Friday, July 24, 2009

entry in noghoghi accent...

dah lamo bona ghaso'e den tak tulih kek blog den ni ha..tiap2 hari den online tapi den takdo mood nak tulih atau dongan lobih topat, den takdo bondo nak tulih. kojo den kek umah ni makan, tido, tengok tv jo. kalau den ghajin, tu pun jaghang bona, den komehla ghumah...kenapo den decide (wah, decide!) nak tulih dalam noghoghi? ontah, skang mood den ghaso cam nak tulih bondo sodih jo, jadi den malehla nak feeling2 ni mako den pun bajet cam nak menjadikan'e klaka-tulih dalam noghoghi. agak2 baco balik buleh golak tak??

tongah haghi somalam, den bukak poti sughat dan dalam tu ado sughat den daghipado UM. tak tangguh, toghuih bukak. ghupo'e sughat pasal haghi konvo nanti. den pun melompek dek kesuko'an! ghiang sunguh hati den nak graduate ni.

lopeh tu, kek dalam sampul tu, ado macam2 la..result sem tigo haghi tu, sughat bendahari la, buku panduan ambik jubah konvo la..macam2 la...den baco ala kadar jo, sobab den nak menyonduk. kojap lagi ayah balik daghi masjid. ayah balik jo, den pun cakapla pasal sughat UM tu...mungkin sobab den ni anak ketigo yang teghimo ijazah, jadi ayah cam nampak beso2 jo. dan mungkin ado sobab lain jugak yang kami masing2 tau kenapo haghi den graduate ni tak akan samo macam abang dan akak den graduate dulu. mako disobabkan tu, keghiangan den pun hilang....

daghipado den 2nd year kek UM laie den dah pikir sapo yang akan masuk dalam DTC tengok den ambik ijazah nanti. tiket ado duo. 1 untuk ayah dan satu lagi den tak ponah pikir sampai sekaghang. den lelong yola tiket tu...sesapo sedagho den nak masuk, masukla. den tak kesah...

Thursday, July 16, 2009

exam lagi walaupun dah nak grad?

subjek pengenalan kepada sains dan teknologi bukanlah exam ku yang terakhir. hehe..bajet nanti kalau dah kerja takde exam je. kalau kerja kerajaan, nak naik gred, kena exam segala tau. kerja swasta pun ada gak exam...tapi exam yang satu ni, aku dah penah ambik dulu. mari berasa segan. exam yang dimaksudkan adalah exam undang-undang jalan raya. haha! ohohoi, semangat ko, siap beli buku 500 soalan. tapi tak habes pun buat. cuma semalam je bertungkus lumus siapkan bahagian C-sistem KEJARA sebab serius, aku mana nak hafal segala mata demerit ni semua.

hari ni pukul 8.30 dah ada kat akademi...wah, suka aku panggil akademi. ala2 pelajar akademi fantasia...eh, tak bagus..akademi nasyid la..lama gak nak tunggu sume sampai, lepas tu naik van pegi bahau. sesampainya kat tempat exam tu dalam pukul 10, rasa cam lain sangat tempat tu skang. rasanya baru 2 tahun lepas pegi. dulu macam cantik sikit..skang ni macam tak sajak je nak jadi tempat orang ambil exam. tunggu punyala lama kat situ dan masalahnya takde sorang daripada kami yang tau kenapa kami kene tunggu lama sangat.

tetibe, ade sorang perempuan dan lelaki datang. daripada cara pakaian, taula dorang ni daripada JPJ. ingatkan tunggu dorang ni, baru buleh stat exam. mulut dah start mengomel2 ni pesal lambat sangat datang. lepas tu, barula tau yang orang JPJ ni datang nak buat spot-check dan masa ni barula kami semua tau yang server down. cis, apa salahnya pekerja tu buat pengumuman kat kami ni yang gile bapak baik, tak bergerak daripada kerusi memasing. nasib baikla puan JPJ tu jenis yang kecoh2 dan pegi baca kuat2 ulasan yang dia tulis.
"ujian tidak boleh dijalankan kerana sistem komputer tergendala"
lepas tu puan JPJ ni komen sana sini-aku punyala suka, siap kalo dia nak interview kami, aku offer nak jadi respondent. tapi dia tak buat gitula. dia tanya secara rambang je kat kami semua. aku jawab punyala kuat tapi tak tunjuk muka. dah tersandar kat tepi dinding sebab dah pening duduk lelama kat situ. serius, memang pening duduk situ. puan JPJ tu pun terbatuk2 dan mengatakan puncanya sebab tempat tu. kami ni gelak je dengar.

