Tuesday, February 23, 2010

saechuka hamida/tanjoubi omedetou/happy birthday!

sejak umur aku 16 tahun, aku tak penah stay kay rumah time 24 Februari kecuali waktu aku umur 18. besok memang tak tau nak lari ke mana...takpe...aku duduk kat rumah diam2 macam biasa-macam tiap2 hari-nothing special.........

sebenarnya memang aku nak besok hari yang biasa je. takpe kalau takde benda best tapi jangan ada benda yang teruk..takmo2...

sempena 23 tahun ni, aku doa supaya Allah murahkan rezeki...moga2 aku dapat kerja tetap. kumpul duit buat beli langsir untuk raya nanti...LANGSIR??! moga2 aku happy dan sihat sentiasa...hmmm..ape lagi ye...banyak kot..segan nak tulis semua..semoga semua orang sekeliling aku pun hepi2 gak...anda semua mempengaruhi mood saya!



dah bertahun2 takde kek birthday...so tengok gamba pun jadila...pegh, ni berapa puluh orang boleh makan ni? eh, boleh makan ke...camne tah nak potong...thehehe...^_^

Friday, February 19, 2010

4 shopping complex, 1 hari yang ceria!

wah, lamenye tak update..malas le...kang kalo tulis mesti ada bunyi2 sedih, marah and sunyi...huhu...orang nak tulis benda yang best je...ohoho, jangan la ingat aku sedih je sepanjang hari. aku banyak gelak ape..tapi gelak sengsorang depan TV and laptop. tak normal btol! tapi hari ni aku jadi normal bila banyak gelak dengan orang-cik kaman! haha!
setelah berbulan2 tak keluar sesama, akhirnya plan hari ni jadi juga. tujuan sebenar keluar ni sebab nak survey barang2 untuk netball...rasanya kejap je kot survey barang2 tu kat Tesco. tapi tujuan sebenar tetap tercapai...kan kama kan????
lepas tu kitorang pegi Jusco kunun nak tengok wayang-sekali punyalah ramai orang-mostly Chinese. raya lagi ke??sampai habis tiket wayang untuk cerita yang kitorang nak tengok. sebab dah lapar, kitorang pegi makan dulu...lepas tu singgah Guardian lak survey barang untuk kak ngah kama. kerja kami asek dok survey je hari ni...
lepas tu berlepas ke Terminal 2 nak pegi tengok wayang kat MBO. sebab tak banyak choice, kitorang pun tengok le cerita 'Percy Jackson & the lightning thief'(memang & tu bapak kecik kat poster ). ceritanya.........erm..besa2 je..maybe seswai untuk remaja kot sebab cite dia simple je...


  • masa aku tengok iklan cerita ni, aku agak cerita ni mesti ada banyak petir2, petir sana, petir sini tapi dekat nak habis je petirnya muncul and macam tak penting kot petir tu. (macam kelakar plak sebut petir banyak kali..)eh, ke lightning tu maksudnya kilat? ape2 la
  • cerita ni pasal dewa dewi..so kira macam power la kan..tapi sape curi petir dia pun, dia tak tau...tau tuduh je...anak dewa dewinya punyala ramai, tapi kenapa dia tuduh anak dewa air yang curi. macamla budak tu nak sangat petir dia. dia anak dewa air pun dia tak tau..
  • dewa dewi ni kononnya duduk kat Olympus...tapi kenapa time awal2 cite ni dewa Zeus tu nak jumpa dengan dewa Poseidon kat Empire State Building. apa signifikasinya si Poseidon tu keluar daripada laut...dahla dia besar, sah2 orang nampak dia pelik..lepas tu dia kecikkan diri dia and pakai baju sikit punya stylo...
  • percy ni baru tau dia ni anak Poseidon and untuk protect dia, dia dihantar ke kem 'half blood'. kononnya semua kat situ separuh dewa, separuh manusia. orang lain kat situ punyala lama dah berlatih bagai nak rak, si percy yang baru sampai tak buat apa2 lagi ni jugak yang jadi hero untuk pertandingan rebut bendera. ish, tak patut sungguh. sekurang2nya bagila dia berlatih apa yang patut dulu.
  • anak2 dewa dewi ni tak pernah jumpa pun dengan parents diorang yang dewa dewi. sebabnya Zeus tak bagi diorang ni berhubungan dengan anak2 diorang tapi kenapa in the first place bagi dewa dewi ni berhubungan dengan manusia lalu menghasilkan anak tersebut??kalau setakat 5, 6 orang, boleh la kata accident tapi ramai kau...penuh 1 kem tu!tak paham...
ingatkan nak buat review pasal filem ni..tak sangka lak berubah jadi kritikan..haha! banyak lagi kot boleh dikritik ni...tapi takpela...filem ni based on novel. aku rasa novel dia mesti best, tapi besala..mana sempat nak cover 1 novel untuk 1 movie 2 jam lebih. filem 'benjamin button' yang based on short story tu pun amek masa 3 jam lebih...tapi nasibla cerita ni klakar jugak...selamat ada watak si kaki kambing tu...bolehla buat gelak...

lepas tengok wayang tu, kami tak terus balik, sempat pulak pegi terminal 1 survey backpack kama...diulangi..survey..and aku pun sempat beli contact lense yang aku kurang yakin dengan brandnya. dahla orang kat kedai tu sibuk tengok mata aku-kata merah la..infection la...eh, sibuk la! dia tak tau aku dah pegi punya banyak tempat ari ni..no wonder la mata aku merah...nasib baik mata aku bukan macam mata 'medusa'. haha! rugi sape kuar wayang awal tadi....

hari ni gak aku dengar banyak lagu baru..maklumle dah lame tak dengar radio, rasa cam sangat ketinggalan plak..tapi mungkin skang aku tengah sibuk dengar lagu2 CNBlue, 2AM, 2PM, After School, F-Cuz, dll...hehe...
thanks kama sebab menormalkan aku hari ni..terimala gamba2 yang hot lagi spicy ni..yuhu!

on the way nak masuk movie theatre..serious macam theatre kat dalamnya..sori kama..candid!

kama berlatarblakangkan wall-e dan iron man. dua2 besi...

cik ain yang dah tak sabar nak tengok 'alice in wonderland' sebab ada johnny depp!(mental note:ain, stripes make u look fat!memang dah fat pon!!!)

gambar riang ria tapi blur! haha..