Wednesday, July 14, 2010

Song for this Blog

"Nothing Lasts Forever"

It is so easy to see
Dysfunction between you and me
We must free up these tired souls
Before the sadness kills us both

I tried and tried to let you know
I love you but I'm letting go
It may not last but I don't know
Just don't know

If you don't know
Then you can't care
And you show up
But you're not there
But I'm waiting
And you want to
Still afraid that I will desert you

Everyday
With every worthless word we get more far away
The distance between us makes it so hard to stay
But nothing lasts forever, but be honest babe
It hurts but it may be the only way

A bed that's warm with memories
Can heal us temporarily
The misbehaving only makes
The ditch between us so damn deep

Built a wall around my heart
I’ll never let it fall apart
But strangely I wish secretly
It would fall down while I'm asleep

If you don't know
Then you can't care
And you show up
But you're not there
But I'm waiting
And you want to
Still afraid that I will desert you, babe

Everyday
With every worthless word we get more far away
The distance between us makes it so hard to stay
But nothing lasts forever, but be honest babe
It hurts but it may be the only way

Tough we have not hit the ground
It doesn't mean we're not still falling,
Oh I want so bad to pick you up
But you're still too reluctant to accept my help
What a shame, I hope you find somewhere to place the blame
But until then the fact remains

Everyday
With every worthless word we get more far away
The distance between us makes you so hard to stay
Nothing lasts forever, but be honest babe
It hurts but it may be the only way

Everyday
With every worthless word we get more far away
The distance between us makes it so hard to stay
But nothing lasts forever, but be honest babe
It hurts but it may be the only way


-Nothing Lasts Forever by Maroon 5-

Thursday, April 29, 2010

Senarai Lagu untuk Video Kahwin

tak tahu kenapa nak buat entry ni. selain daripada angan-angan diri sendiri. ia juga boleh beri idea kepada video-maker for wedding.ok!

1. Semoga Abadi by Misha Omar

2. Cahaya Cinta by Siti Nurhaliza

3. Keabadian Cinta by Anuar Zain

4. Everyday I Love You by Boyzone

5. Nothing's Gonna Change My Love for You by Glenn Medeiros

6. From This Moment by Shania Twain



7. Terima Kasih Cinta by Afgan

8. One Sweet Day by Mariah Carey & Boyz II Men (kalau dengar lirik dia bebetol lagu ni untuk kawan yang dah passed away)


9. I'm Yours by Jason Mraz

10. Only You by Kim Jong Wook

11. Will You Marry Me by Lee Seunggi (lebih sesuai untuk video tunang/pre-wed)

12. My Baby You by Marc Anthony

13. Ketika Cinta Bertasbih by Melly Goeslow ft Amee

14. Everything by Michael Buble'

15. This I Promise You by 'N Sync

16. Saat Yang Bahagia by P. Ramlee & Saloma



17. When You Say Nothing At All by Ronan Keating

18. Bila Rindu by Ruffedge

19. You're My Everything by Santa Esmeralda

20. Bukan Cinta Biasa by Siti Nurhaliza

21. Gift by K. Will

and last but not least...

21. Love So Sweet by ARASHI

Tuesday, April 27, 2010

assalamualaikum...
hari ni 2nd time aku drive sengsorang. cuba sedaya upaya untuk bawak 60-70 km/h, tapi terlebih gak sampai 80km/h. alhamdulillah..selamat sampai dan agak awal. sampai kat kilang, kebetulan lak member2 dept baru sampai, apa lagi..melambai tak hengat dari dalam kereta. tapi ke-excited-an tu tak berpanjangan...ofis diselubungi kesedihan. sorang executive bahagian HR meninggal dunia semalam...Innalillahiwainnailaihirraji'un...aku tak sempat jumpa dia. dia dah lama ambik MC. sebelum aku kerja kat situ lagi dan dah ditentukan Allah yang dia meninggal waktu cuti MC dia tinggal beberapa hari je.