akhirnya pukul 11.20, barula server up (ehek?!).pc yang boleh guna cuma 6 je. jadi kami yang hampir 20 orang ni kenela bergilir2. exam ni 45 minit. aku orang yang ketujuh. masuk je terus jawab sikit punya laju. lepas tu bila tengok masa, la..pesal nak cepat2 sangat. lepas semak2 ada masa lagi 35 minit camtu. so, kuar jela. cian lak orang lain ramai tunggu kat luar. pastu, dapat slip keputusan. sebenarnya dah tau keputusan lepas jawab tadi lagi. berapa??hehe..adalah..lulusla..alhamdulillah...lepas dapat slip keputusan, kene tunjuk slip tu kat abang JPJ. erk, abang, tak2..dia sebaya dengan aku. waah, mana aku tau dia sebaya. haha!

perihal abang JPJ sebaya
sebaik saja dia masuk ke tempat exam tu bersama puan JPJ, aku dah rasa dia ni comel
mende main rasa2...?ye, dia comel
  • dia pakai sweater merah pastu tetibe dia terbalikkan sweater dia ke warna hitam. macam comel je wat camtu. +1 score
  • ikut je arahan puan JPJ. puan JPJ suh tengok pc, tengok, suh tulis ulasan, tulis. +2 score
  • bertegur sapa dengan pemuda2 yang datang amek ujian. pemuda ye, bukan pemudi. +1 score
  • masa tunjuk slip kat dia, dia sendri cakap "oh, sebaya..." hehe...tula dapat tau sebaya. +0 score..sbb sebaya kan..kalo tua setahun +1 score, dua tahun +2..and so on. had maksimum, 25...lepas tu jadi negatif pulak
  • dia tanya aku keje kat mana...wah, mesra.. +1 score
  • memandangkan loghat dia tak macam loghat negeri, aku pun tanya kat dia, orang mana.(i don't know where i got the courage to ask that mesra rakyat question) dia orang perak..+8 score (sbb perak punya kod ic 08)
sekiranya dia dah ada makwe atau worst- bini..sistem pemarkahan dibatalkan serta merta!
(score ni sume akibat terlalu taksub dengan sistem demerit KEJARA..maaf)

lepas sume selesai buat ujian tu, kami pun balik semula ke akademi. aku pun tunggu bas kat bus stop..agaknya hari ni memang hari menunggu la. punyala lama aku tunggu bas. dah rasa macam nak nanges dah. dahla kredit takde. perut dah lapa gile...tapi selamat juga sampai ke rumah. tapi hari ni cuaca ok je...so, jalan balik rumah tadi, tak panas. siap boleh gelak sorang2 sebab klaka lembu pandang dengan muka tak puas hati kat aku. apa masalah ntah lembu ni. oh, i pakai baju merah rupanya...hahaha!

Friday, July 10, 2009

Selamat Pengantin Baru...(nyanyi cam lagu saloma tau!)

ari ahad ari tu, kami 1 family (except angah) pegi rumah mak sedare aku a.k.a mak enon kat Palong 1. anak bujang dia kawen- abang mat shah. dengan perkahwinan abang mat shah, tinggal sorang je lagi anak dia yang belum kawen. yang lagi 6 sume dah lepas. ohohoi..laku sungguh anak2 dia ni. aku gerenti, tak lama lagi dapat undangan plak untuk kawen si jamil tu. err...apsal aku cakap dah macam cik joyah plak ni...?

jadi aku ni semangat dah ni duduk depan almari baju...nak pilih baju pe nak pakai nanti. huk aloh, macamla banyak sangat choice. maka aku decide untuk pakai kebaya merah yang aku pakai time dinner kurshiah 2008. dalam hati berdoa mintak2 la tema kenduri dorang bukan kaler merah...baru skali je pakai baju yang beli kat butik MARI tu. baju tu murah je..arap manik je bertaburan..tapi warna kain tu turun. sampaikan habes iron board macam kena tumpahan air sirap. bak kata ayah aku " kain 30sen semeter kot". yela agaknya...pastu buat ayat sedih kunun macam anak dia ni takde duit nak beli baju memahal...eh, bukan kunun la..memang btol!

