Saturday, August 29, 2009

harapan ramadhan ini (buat tajuk lagu sedap ni)

wah, makin trase nak raya lak..hari tu sibuk sangat dok komplen bulan pose tak trase...bukan pe dah trase nak raya ni..tadi akak beli bahan2 membuat kuih raya. excited aku tengok segala macam alatan dan bahan2...kitorang ingat nak buat malam ni. tapi yang tak bestnya family abang2 aku balik hari ni. adoi, kalo ade budak2, nanti diorang kacau dan mood aku akan jatuh hingga tahap negatif.

pelik kan? aku dengar orang lain suka nak buka pose dengan sume family. pastu rasa sedih kalo ada yang tak dapat balik...hmmm..aku tak pernah rasa camtu...mungkin sebab family aku semakin besar...dulu, sebelum abang2 aku kahwin, aku suka sangat diorang balik. waktu diorang baru kahwin pun, aku suka gak diorang balik. tapi bila anak dah masuk 2,3..makin besar dan makin banyak peel, aku jadi tak senang bila diorang balik...taula..bebudak ni nakal, jadi kita ni akan cepat marah. dulu aku selalu gak marah anak2 buah aku, tapi sekarang dah tak. bila kita selalu sangat marah, bebudak jadi imune. so, aku ni marah sekali sekala je,tinggi suara kekadang tapi tak penah naik tangan. cubit pun jarang2. yang jadi masalahnya parents mereka ni. bila anak2 buat hal, diorang yang bad mood terlebih2. kesannya? dah tentulah kepada adiknya yang bongsu ni yang paling tak suka orang bising2. sebab tu bila ramai2 kat rumah ni, aku memang mood tak baik la.

lagi2 kalo time raya. akibat expectation terlalu tinggi pada hari raya..yela hari raya kan hari suka ria, bermaaf-maafan..dan selalunya hari raya la aku nangis tak hengat lepas tu marah kat sume orang. tak baik sungguh perangai ini..tapi tahun lepas berjaya mengontrol emosi diri sendiri tapi still bersedih hati gak akibat emosi orang lain. cis!!!

jadi harapnya mood takkan terganggu pada raya tahun ni. harapla kuih raya menjadi..haraplah sume orang gembira dan haraplah ada duit lebih untuk bershopping raya. waaa....tetiba mata dah jadi cam mata kirimaru ninja boys...ching, ching, ching!

Thursday, August 27, 2009

A Tribute to My BooBoo

satu petang di tahun 2006, akak balik ke kampung dari tempat kejenya lalu menceritakan kisah sedih kat adik dia yang comel ni..
"nurul, tadi kan akak nampak ada sekor anak kucing mati kat tepi jalan, depan rumah wan alang. pastu kan..ada sekor anak kucing duduk tepi anak kucing yang dah mati tu...agaknya adik beradik dia...yang sekor tu mati kene langgar kot...sedih nurul..yang sekor lagi tu duduk je tepi tu.."

waaa! akak aku memang pandai buat crite sedih. nak tengok..tapi nanti kesian pastu nak bela lak...daddy tak kasi bela kucing..alasannya nanti dia gak yang kene jaga..
hanya mampu berharap anak kucing sekor lagi tu tak kene tabrak dengan kereta. (ni pehal lak kuar pekataan tabrak lak ni??)

beberapa hari lepas tu, anak buah aku balik...biasala bebudak..suka main kat luar..pastu tetiba mereka beramai2 dok jenjeng sekor anak kucing. alahai..comelnye...agaknya ni kot anak kucing yang loyal tu..pastu daddy suh buang anak kucing tu kat tempat dia balik. dia takmo bela..huhu..sedey!

besoknya, anak kucing tu datang balik. sebab tak sampai hati nak halau, aku bagitau daddy
"ayah, anak kucing ni datang lagi!"
daddy pun pegi buang ke mana tah anak kucing tu. jauh dari rumah tapi still dalam kampung la...

rasanya banyak kali gak daddy dok membuang anak kucing ni jauh dari rumah tapi dia tetap datang balik...mungkin sebab daddy dah penat dok asyik membuang anak kucing ni dan aku memang tak boleh diharap untuk membuang anak kucing tu..(tak sampai hati..woo), maka daddy kata..bolehla bela..lagipun kucing jantan. sebab daddy bagi permission, so dia bagi nama kat kucing tu
"sebab ko ni dah banyak kali orang buang, tapi datang balik, so..bagi nama ko buang la"

