib baik dah tengok 1 night and 2 days semalam sebab for sure besok petang takleh tengok. tapi nak tengok sekali lagi!!!!

ok, tu jela nak bebel. nasib baik internet leh pakai. hari tu takleh pakai sekejap-sebab tak bayar bil. hehe. tapi takut gak kalau dia sekat internet sekali lagi sebab bil bulan lepas tak bayar lagi. bilnya tak sampai2. saja je orang celcom careline ni nak suruh aku call diorang banyak kali. haish!

Thursday, December 3, 2009

STATUS TERKINI: PENGANGGUR

yes, aku dah quit daripada job aku kelmarin. ia bukannya satu keputusan yang mudah tapi aku rasa itu yang terbaik untuk aku sekarang. aku bukan jenis cepat mengalah. secincai mana pun aku buat kerja, aku tetap habiskan gak. tapi kerja ni memang tak sesuai dengan aku, so buat apa teruskan kalau memang tak boleh nak terima.

1st day aku kerja, aku dah nak berenti so dikira satu pencapaian yang besar gak bila boleh tahan selama 11 hari.

jadi nak taknak, mau takmau, kenalah cari kerja baru. sekarang takleh nak pilih kerja, tapi tak salah memilih yang terbaik untuk kita.