perjalanan ke Palong ari ahad tu agak rilek sebab hari tu ujan..so, tak panas. sampai je kat sana, salam dengan sedara mara-makcik2, sepupu sepapat, anak sedara dan adik sedara yang ramai sangat sampai tak tau sapa punya anak, nama apatah lagi..memang tak ingat. bunyi nama dorang ni lebih kurang je. nanti aku nak bagi nama anak yang senang diingat..cth: yusuff, omar, salbiah, khadijah (jgn marah mummy...nama korang la yang glemer nanti...orang dah tak heran dah nama daniel, alisya ni..common...). suma yang salam dengan aku kata tangan aku sejuk. ye2..saya berdarah sejuk..hoho..duduk depan air cond dalam keta..mau tak sejuk.

aku ngan akak aku tak tau pun nak buat apa kat sana. takde keje pun...mungkin gak diorang taknak bagi keje kat kami yang pakai kebaya ni. leceh nak bergerak je nampaknya. eh, kebaya longgar je..tak ketat pun...jadi kami pun pegi makan. aku ni segan gak. baru datang, dah makan...tapi perut lapa ni..maklumlah hujan2 camni...memang lapa je...kebetulan lauk pulak sedap. aku ngan akak aku siap tambah. hisy, macam dah lama tak makan nasi je kitorang ni.

dah sudah makan tu, akak aku ni cam nak buat baik la..nak hantar pinggan mangkuk ke tempat basuh pinggan. niat baik dia tu, aku yang kene laksanakan...huhu...dengan kasut 3 inci tu, aku pun jalanla keluar daripada khemah tempat kitorang makan tu. suddenly, aku rasa macam tak pakai kasut tingi pun. rupanya, tumit dah masuk lumpur...ohohoi..kalau kasut lama takpe ko..ni tak sampai sejam lagi pakai..dalam keta tadi pun, aku bukak kasut..skali ke lumpur peginya...nasib baik abang lokman-sepupu aku datang. aku tak bertangguh, terus hulur pinggan kat dia..kira abang lokman ni macam saviour aku la...

pas makan, abang aku 1 family datang. abang aku dengan kameranya terus amek gamba sana sini. sesape kawen nanti, nak khidmat photographer, leh contact saya..harga boleh dirunding. special price untuk kenalan...

apa guna pegi kenduri kawen, kalo tak tengok pengantinnya kan, jadi, nila gambar yang sempat ditangkap menggunakan kamera hp yang tak brape canggih...

kenapa abang mat shah pejam mata???

prasan tak ada budak pompuan kecik depan pengantin? budak ni ada dalam setiap gambar. cuma gambar ni dia tak posing. suka nak mengendeng2 kat pengantin..peluk2 abang mat shah sama wife dia. walaupun aku menyampah, tapi budak ni mengingatkan aku time aku kecik2 dulu, time abang aku kawen. kalau aku tau macam mana perasaan orang lain yang tengok aku time tu..sumpah, aku tak buat!


antara hantaran daripada pihak pompuan...temanya, merah.ohohoi, selamat bukan tema pihak lelaki. kalo tak, segan saya..

sesudah bergambar dengan pengantin, kami 1 family (I mean Abdul Wahab's family)pun lepak2, gelak2..buat macam rumah sendiri dan macamla dah lama sangat tak jumpa. pastu bila rasa macam dah lama je kat situ, kami pun balik..mari salam semua orang sekali lagi. abang je taknak balik lagi sebab katanya nak amek gamba lagi. tapi aku rasa gamba Abdul Wahab's family je yang banyak dalam kamera dia tu. maklumlah..kami ni photogedik. haha!

3 orang anak buah aku nak ikut balik skali..nak naik keta atuk. tak sampai 15 min, semua dah sampai langit ke-7. termasukla mak tehnya skali..hehe

cian mereka..bersempit-sempitan..pasni kita suruh atuk beli proton ezora ye...ohohoi..banyak duit atuk!!

