Thursday, October 1, 2009

Caca Marba (ni bahasa apa ye?)

tak tahu nak tulis pe..saje nak conteng2. tadi baru tengok 6th sense kat TV2. wah, i siap nanges you! time budak tu bagitau kat mak dia pasal nenek dia. nama watak budak tu cole. ceh, memang patut pun 'cold' je. walaupun aku tak penah nengok cite ni..er..dah berzaman kot cite ni. tapi ada satu ayat yang memang sangat popular daripada filem ni sampai aku yang tak penah tengok pun tau..
" i can see dead people" intonasi mestilah berbisik bagi menimbulkan mood seram atau dalam bahasa Utopia, 'angker'...

aku pun baru je mengaccept friend request kat 'mukabuku' daripada member sekolah rendah aku. eh, bukan. member sejak tadika. diala kawan aku yang paling lama aku kawan. ada on off la. dulu aku tak suka dengan dia. tapi tu cerita lama. masing2 dah besar. dia dah lain sekarang. dulu pernah chat dengan dia dan kitorang ni macam dah bertukar karakter lak. dia baik, aku gila2. dulu terbalik...tu menunjukkan dah tak guna nak ingat cerita lama. semua boleh berubah...

sebab ni entry caca marba, maka boleh cerita pasal macam2. takde tema khusus. nak cerita, hari tu masa kat perak, ada sedara aku meninggal. walaupun dia dah tua, dalam 70 tahun kot...tapi pangkatnya ialah abang kepada aku. satu sebab kenapa aku tak suka sedara belah perak. eh, bukan tak suka dia...ish,xbaik cerita pasal orang dah meninggal. tapi bukan nak cerita pasal dia tapi nak cerita pasal er...ape ye perkataan sesuai...em..adat kot, ke amalan...?

ha, masa kat rumah jenazah, mereka distribute satu dulang yang berisi daun pandan yang dipotong kecik2. setiap orang kat situ ambik beberapa dan start carik sampai jadi halus macam bunga rampai tu..tapi kasar sikit. wan cho (makcik) aku suruh aku ngan akak aku ambik. so, kitorang pun ambik dan aku start la carik2. walaupun aku buat benda yang sama macam orang lain buat, tapi diorang pandang aku macam semacam.
aku pun tanyala akak aku "nak buat apa carik daun pandan ni?"
akak aku kata "baca *qulhuwallah la"
"eh, mana tau? penah buat ke?"
"wan cho cakap tadi"
"ler...ngape tak cakap dari tadi? ok, satu carikkan, satu bacaan *qulhuwallah"
(*kita selalu cakap qulhuwallah walaupun surah ni nama Al-Ikhlas)
patutla semua bagi pandangan cam pelik je kat aku. mesti diorang ingat aku tak penah pegi melawat rumah orang meninggal.
kat N.S takde adat camtu. bagus jugak sebab kadang2 orang datang, tak boleh baca al-quran dan bukannya terpikir pun nak baca surah2 pendek tu. jadi dengan mencarik2 daun pandan tu, kita fokus la nak baca...lagi satu, ia menjadikan tangan kita harum berbau pandan...

salah satu benda baru yang aku blajar....btollah orang cakap, jauh perjalanan, luas pemandangan. kalau jarang dapat berjalan, tengok je 'Amazing Race'. sekarang ni season baru kat channel AXN. setiap isnin pukul 9 malam...hehe

No comments:

Post a Comment