dia meninggal sebab sakit kanser...serba sikit aku tahu macam mana kehidupan seorang pesakit kanser di peringkat yang dah teruk. orang kata dia sakit tak sampai setahun dan kata orang lagi, hari tu dia dah nampak sihat. tapi..ajal maut di tangan Allah. biarlah dia pergi..sekurang-kurangnya derita dia kat dunia dah berakhir. dia pergi sewaktu ramai orang sayangkan dia...

akak sebelah aku hari ni bengkak mata menangis non-stop dari pagi sampai petang. aku tak tau macam mana nak tenangkan dia sebab aku rasa tak baik menangisi pemergian orang sampai macam tu sekali. dia bukan pergi tiba2. semua orang tau dia sakit teruk.

kilang hantar sebuah bas pergi ziarah. aku tak dapat pergi sebab dah cukup kuota tapi sempat sedekah duit je. hari ni aku dah macam tersepit. yang A suruh aku pergi jumpa B, yang B suruh aku cakap dengan A, aku cakap dengan A pastu dia suruh aku buat sukati. ok, aku mintak tolong dengan C. habes cerita. yang penting kerja aku selesai...

oklah, tu jelah nak cerita hari ni. ada benda lain nak share..tapi takpelah..hehe

Thursday, April 22, 2010

Assalamualaikum..lama dah tak update. malas dan sampai satu tahap rasa nak terminate je blog ni. tapi ada banyak maklumat sebenarnya dalam blog ni. wah, maklumat! so, takleh delete lagi..

masuk hari ni, dah sebulan lebih aku kerja. jadi, aku nak tanya diri sendiri ape perasaan aku sekarang. jawapan yang aku dapat daripada aku ialah: bolehla...
jawapan yang sangat tak meyakinkan...ok, kisahnya camni. aku suka kerja sebab sekurang-kurangnya aku dapat mengisi masa dengan berfaedah berbanding duduk di rumah mengisi perut. tapi...........ada masa2 yang aku rasa tak sabar2 nak tunggu bulan 9. bulan aku tamat kontrak. aku dah taknak kerja situ. kenapa?

kajian kes
1. aku bukanlah kesah sangat apa jawatan aku. walaupun kerani cabuk, tapi dapat jugak gaji dan dapat cari pengalaman tapi lama kelamaan aku rasa aku tak sesuai kerja ni sebabnya...aku boleh terima arahan daripada orang tapi aku nak orang dengar jugak pendapat aku. tapi sebab aku kerani cabuk, maka suara aku tak kedengaran...

2. aku bersyukur sebab aku dapat kawan instant. sebab kawan aku punya kawan kerja kat dept yang sama tapi mereka ni lain kepala sikit dengan aku. aku tak tau yang aku agak lembut..ke lembek sebelum aku kawan dengan diorang. aku nampak paling tak matang sebab macam2 tak tau. apa yang aku tau di luar skop mereka. contoh pengetahuan aku, 'skang ni musim 9 American Idol, Desperate Housewives season 6 ade watak baru yang misteri...'

3. tipula kalau aku cakap aku tak penah mengumpat atau cakap yang buruk pasal orang tapi aku takla cakap buruk mengenai orang yang aku sama2 mengumpat dengan dia pasal orang lain. paham tak? senang cerita, aku kawan dengan nora danish. aku mengumpat pasal fasha sandha dengan nora danish. tapi lepas tu aku mengumpat dengan tiz zaqyah pasal nora danish. jadi, siapa nora danish pada aku? geng mengumpat atau mangsa umpatan? itula yang berlaku kat ofis ni. aku berani bet yang orang yang mengumpat pasal orang lain depan aku pernah mengumpat pasal aku jugak. CONFIRM!

setelah mendengar luahan masalah daripada diri sendiri, maka aku nak beri nasihat khas untuk aku

1. dare to be different! takyah nak ikut orang. kalo orang lain nak kawen, ko pun nak kawen gak. kalo orang lain pakai eye-shadow, ko pun sibuk gak. biarlah orang anggap ko bodoh ke, lurus ke, freak ke, yang penting...tu adalah kau. kalau diorang nak mengumpat pasal tu, bersyukurlah sebab pahala telah dikredit ke dalam akaun.