"BUANG? what the..?tak best sungguh nama itu!"
hoho..takpela..nama dalam surat beranak buang, tapi jangan harap aku nak panggil buang. nama glemer sket BOOBOO. so, booboo adalah kucing pertama dalam family aku yang ada 2 nama. hehe...

sume orang ingat aku yang letak booboo ni dalam pasu..ketahuilah..memang dia ni yang syok tido dalam pasu..aku tukang amek gamba je..

macam tula serba sikit sejarah macam mana booboo buleh jadi part of our family. booboo punya family ada 3 orang je. aku, daddy dan akak. ngan orang lain dia takut. sebab tu aku tak suka bila family abang2 aku balik. nanti booboo tak balik rumah...ehek, buleh ke camtu?

sume gamba booboo pejam mata..bukan sebab dia tido, tapi sebab kena flash..tapi memang banyak gamba kucing ni tido pun..hehe

booboo adalah kucing yang bijak dan manja...kalo orang panggil dia sebab sesaja nak panggil, dia takkan datang. tapi bila cakap "booboo, makan" terus lari..pastu booboo ni suka mengomel. kalo orang lain bising2..nanti dia nyampuk gak...pastu booboo suka teman orang. time daddy asah pisau menoreh, dia akan duduk depan daddy, time akak belek bunga, dia duduk dekat2 situ gak..time orang masak kat dapur, dia pun sibuk..err..tidur kat dapur. aku je kot dia tak teman sebab aku suka kacau dia. dia nyampah kot. haha! tapi kalo mood dia baik, dia teman aku sidai baju..pastu mesti dia nyesal sebab nanti aku selungkup dia ngan bakul kain. hehe..

camne la dia tak suka kat aku..aku ni memang takleh tengok dia ni rilek...tetiba buat tudung ngan curtain..bengang je member...

hari tu, time daddy pegi umrah 2 minggu, aku risau sangat kat booboo. tapi takleh nak buat pe..sebab nak balik pun, kunci rumah takde kat aku.
lepas daddy balik, dia cerita yang booboo tengah duduk kat kerusi luar masa daddy sampai...badan kurus, muka sayu je...daddy yang penat baru balik terus bagi makan kat booboo..wah, aku dengar, terus bergenang air mata..

sebab booboo ni kucing jantan, so kekadang ada time dia merayau, tak balik rumah..paling lama seminggu...2 bulan lepas, dia tak balik rumah lebih daripada seminggu. time ni dah tau la yang booboo takkan balik lagi. dia sihat je time tu..beberapa hari before tu, dia teman aku tidur kat living hall. time tu aku migrain, balik dari kerja, terus terjelepok kat situ. booboo datang, naik atas badan aku, sebabkan aku mengiring, so, dia tak selesa la..kucing ini sangat gemuk ye..nak tido kat atas lengan i yang kecil ini...last2 dia tido kat pelipat kaki aku...dia bangun time daddy nak pegi masjid, dia nak kuar..dia memang akan kuar time maghrib...
last day dia ada kat rumah tu, aku sidai baju before pegi kerja. booboo pun keluar skali. time aku masuk, dia pun masuk gak pastu ikut aku sampai bilik air. kalau dia dah ikut sampai bilik air tu, maknanya dia nak minum. so, walaupun aku rushing nak pegi keje, aku sempat bagi air kat booboo pagi tu...

antara gambar terakhir booboo yang sempat dirakamkan. jangan tanya sape kat blakang tu!

sampai sekarang masih tak caya yang booboo dah takde sebab tak nampak jasadnya depan mata..mak long kat MDKP cakap...kalo kucing tu tak balik2, maknanya dia nak mati tak lama lagi...and maybe booboo buat camtu sebab taknak kitorang sedih...

Wednesday, August 26, 2009

Trivia Ain Wahab...

dah lama aku tak dengar orang panggil aku ain wahab. last time kat matrik..sebab kat blok A5 tu ramai sangat name ain. sume glemer lak tu(?)..so kene panggil ain (....). ada ain seksi, ain rahman, ain Z, ain syafiqah, ain bilik depan...and aku dipanggil ain wahab. masa kat praktikum H6P4 pun aku dipanggil ain wahab gak sebab ade sorang lagi nama ain ramli.