Tuesday, July 7, 2009

I takut I luper...

walaupun tak lama kat MDKP dan mungkin tak dapat nak blaja banyak berkaitan dengan course aku. tapi sekurang2 nya aku dapat menambah pengalaman hidup..ececeh...macam bagus je cakap macam tuh. ok, kali ni nak tulis pasal sume...err..sebahagian staff dan karakter mereka..dan berharap tiada antara mereka menjumpai blog ini. aku akan sedaya upaya menyatakan yang baik2 sahaja mengenai mereka sume.haha!
dimulakan dengan yang paling besar (maksud aku jawatannya) kat dept aku


perlesenan dan kesihatan


en. asri/bos-
  • orang kedah yg dah lama duduk nogori. sometimes cuba utk ckp nogori walaupun bunyi loghat kedah masih dapat dikesan dengan jelas
  • mempunyai suara yang amat kuat. kalau dia cakap biasa, satu dept buleh dengar. kalau dia marah, satu MDKP buleh dengar dan maybe kalau dia mengamuk, satu K. Pilah dengar.
  • jangan tak tau, dia ni ialah abang ipar Nubhan AF6. no wonder ringtone dia lagu nubhan (versi konsert). akibatnya dengar orang tepuk je sebelum sempat dengar suara nubhan, dia dah jawab.

cik aniza/IK
  • supervisor aku yang lagi kecik daripada aku tapi selalu ngutuk kata aku lagi ringan daripada dia. berat dia 45 kg tak sampai.
  • dia ni slambe orangnya dan sometimes aku terbaca message dia ngan bf dia. wakaka! sori..tak sengaja la!

kak ros/rusnida-
  • kerani kat kaunter. seorang yang sangat periang dan mudah mesra dengan sesape je.
  • baik sangat sebab slalu ajak aku teman dia pegi memane.dah ada pakwe dan mengikut firasat aku akan menjaadi ibu yang baik sebab pandai sangat layan budak kecik.

kak lin/ haslinda
  • ibu beranak 4 yang tak lama lagi nak masuk 5. mabuk teruk sampaikan buleh kata sepanjang aku kat MDKP, tak sampai sebulan aku jumpa dia.
  • disebabkan hormon tak stabil, selalu marah even pada benda2 kecil, tiny sebesar kuman...ko xmrase lagi pregnant ain...time ko besok, maybe teruk lagi...mari berdoa!

acik harun
  • pengawas. keje dia pantau keje orang je...so, dia takla banyak keje sangat. selalu datang lepak kat kaunter. selalu mintak aku tolong fotostat.slalu gak pau duit acik ni...haha!

abang nor sharil
  • dah berbini tapi kekadang gatal2 gak. selalu sangat mengusik kami kat kaunter ni. dia ni klaka tau. dia cakap serius je...sampaikan orang susah nak bezakan mana yang betul, mana yang tak. so, ayat dia yang boleh dipakai adalah 5 ayat pertama dia. lepas tu, keponingan dia pun start.


bahagian kewangan

kak su/suhana
  • kerani kaunter bahagian pembayaran. tak lama lagi akan menamatkan zaman bujang. dia ni lembut tapi selamba. seorang yang sopan dan tak cakap kasar2.

kak shida/rashidah
  • sama jawatan dengan kak su. selau nampak dia tengah menguyah atau merungut kelaparan. tapi badan ok2 je. ibu beranak 2. comel sangat anak dia. selalu cerita mengenai family dia yang boleh dikatakan interesting family sebab sporting gile!

kak shima-
  • jiran kak shida. pergi keje sesame. kak shima ni macam selamba2 gak. muka nampak garang..tapi baik

kak ina
  • kalau niat hati dia nak pakai baju kaler hijau, dia akan nampak sangat hijau. macam tu gak kalau pakai kaler lain. kiranya dia nampak sewarna atau monotone...tapi baju dia lawa2 la..eh, dia ade ke baju kurung...?sume cam pesen2 je..
  • husband dia keje kat MDKP gak. bahagian IT- abang imran

kak zura (kak???)
  • ketua bahagian kewangan. no komen!!!

bahagian pentadbiran.

en. taib/CC
  • dah nak pencen. kalo berjalan, tangan mesti nak pegang sume perabot dalam perjalananya tu.
  • dia kata aku pendiam..pegh, nasib baik aku tak lama kat situ. kalau tak mesti dia akan suruh aku diam.

kak midah/maklong
  • sangat penyayang dengan kucing. selalu cerita kat aku pasal anak buah dia. dia ni cam ganas2 sikit walaupun dah nak pencen.