2. yakin dengan diri sendiri. jangan sebab kau kerani cabuk, ko nak buat perangai kerani cabuk gak. malah kerani cabuk yang lain memperkotak-katikkan kau. takpe..bagi can dulu. dah lama2 kena yakin yang ko deserve more than kerani cabuk.

3. jangan jadi lembek. bersopan ok, tapi bukan lembek.

4. ALERT! dengan keadaan sekeliling, dengan kerja yang kau buat. please..don't make silly mistakes...

5. SAMBIL-SAMBIL TU, CARI KERJA LAIN~

Thursday, April 1, 2010

saya sedang (.) jadi saya mudah marah, penat, senang kecik hati.
terima kasih untuk semua yang menjadi pemangkin untuk semua perangai buruk saya.

tu je yang saya nak cakap (.)

Wednesday, March 24, 2010

kompilasi 3 hari cerita ain

(ni ialah cerita hari rabu.....huhu)

hmm..ape yang best berlaku hari ni ye? rasa macam takde buat apa2 pun tapi rasa macam tak duduk diam..ada je kerja. jadi apa maksudnya tu???AMNESIA. haha!

tadi rasa macam lawak pulak bila Nadia-san tanya pasal sorang VVIP ni (nama terpaksa dirahsiakan sebab nnt tak pasal2 aku masuk mahkamah pulak. bahaya skang ni). Nadia-san tu tanya pasal dia punya pangkat la..so, aku ngan Hajar tolong la cari ket internet. kebetulan time tu dah rehat. Hajar jumpa la pangkatnya lepas tu Nadia-san nak tengok gambarnya pulak. Hajar tak dapat cari gambarnya so, aku jumpa and panggil Nadia-san. bila bukak gambar VVIP tu, keluar sekali gambar tak berapa senonoh anak dia. aku pun tutup la dengan tangan kata "takyah tengok! tengok gambar ni je". lepas tu Nadia-san tarik tangan aku lepas tu dia suruh bukak gambar2 tu.."kore! kore!" ataupun ditranslatekan jadi "ini! ini!". aku pun bukak la sambil terjerit2...ekstrem sgt jerit tu..er...bersuara dengan excited. bolehkah?

lepas tu ada pulak suara2 background kata "ni anak dia la..!" rupanya kak As, Kak Faridah dengan Wong dok pegi merenung skrin komputer aku. bila masa diorang ada kat blakang aku??? aku pun kata, "dah,dah. cukup. tak sesuai!" pastu semua gelak. Nadia-san tak berhenti2 mengeluh macam tu anak sedara mara dia je..hehe..

(ini cerita hari kames)

hari ni aku tolong sorang jepun guna mesin fotostat. aku rasa baik aku cakap melayu je sebab dia haram tak paham english. lepas tu dahla cakap laju, takleh nak tangkap...err, macam la ko paham ain kalo dia cakap slow pun. tapi last tu dia cakap 'thank you' style jepun. bunyinye..'tsang kyu'

malamnye plak aku tidur rumah ana. pegi pasar malam, makan tom yam kat kedai makan, call nor... balik rumah, mengantuk giler2. tidur, pukul 4 lebe terjaga...sebab biasa tidur 5 jam. pegi keje, ngantuk dan pening sebab tak ambik my drug----> cafein aka nescafe.

(ini cerita hari jumaat)

lepas tu hari ni bos suruh call budak kelantan untuk pengambilan pekerja isnin ni. macam tau2 je aku penah keje operator ni. huhu...sekurang2 nya buat keje ni sah2 dpt gaji. gaji masuk tadi. excited dpt payslip walaupun bukan untuk gaji 1 bulan. bukan excited sebab dapat duit, tapi excited dapat payslip. bleh tak camtu? 1st time keje weh!

besok aku OT...alahai penatnye...ahad plak ade exam......ape soklan2 nye ye...?mesti soalan berkaitan sains ke hape jadahnye ni...takpun pasal UiTM. ish, pegi jela. dapat tak dapat, blakang kira!

