Thursday, April 29, 2010

Senarai Lagu untuk Video Kahwin

tak tahu kenapa nak buat entry ni. selain daripada angan-angan diri sendiri. ia juga boleh beri idea kepada video-maker for wedding.ok!

1. Semoga Abadi by Misha Omar

2. Cahaya Cinta by Siti Nurhaliza

3. Keabadian Cinta by Anuar Zain

4. Everyday I Love You by Boyzone

5. Nothing's Gonna Change My Love for You by Glenn Medeiros

6. From This Moment by Shania Twain



7. Terima Kasih Cinta by Afgan

8. One Sweet Day by Mariah Carey & Boyz II Men (kalau dengar lirik dia bebetol lagu ni untuk kawan yang dah passed away)


9. I'm Yours by Jason Mraz

10. Only You by Kim Jong Wook

11. Will You Marry Me by Lee Seunggi (lebih sesuai untuk video tunang/pre-wed)

12. My Baby You by Marc Anthony

13. Ketika Cinta Bertasbih by Melly Goeslow ft Amee

14. Everything by Michael Buble'

15. This I Promise You by 'N Sync

16. Saat Yang Bahagia by P. Ramlee & Saloma



17. When You Say Nothing At All by Ronan Keating

18. Bila Rindu by Ruffedge

19. You're My Everything by Santa Esmeralda

20. Bukan Cinta Biasa by Siti Nurhaliza

21. Gift by K. Will

and last but not least...

21. Love So Sweet by ARASHI

Tuesday, April 27, 2010

assalamualaikum...
hari ni 2nd time aku drive sengsorang. cuba sedaya upaya untuk bawak 60-70 km/h, tapi terlebih gak sampai 80km/h. alhamdulillah..selamat sampai dan agak awal. sampai kat kilang, kebetulan lak member2 dept baru sampai, apa lagi..melambai tak hengat dari dalam kereta. tapi ke-excited-an tu tak berpanjangan...ofis diselubungi kesedihan. sorang executive bahagian HR meninggal dunia semalam...Innalillahiwainnailaihirraji'un...aku tak sempat jumpa dia. dia dah lama ambik MC. sebelum aku kerja kat situ lagi dan dah ditentukan Allah yang dia meninggal waktu cuti MC dia tinggal beberapa hari je.

dia meninggal sebab sakit kanser...serba sikit aku tahu macam mana kehidupan seorang pesakit kanser di peringkat yang dah teruk. orang kata dia sakit tak sampai setahun dan kata orang lagi, hari tu dia dah nampak sihat. tapi..ajal maut di tangan Allah. biarlah dia pergi..sekurang-kurangnya derita dia kat dunia dah berakhir. dia pergi sewaktu ramai orang sayangkan dia...

akak sebelah aku hari ni bengkak mata menangis non-stop dari pagi sampai petang. aku tak tau macam mana nak tenangkan dia sebab aku rasa tak baik menangisi pemergian orang sampai macam tu sekali. dia bukan pergi tiba2. semua orang tau dia sakit teruk.

kilang hantar sebuah bas pergi ziarah. aku tak dapat pergi sebab dah cukup kuota tapi sempat sedekah duit je. hari ni aku dah macam tersepit. yang A suruh aku pergi jumpa B, yang B suruh aku cakap dengan A, aku cakap dengan A pastu dia suruh aku buat sukati. ok, aku mintak tolong dengan C. habes cerita. yang penting kerja aku selesai...

oklah, tu jelah nak cerita hari ni. ada benda lain nak share..tapi takpelah..hehe

Thursday, April 22, 2010

Assalamualaikum..lama dah tak update. malas dan sampai satu tahap rasa nak terminate je blog ni. tapi ada banyak maklumat sebenarnya dalam blog ni. wah, maklumat! so, takleh delete lagi..

masuk hari ni, dah sebulan lebih aku kerja. jadi, aku nak tanya diri sendiri ape perasaan aku sekarang. jawapan yang aku dapat daripada aku ialah: bolehla...
jawapan yang sangat tak meyakinkan...ok, kisahnya camni. aku suka kerja sebab sekurang-kurangnya aku dapat mengisi masa dengan berfaedah berbanding duduk di rumah mengisi perut. tapi...........ada masa2 yang aku rasa tak sabar2 nak tunggu bulan 9. bulan aku tamat kontrak. aku dah taknak kerja situ. kenapa?

kajian kes
1. aku bukanlah kesah sangat apa jawatan aku. walaupun kerani cabuk, tapi dapat jugak gaji dan dapat cari pengalaman tapi lama kelamaan aku rasa aku tak sesuai kerja ni sebabnya...aku boleh terima arahan daripada orang tapi aku nak orang dengar jugak pendapat aku. tapi sebab aku kerani cabuk, maka suara aku tak kedengaran...

2. aku bersyukur sebab aku dapat kawan instant. sebab kawan aku punya kawan kerja kat dept yang sama tapi mereka ni lain kepala sikit dengan aku. aku tak tau yang aku agak lembut..ke lembek sebelum aku kawan dengan diorang. aku nampak paling tak matang sebab macam2 tak tau. apa yang aku tau di luar skop mereka. contoh pengetahuan aku, 'skang ni musim 9 American Idol, Desperate Housewives season 6 ade watak baru yang misteri...'

3. tipula kalau aku cakap aku tak penah mengumpat atau cakap yang buruk pasal orang tapi aku takla cakap buruk mengenai orang yang aku sama2 mengumpat dengan dia pasal orang lain. paham tak? senang cerita, aku kawan dengan nora danish. aku mengumpat pasal fasha sandha dengan nora danish. tapi lepas tu aku mengumpat dengan tiz zaqyah pasal nora danish. jadi, siapa nora danish pada aku? geng mengumpat atau mangsa umpatan? itula yang berlaku kat ofis ni. aku berani bet yang orang yang mengumpat pasal orang lain depan aku pernah mengumpat pasal aku jugak. CONFIRM!

setelah mendengar luahan masalah daripada diri sendiri, maka aku nak beri nasihat khas untuk aku

1. dare to be different! takyah nak ikut orang. kalo orang lain nak kawen, ko pun nak kawen gak. kalo orang lain pakai eye-shadow, ko pun sibuk gak. biarlah orang anggap ko bodoh ke, lurus ke, freak ke, yang penting...tu adalah kau. kalau diorang nak mengumpat pasal tu, bersyukurlah sebab pahala telah dikredit ke dalam akaun.

2. yakin dengan diri sendiri. jangan sebab kau kerani cabuk, ko nak buat perangai kerani cabuk gak. malah kerani cabuk yang lain memperkotak-katikkan kau. takpe..bagi can dulu. dah lama2 kena yakin yang ko deserve more than kerani cabuk.

3. jangan jadi lembek. bersopan ok, tapi bukan lembek.

4. ALERT! dengan keadaan sekeliling, dengan kerja yang kau buat. please..don't make silly mistakes...

5. SAMBIL-SAMBIL TU, CARI KERJA LAIN~

Thursday, April 1, 2010

saya sedang (.) jadi saya mudah marah, penat, senang kecik hati.
terima kasih untuk semua yang menjadi pemangkin untuk semua perangai buruk saya.

tu je yang saya nak cakap (.)