Sunday, April 12, 2009

tesis oh tesis

tesis sudah selamat dihantar ke kedai buku untuk dijilid...
rasa lega sangat walaupun memang tak patut nak rasa lega sebab pas ni nak exam..lagipun rasa-rasanya tesis tu tak akan dapat A. huhu..xpela..dah siap tu pun kira dah cukup best. bila pikir-pikir balik..wah, betapa azabnya nak membuat projek tesis ni. pasni confirm tak kan tanam pokok. fobia dowh...

jadi skang ni mau study la..arap je 3 paper sem ni...bajet sangat sonang la..bajet cam last minute leh study la..salah tu cik 'ain. anda perlu stat skang. jika tidak, anda akan jadi kalut lagi mengalut (ala2 lagu nadia AF- karut lagi mengarut).

jadi..yela..post ini khas buat pembakar semangat diri sendiri.

'ain chan..ganbate ne!!!from us..arashi(mak aihh,prasan sungguh!)

Saturday, April 11, 2009

apa itu subarashi sekai?

semangat nih...post kedua dalam masa tak sampai 1 jam. sila tepuk tangan..(clap3x!). musti tertanya-tanya ape ke bendenye subarashiki sekai tu? adekah ade kene mengene dengan subramaniam atau sakai? (jangan cube sambungkan perkataan tu...)

sebenarnya subarashiki sekai ni ialah salah satu lagu kumpulan Arashi.. yes2...Arashi is my favorite j-pop band (kalo nak describe pasal kecintaan sama arashi ni mau tak habeh...i will write specially about them later).

back to the topik. yes2..ni salah satu lagu arashi. subarashiki sekai tu bermaksud 'wonderful world'...so...seswaila nak dibuat name blog..kira i write about my wonderful world la in this blog...wonderful ke my life ni?? off course la...kene bersyukur maa...walaupun bumi ni dah banyak tercemar (kata2 seorang environmentalist)...tapi sebenarnya tanggungjawab manusia la untuk jadikan this world ni wonderful atau hampehful (perosak bahasa).

samela macam hidup kita ni. it's up to us nak jadikan hidup kita ni macam apa. sume orang ada pasang surut dalam hidup..so terpulang pada kita camne nak respon dengan perkara-perkara yang datang dalam hidup kita. kalau perkara hepi yang datang, adakah kita akan gelak dan suka sangat sampai tak hengat dunia. kalau benda sedih, adakah kita akan meraung dan meratap atau bila kemarahan datang, adakah kita akan mengamuk...(uit..sensitip tu)

jadi..marilah kita menjadikan our life wonderwoman...eh..wonderful!

baru lahir...

assalamualaikum...
akhirnya lahir sudah blog ni...blog ni ditujukan untuk diri sendiri dan juga kepada sesiapa yang terbaca...blog ini dibuat secara rahsia/ senyap-senyap/underground atau pape jela yang cam illegal sebab before ni dok kutuk2 orang yang buat blog.

erk..bukan kutuk..just tertanya-tanya apa yang orang dok cerite dalam blog? kenapa semua orang ghairah untuk memiliki blog? (wah, perkataan ghairah terkeluar...) dan saya masih tak faham walaupun saya dah membaca beberapa blog yang boleh dikatakan popular...jadi untuk memahami perasaan blogger, saya decide untuk membuat blog sendiri.

saya tak mengharapkan kunjungan orang dan saya rasa kompem saya tulis dan saya yang akan baca sendiri...takpela..buleh jadi dear miss diary...so..trimelah kehadiran blogger baru di dunia blog yang penuh misteri. uiceh...misterikah??

misi blogger ini adalah untuk mendalami perasaan yang dimiliki oleh para blogger dan at the same time mau berkongsi cerita2 yang tak seberapa....

JADI MARI BERBLOG!!!