Tuesday, March 23, 2010

beryani KFC

tadi kan...kami ada sesi makan tengah hari bersama kurita-san and 'sachou'@MD(Managing Director)@Ohno-san. rasa pelik lak bila sebut Ohno-san...terpikir orang lain. muahaha! rilek 'ain..nanti tersasul lak depan Ohno-san tu..aku suruh dia menari plak depan aku nanti. walaupun dia tak tau cakap english apatah lagi melayu..tapi kami beria borak dengan dia, thanks to secretary dia--->Nadia-san.

tadi kami makan KFC nasi beryani atau bak kata Nadia-san, nasi berani. tak sedap pon nasi beryani tu....makan ayam je lebih, tapi bila dah kenyang...tak habes pun. sambil makan tu, kami perkenalkan diri and tanya apa2 soalan kat Sachou and Kurita-san. tak formal pun. memula tu segan jugak. sampai turn aku perkenalkan diri, bos aku yang cakap banyak sampai aku takde can nak cakap pastu dia marah aku sebab kenapa tak cakap. last2 aku marah dia balik. haha! sukati marah bos.

lepas tu kami start la tanya soalan riang ria kat sachou and kurita-san. tanya pasal anak dia la...macam mane boleh berkenalan dengan wife diorang la sampai muka sachou jadi merah.."orewa hazukashi!" nadia-san tak translate pun tapi aku paham so aku sengsorang gelak. haha!

pastu hari ni aku tolong en. fauzi yang menyakitkan hati tu uruskan pekerja kontrak. ade sorang budak tu gaya macam nak pegi ujibakat AF je. rambut perang...stylo pastu ala2 lembut sikit. salah job budak ni. tolong punya tolong, pukul 6 lebih baru balik. mesti kak faridah bagitau en. fauzi yang menyakitkan hati tu ayah aku datang jemput...selamat!


p/s: kurita-san tu tau tak nama dia kalau ditranslate ke jepun jadi tako-san? takoyaki, ummai!

Monday, March 22, 2010

kisah 'ain tak bertajuk

haha! tadi ade satu cite klaka...eh klaka ke? klaka la bagi aku...pagi tadi...bos aku panggil beberapa nama untuk buat 5S. ape benda haram jadah 5S tu pun aku tak tau. aku ingatkan pegi cek kilang ke hape..aku pon bawak la notebook dan pen. mane tau nak catat ape2...pekerja berdedikasi sungguh la konon...sekali bila turun bawah, semua pakat2 ambik glove and plastik sampah hitam. la...kutip sampah rupanya! 5S= Saya Sangat Segan Sebab Salah...so, aku pun pegi la kutip sampah sampai ke luar2 kilang...aku tak kutip pon, tolong pegang plastik sampah je. so, naik ofis dengan notebook tu dan tebalkan muka..naseb baik takde sape tegur. kalo tak aku cakap je, "ni saya kutip tadi..sayang nak buang,..baik simpan...hehe" sambil sengih nampak gusi.

kat ofis ni, kami ni kaya dengan makanan..jangan harap nak rasa lapar..ade je menu2 special. macam tadi ade akak tu blanja paparoti. hari tu, share beli air tebu, pastu ade ABC, hari OT hari tu bos jepun bagi cheese cake...kadang2 ade je plastik berisi makanan ringan rotate kat ofis tu..rezeki tak baik ditolak, jadi terima je time orang bagi...pegh, tak malu sungguh!