kak zakiah
  • cikgu jahit manik. cita2 sebenar nak jadi cikgu dan tak sabar2 nak quit daripad MDKP. aku doakan dia dapat jadi cikgu sebab mengikut firasat aku (ceh firasat lagi), dia akan jadi cikgu yang baik sebab dia penyabar dan bersedia nak tolong orang.

kak zah
  • operator MDKP. keje dia angkat telefon je. memang tabik spring kat dia sebab number2 phone yang besa orang call dalam kepala otak dia je. sampaikan number hp husband kak lin pun dia ingat.

abang zali/ seruling anak gembala
  • hobi dia di waktu lunch ialah bermain seruling. ok, serius, tak tau lagu apa yang dia main...tapi err mungkin boleh terus berlatih lagi. sangat baik sebab sudi menolong i. ceh, orang suka tolong je baik...eh, betul la!

abang fazrul-
  • suara dia ni cam segan2 je nak keluar. kerja dia edarkan surat kat setiap bahagian.

kak izan
  • very small person. comel je. selalu datang dept aku and kalau kak lin ade, dia lepak kat situ. baru dapat lesen kereta dan pakai kembara. selalu kata tak pandai bawak..tapi gaya bawak cam dah pro je...
kak zizah
  • bakal bersalin tak lama lagi. aku perasan muka dia cam induk lina aku. dia la yang uruskan kami bebudak praktikal selain CC.

kak normah
  • hmm....err...dia ni glamor. ok, FULL STOP!

abang r...
  • ok, tak ingat nama dia. yang pasti start dengan huruf r. dia baik gak. kalo lalu kaunter, selalu tegur aku and cakap omputeh. "excuse me", " sorry to interrupt" and macam2 la. kalo dia kuar, mesti jenjeng sekali kamus oxford. apa sebenarnya keje dia???

bahagian IT

kak yana
  • usahawan di MDKP. ade je benda nak jual, nak promote. ketua main duit kutu. baru2 ni dia lancarkan kutu yang dia sorang je main. sehari singgit. kira macam menabung la. tapi bila cakap main kutu, motivating sket.

kak siti
  • member kak yana and kak zakiah. err..dia ni terlalu ikhlas tanpa niat untuk memburukkan sesape. err, bleh paham ke tu?

bahagian err..atas(xingat nama bahagian kat level 2 ni)

kak sham
  • ibu yang bakal bersalin gak tak lama lagi. comel je. kalo dia tak ngandung, mesti aku ingat dia ni bujang. perangai cam bebudak je..

afiq
  • ya Allah.. punyalah tinggi dia ni. maybe aku paras siku dia kot. dia ni anak acik man. bagus dia ni. sekali pun tak penah tegur aku. haha!

shahril
  • dia ni dah berbini tapi perangai tak macam tu.sekian!

zaidi
  • ok...let just say aku tak suka prangai dia. terima kaseh..

bahagian penguatkuasa

shamsudin/abang misai
  • mungkin boleh gak panggil abang botak. sume pompuan dia panggil makwe walaupun dah berbini. aku masih boleh tolerate dengan kegatalan dia. kalo time siuman dia, dia pasang kaset mengaji dalam van

abang zul
  • pendiam..tak tau camne leh jadi penguatkuasa.

abang azham/abang
  • orang kata dia ni penah masuk u tapi quit. maybe btol sebab dia ni nampak cam sesuka hati dia je nak buat ape

acik man
  • senior penguatkuasa. ayah afiq. dia ni baik tapi kekadang lawak dia perlu dipikir secara mendalam.

driver

acik shaari
  • ayat pertama dia cakap kat aku ialah, tangan aku halus.ok, dia baik sebab bawak aku jenjalan sebab tau aku gila bapak boring kat ofis.

kak tam/ saadiah
  • driver yang gile ganas tapi sungguhla sensitip. selau kene usik dengan abang misai. lawak tul kalo abang misai start ngutuk2 kak tam ni. kak tam juga adalah penjual buah di ofis.
p/s: ok, maybe aku tak ingat sume nama dorang. tapi bagi aku, dorang ni baik2. but, i think i don't want to stay any longer. 2 months is enough. baik kita blah time orang masih lagi suka kat kita.


















Alhamdulillah...