aku skang ni tengah blaja membiasakan diri drive keta. aku bawak pegi dan balik tapi ayah aku duduk sebelah macam cikgu memandu. skang ni boleh kata rilek la bawak..boleh sandar sambil bawak..tak macam dulu, badan rapat gile ke stereng. tapi aku tak taula sama ada aku boleh tak bawak sengsorang. ish, takut time kat simpang je...tak mahir lagi main clutch ngan minyak. kekadang aku klaka bila ayah aku duduk sebelah time aku drive. time nak sampai traffic light, aku perasan kaki dia macam tekan brek. haha! kalo ni kereta macam kat sekolah memandu tu, dah sah2 aku takyah sesusah tekan brek.

skang ni bilik aku dah literally macam tongkang pecah gara2 hujan lebat hari ahad hari tu. punya banyak baldi aku tadah pun, bilik tu tetap banjir. so skang atap bilik tu tengah repair dan aku tak boleh tidur bilik sendiri...terpaksa tidur bilik akak dengan tilam dia yang keras tu.(tilam untuk muda mudi yang sakit blakang-bak kata cina jual tilam)...huhu.nasib2..

p/s: kenapa bila kerja, banyak benda ko nak bebel ain?


it's okay, it's alright, i don't wanna fight

Sunday, March 21, 2010

seminggu kerja

yeay..!berjaya mengharungi seminggu kerja. Alhamdulillah..boleh tahan la..walaupun awal2 ni rasa macam orang bodoh je sebab banyak benda tak tahu. tapi takpe...biar orang anggap kita bodoh dulu nanti dah lama2 kita akan jadi pandai jugak...(er..harap2 nye..)

satu benda time kerja ni ialah untuk membiasakan diri dengan orang..yela mana2 pun sama, mesti ada orang tak suka dengan orang ni. kadang2 sebab orang yang kita rapat tak suka dengan orang lain, kita pun nak terikut2 jugak tak suka dengan orang tu walaupun kita belum tengok keburukan dia. so, aku harap tak jadi macam tu..aku nak jadi neutral. kalau orang baik dengan kita, kita baik dengan dia, tapi kalau orang tak baik dengan kita, kita takyahla nak baik sangat dengan dia...ataupun sepatutnya kita kena layan orang tu baik gak...?err..aku bukan mulia macam tu..haha!

hopefully dapat harungi lagi untuk jangka masa yang lama. aku tak harap akan kekal kat sini...tapi biarlah aku stabil dulu dari segi kewangan dan sosial baru bleh pikir keje lain.
so long...yoohoo!

Tuesday, March 9, 2010

hatiku bagai tomyam campur

hari ni......er...semalam..hari selasa....rasa macam tak berpijak di bumi nyata...

1. nervous, tapi taknak pikir sangat sebab takut ape pun tak jadi
2. tak nervous, tapi kenapa tersangkut2? lepas tu dah ada perasaan tak baik dalam hati...hmm
3. rasa marah dan bengang dengan diri sendiri sebab menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri yang macam hampeh...
4. susah hati sampai tak lalu makan...tidur tak lena sebab asyik terkenang.
5. konon-kononnya nak senangkan hati sendiri dengan duduk depan laptop...tapi ada je benda yang buatkan ingat pada peristiwa tadi.
6. nanges bila tengok TV sebab benda paling kecik, 'nenek Seonhwa datang buat surprise'...
7. tengah nanges, dapat phone call yang sepatutnya buat diri rasa happy...tapi......
8. kembali merasa bengang sebab kenape call time tu? tak sempat nak tengok ending cerita tu!
9. happy sikit bila bagitau orang tapi rasa down balik sebab rasanya ini bukan yang diharapkan oleh dia.
10.sekarang, takde perasaan...memerlukan masa untuk digest ape yang berlaku hari ni dan memerlukan lebih masa untuk fikir apa yang patut buat di masa hadapan. i mean, minggu depan!

ok, entry ni memang takkan dipahami sebab nurul 'ain masih lagi tak berpijak di bumi nyata...nanti2 la elaborate segala macam perasaan ni...hopefully lepas2 ni happy supaya next entries mudah dibaca dan dipahami...

rindu dengan kawan-kawan...I MEAN SANGAT2 RINDU TAHAP GABAN! bukan takat dalam gambar di bawah saja..ramai.....................................lagi!korang tak anggap aku kawan pun takpe...aku perasan sorang2 jela....hehe..

geng matriks

geng rumah sewa

geng SPAS

geng 3rd RC

geng group kontrak

p/s:rasa cam ok sket plak bila upload and tengok gambar2 member kesayangan neh!

Tuesday, February 23, 2010

saechuka hamida/tanjoubi omedetou/happy birthday!

sejak umur aku 16 tahun, aku tak penah stay kay rumah time 24 Februari kecuali waktu aku umur 18. besok memang tak tau nak lari ke mana...takpe...aku duduk kat rumah diam2 macam biasa-macam tiap2 hari-nothing special.........

sebenarnya memang aku nak besok hari yang biasa je. takpe kalau takde benda best tapi jangan ada benda yang teruk..takmo2...

sempena 23 tahun ni, aku doa supaya Allah murahkan rezeki...moga2 aku dapat kerja tetap. kumpul duit buat beli langsir untuk raya nanti...LANGSIR??! moga2 aku happy dan sihat sentiasa...hmmm..ape lagi ye...banyak kot..segan nak tulis semua..semoga semua orang sekeliling aku pun hepi2 gak...anda semua mempengaruhi mood saya!



dah bertahun2 takde kek birthday...so tengok gamba pun jadila...pegh, ni berapa puluh orang boleh makan ni? eh, boleh makan ke...camne tah nak potong...thehehe...^_^

Friday, February 19, 2010

4 shopping complex, 1 hari yang ceria!

wah, lamenye tak update..malas le...kang kalo tulis mesti ada bunyi2 sedih, marah and sunyi...huhu...orang nak tulis benda yang best je...ohoho, jangan la ingat aku sedih je sepanjang hari. aku banyak gelak ape..tapi gelak sengsorang depan TV and laptop. tak normal btol! tapi hari ni aku jadi normal bila banyak gelak dengan orang-cik kaman! haha!
setelah berbulan2 tak keluar sesama, akhirnya plan hari ni jadi juga. tujuan sebenar keluar ni sebab nak survey barang2 untuk netball...rasanya kejap je kot survey barang2 tu kat Tesco. tapi tujuan sebenar tetap tercapai...kan kama kan????
lepas tu kitorang pegi Jusco kunun nak tengok wayang-sekali punyalah ramai orang-mostly Chinese. raya lagi ke??sampai habis tiket wayang untuk cerita yang kitorang nak tengok. sebab dah lapar, kitorang pegi makan dulu...lepas tu singgah Guardian lak survey barang untuk kak ngah kama. kerja kami asek dok survey je hari ni...
lepas tu berlepas ke Terminal 2 nak pegi tengok wayang kat MBO. sebab tak banyak choice, kitorang pun tengok le cerita 'Percy Jackson & the lightning thief'(memang & tu bapak kecik kat poster ). ceritanya.........erm..besa2 je..maybe seswai untuk remaja kot sebab cite dia simple je...