Yeay! Akhirnya selesai sudah majlis perkahwinanku…eh,salah,salah..tu lambat lagi. Selesai sudah praktikal aku di majlis daerah kuala pilah. Mari tupuk tangan…!so, minggu terakhir ni memang dah takde keje. Just duduk termenung, baca novel, main game, tengok tv, dengar mp3…eh, cam sama je aktiviti dengan minggu sebelum2 tu. Haha! Cuma minggu ni tak saba tunggu waktu rehat sebab kak zakiah ajar jahit manik. Pegh, baru tau salah sungguh cara aku jahit manik before nih. Skang sudah pandai. Bulehla sesape nak tempah jahit manik kat baju raya. Tak cantik, jangan marah..saya budak baru blaja.


Ari rabu, 1 julai, ade perhimpunan bulanan. Selamat tak suruh pegi depan lagi. Kot2 la suh bagi ucapan perpisahan ke, nyanyi2 lagu ke…huhu..pas perhimpunan tu, acik shaari sama acik harun ajak pegi pasar sehari kat juasseh. Pasar ni ada sebulan sekali je. Setiap 1 hb. Wah, unik sungguh! Tak beli pe pun. Just jenjalan and borak2 dengan acik2 tu dalam pajero. Pajero tu kenderaan ofis, so takleh nak bawak rayau. So, acik harun kata kat maklong yang jaga kenderaan, nak pegi pantau SWM kat air mawang. (harap DO tak baca entry ni…hehe).

nila pemandangan pasar sehari tu. panjang lagi tu..sempat amek gamba sket je before balik

sesape yang tak tau..ni jirat cina

Acik shaari yang sangat memahami keboringan aku, ajak pegi Melang lak dengan kak sham. Walaupun just jalan pantau keliling taman perumahan tu, tapi rasa best gak sebab tak tau bila lagi dalam hidup aku untuk masuk tempat tu.

Selain daripada buat aktiviti2 di atas, aku ada teman bermain. Nilah temanku…

ye..getah..benda yang cicakman takut. satu getah besar, satu kecik

gulung2, ikat2...jadi macam ni. aku tak tau nape aku suka sangat nak main ngan getah ni..freak!

maybe satu-satunya kerja yang aku buat minggu ni ialah tolong fotostat punch card untuk abang sharil. oops..abang nor sharil ye..bukan shahril bengong gile gatal tuh! ha, keje lain ialah, pegi cakap kat orang ramai yang salah masuk pintu, " borang mintak kerja kat depan ye" kalau boleh, nak escort skali orang yang tanya tu pegi beli borang lepas tu bagi briefing pasal MDKP serba sikit. takde kerja punya pasal...


last day tu sedih gak la..ek eleh, yeke???pukul 8 masuk pastu xsaba dah nak tunggu kul 5. masa rehat tu, lepak ngan kak zakiah.borak2 sambil dia cabut manik kat baju dia, tengok gambar kawen dia ditemani bau pop corn. hok aloh..dorang pg masak pop corn kat ofis. semerbak bau. kak zakiah ni senior aku time sekolah menengah kat SMKDAS dolu. pastu, dia masuk UiTM. so, kami ni banyak la benda nak diborakkan...aku dah cakap aku ni lambat mesra dengan orang. dah abes praktikal, baru nak mesra2..huhu..

dekat nak pukul 5, aku tanya fey(member praktikal yg pencen hari sama gak)..mehla kita pg bersalam-salaman. so, kami pun pegi la ke setiap dept yang nasib baikla tak banyak tu...tu pun tak habes explore dalam masa 2 bulan. last day tula kami 1st time naik dept kat atas tu.pastu dah nak punch card tu, mak long tanya dah salam en. asri ke. blom sbb en. asri ada visitor. mak long kata tak baik. dia suh pg jugak. lama gakla menunggu orang2 tu nak kuar daripada bilik en. asri. tapi tak kuar2 gak. akhirnya aku decide untuk blah jela. tapi tak tau mana datang keazaman (?) nak terjah je bilik en. asri tu. kira macam tindakan refleksi gak la. cakap serba sikit and en.asri pun macam sangat suka aku nak blah...ok, selesai...mari punch card, saya tak saba nak bergelar penanam anggur professional.

p/s:aku rasa aku tipu bila aku kata kat staff2 MDKP aku akan boring duduk rumah bila dah abes praktikal...