  • masa aku tengok iklan cerita ni, aku agak cerita ni mesti ada banyak petir2, petir sana, petir sini tapi dekat nak habis je petirnya muncul and macam tak penting kot petir tu. (macam kelakar plak sebut petir banyak kali..)eh, ke lightning tu maksudnya kilat? ape2 la
  • cerita ni pasal dewa dewi..so kira macam power la kan..tapi sape curi petir dia pun, dia tak tau...tau tuduh je...anak dewa dewinya punyala ramai, tapi kenapa dia tuduh anak dewa air yang curi. macamla budak tu nak sangat petir dia. dia anak dewa air pun dia tak tau..
  • dewa dewi ni kononnya duduk kat Olympus...tapi kenapa time awal2 cite ni dewa Zeus tu nak jumpa dengan dewa Poseidon kat Empire State Building. apa signifikasinya si Poseidon tu keluar daripada laut...dahla dia besar, sah2 orang nampak dia pelik..lepas tu dia kecikkan diri dia and pakai baju sikit punya stylo...
  • percy ni baru tau dia ni anak Poseidon and untuk protect dia, dia dihantar ke kem 'half blood'. kononnya semua kat situ separuh dewa, separuh manusia. orang lain kat situ punyala lama dah berlatih bagai nak rak, si percy yang baru sampai tak buat apa2 lagi ni jugak yang jadi hero untuk pertandingan rebut bendera. ish, tak patut sungguh. sekurang2nya bagila dia berlatih apa yang patut dulu.
  • anak2 dewa dewi ni tak pernah jumpa pun dengan parents diorang yang dewa dewi. sebabnya Zeus tak bagi diorang ni berhubungan dengan anak2 diorang tapi kenapa in the first place bagi dewa dewi ni berhubungan dengan manusia lalu menghasilkan anak tersebut??kalau setakat 5, 6 orang, boleh la kata accident tapi ramai kau...penuh 1 kem tu!tak paham...
ingatkan nak buat review pasal filem ni..tak sangka lak berubah jadi kritikan..haha! banyak lagi kot boleh dikritik ni...tapi takpela...filem ni based on novel. aku rasa novel dia mesti best, tapi besala..mana sempat nak cover 1 novel untuk 1 movie 2 jam lebih. filem 'benjamin button' yang based on short story tu pun amek masa 3 jam lebih...tapi nasibla cerita ni klakar jugak...selamat ada watak si kaki kambing tu...bolehla buat gelak...

lepas tengok wayang tu, kami tak terus balik, sempat pulak pegi terminal 1 survey backpack kama...diulangi..survey..and aku pun sempat beli contact lense yang aku kurang yakin dengan brandnya. dahla orang kat kedai tu sibuk tengok mata aku-kata merah la..infection la...eh, sibuk la! dia tak tau aku dah pegi punya banyak tempat ari ni..no wonder la mata aku merah...nasib baik mata aku bukan macam mata 'medusa'. haha! rugi sape kuar wayang awal tadi....

hari ni gak aku dengar banyak lagu baru..maklumle dah lame tak dengar radio, rasa cam sangat ketinggalan plak..tapi mungkin skang aku tengah sibuk dengar lagu2 CNBlue, 2AM, 2PM, After School, F-Cuz, dll...hehe...
thanks kama sebab menormalkan aku hari ni..terimala gamba2 yang hot lagi spicy ni..yuhu!

on the way nak masuk movie theatre..serious macam theatre kat dalamnya..sori kama..candid!

kama berlatarblakangkan wall-e dan iron man. dua2 besi...

cik ain yang dah tak sabar nak tengok 'alice in wonderland' sebab ada johnny depp!(mental note:ain, stripes make u look fat!memang dah fat pon!!!)

gambar riang ria tapi blur! haha..

Monday, January 11, 2010

Anugerah juara Lagu ke 24

yeay, dah terjawablah sudah segala persoalan dan teka-teki...semuanya dah terjawab di Anugerah Juara Lagu ke-24 yang boleh kata baru je habis kat TV3. tahun ni menampilkan konsep yang berlainan. takde lagi based on category tapi ada pulak pemenang tempat ke-3,2, dan 1. so...senarai pemenangnya adalah..:

vokal terbaik: black (aku rindu sayang kamu)
memang dah agak dah sebab rasanya black ni sorang je yang nyanyi cam dalam cd. yang lain2 tu ada yang terkehel sikit sana sini. orang agak misha omar...tapi kalo betul2 dengar, misha nyanyi macam lari tempo. ada gak yang mengagak alyah, tapi rasanya dia macam jerit je. ada gak yang agak faizal tahir, tapi sebab kaki dia, mungkin sedikit menjejaskan persembahan dia malam tu.

persembahan terbaik: aizat (kau aku)
konsep persembahan dengan guna budak sekolah. memang sangat fun and rilek...suka masa dia nyanyi dengan adik yang kunun2 nya dia dolu2...sebab budak tu tembam..macam dia dolu2...aku memula ingat aizat menang, tapi dengan lagu pergi..sebab aku nanges masa performance lagu tu. sangat2 menyentuh hati dan persembahan tu pon smooth je...takyah nak gile gempak2.aku agak faizal pun ada can nak menang sebab even dia pakai tongkat tapi dia semangat lepas tu di akhir persembahan, dia jalan tak pakai tongkat dah. dan yang bestnya tapi mungkin ramai tak perasan, di ujung tu, lepas api keluar, shila OIAM muncul ambil tempat faizal. tapi sebab fesyen rambut yang sama dan kejap sangat, orang lain cam tak perasan.

tempat ke-3: bencinta, faizal tahir.
tak agak pon dapat tempat sebab ingatkan tadi dapat persembahan terbaik...

tempat ke-2: dan sebenarnya, yuna
dah agak lagu ni mesti dapat tempat. agak lagu ni mungkin boleh jadi juara tapi tak dapat...persembahan yuna sangat2 rilek..effortless je..suka dia buat gaya ala2 broadway kat background clip...and jangan tak tau lagu tu boleh gak dimainkan dengan hanya menggunakan piano mini zaman kita kecik2 dulu...aku ade..kaler oren...hehe

juara AJL: pergi, aizat
memang agak dah aizat akan dapat tempat, untuk salah satu lagu yang dia bawak. and lagu ni akhirnya yang menang. maybe sebab lagu ni ada unsur2 muzik cina dan lepas tu tadi ditambah pulak dengan backup vocal indian, maka lagu ni dah jadi konsep 1 Malaysia. maklumla sekarang ni semuanya 1 Malaysia lepas tu tambahan pulak lagu ni ada dalam filem talentime arahan allahyarham yasmin ahmad, so, secara tak langsung ia jadi tribute untuk beliau. tapi salute to aizat yang berjaya bawa lagu ni dengan baik...

corat-coret AJL
  • pengacara yang 3 orang tu, ally, cheryl dan faizal ismail best. semuanya dalam keadaan terkawal..tak lebih tak kurang...permusuhan olok2 tu berjaya mencuit hati penonton...
  • lepas persembahan stacy, giliran aizat..tapi ambik masa yang lama sangat...tak tau sama ada diorang nak kasi asap daripada api letup2 stacy tadi habis dulu ke..ataupun sebab nak susun lilin yang banyak kat tangga untuk persembahan aizat.
  • bunkface best. sape kata sam takleh nyanyi live? suka bila diorang bawak peserta idola kecil 2, aril dan nurul untuk join nyanyi and lepas tu ada pulak kununnya penonton tepi stage pakai baju colourful.macam ala2 gig la.
  • hujan pun bawak konsep persembahan ala2 gig. separuh persembahan, tetiba ada 2 orang dok melompat2 depan stage tu. pastu makin lama makin ramai. masa tu ingatkan peminat hujan datang secara tetiba sebab muka noh macam cuak. lepas tu, diorang kat bawah tu menari serentak..so kira cam memang diorang tu sebahagian daripada persembahan la...wat saspen je...
  • persembahan tomok ada menampilkan diana danielle untuk background clip...hmmm..bosan...
  • fesyen stacy dan akim lebih kurang sama..macam ala2 gothic gitu!
macam tula lebih kurang serba sikit liputan AJL 24. wallamak, liputan kunun! haha...lepas tu kan, kat ares ni ramai plak yang nak download lagu pergi by aizat and dan sebenarnya by yuna. takpe kita share2 la lagu ni ye..tapi ada plak yang beria download lagu JYP 'no love no more'. hello, park jin-yeong tak masuk AJL ye...tak seswai...