time kat UM, takde pun orang panggil aku ain wahab. aku membuat pilihan bijak dengan tidak mempunyai connection dengan orang lain nama ain. eh, ada gak..tapi aku dipanggil ain je..ain yang lain tu, dipanggil dengan nama bapaknya...tetiba ari tu zul (budak 3rd college UM) bagi komen gambar kat facebook

komen ni sebab aku bagi komen kat gambar nordin- yang kama cakap nordin comel...rilek kama ..aku tak bagitau pun sape cakap dia comel..ke ko nak aku bagitau?? hehe

perkara pokoknya..aku rasa cam nostalgic lak bila orang panggil aku ain wahab ni..hehe

eh, jauh menyimpang ni...tajuk entri ni trivia..ok trivianya ialah..

tahukah anda bahawa nurul ain baru je mengeset time kat blog ni. sebab tu entry2 before ni anda akan dapati entry2 dipost pada waktu yang pelik cam 4.17 am, 6.02 am..ajaiblah tu bahawa nurul ain sanggup berjaga hanya semata2 untuk mengepost entry...

tahukah anda bahawa kecintaan saya terhadap Arashi telah menyebabkan saya mempunyai koleksi 131 buah lagu Arashi tanpa membeli album mereka..(shhh). ini mengalahkan artis feveret saya sejak darjah 4 iaitu Dato' Siti Nurhaliza dengan hanya 74 buah lagu.

kecintaan saya yang melampau kepada Arashi juga menyebabkan saya telah menjadi 'download freak' dan kini saya mempunyai koleksi 280 klip arashi tidak termasuk *PV mereka.

juga..saya telah mendownload dan menyimpan lebih 400 gambar Arashi.

*PV: promotion video @ kat Malaysia..kita panggil video muzik. wah!

p/s: ARASHI SAIKOU DESS!




Bebelan tiada Bertajuk...

orang membebel ade tajuk ke?ehek...disebabkan cik kama@anti K@acik kaman suka membaca bebelan aku, maka ini memberikan motivasi untuk aku trus membebel. ade ke dia kata aku comel bebel2 tu..kama, say something that i don't know..ahakz!!!haktuih!haktuih!

agaknya membebel ni kepakaran aku kot...teringat lak time tunggu teksi kat Amcorp Mall ngan Ana zaman 2nd year kat UM, teksi tak sampai2...orang ramai beratur depan kitorang, maka aku pun membebel sengsorang kat situ..cian Ana terpaksa menahan telinga. tapi kebetulan lak teksi satu2 lalu kat situ..okey..hati tenang sket..stop membebel...pastu takde lagi teksi lalu. aik??!! Ana pun suruh "sambung bebel Ain!" kebetulan teksi lalu lagi...so, aku pun terus membebel sampai kitorang dapat teksi. kebetulan ye kawan2..kebetulan...coincidence...uiceh..speaking omputeh saya!

so, time nak pegi site visit ngan group kontrak-ana, nor, pakcik john...kalo tak dapat teksi, dorang akan suruh aku membebel. pastu pakcik john tu siap cakap kalo aku tahan teksi mesti teksi berenti. err...aku dah sogok pakcik teksi tu..hehe..takla..coincidence...muka kesian kot...

kalo nanti aku membebel kat anak2 aku..mesti dorang tak heran kan..? dah jadi 'bebel lullaby' lak..hmmm..
"hubby, tolong marah budak2 ni...i dah penat membebel, dorang wat dunno je"
hubby???!!!! siapakah hubby saya???
MUNGKINKAH......
wakaka..jangan muntah..batal pose!!

p/s: budak2? maknenye lebih 1..berangan ain!
lama gile tak baca chat box...sori..tak reply pun msg member2...

Tuesday, August 25, 2009

bila bleh pose ni??

ehek, bleh ke wat tajuk entry camtu. nampak sangat le keuzuran diri..hehe..takpela..ok, bila tak pose, maka bulan ramadhan tu tak terasa langsung. dahla tinggal dua orang je ngan ayah..terasa betul kesunyian. mulala nak pikir benda sedih2...pastu rasa malas nak pikir..pendam je dalam hati..takut bila2 masa je boleh meletup. rilek ain..jangan letup2.

pastu punyala boring duduk ngadap laptop and tv sepanjang masa. tengok cd gokusen 2. gelak sorang2...pastu dok kata chomey!kawaii!mengapakah mereka suka membuat aksi yang comel???kame, jin and hiro....mecha2 kawaii!!!!~faint~

pastu kalo internet cam lombap sangat atau takde connection langsung (ini biasa berlaku ye....), tengokle tv. rancangan favourite? 'the biggest loser', 'the oprah'...sebab cite ni confirm ade tiap2 hari. pastu nanges sorang2. ceh, sungguh pandai mereka menyentuh emosiku. yang ironinya kalo tengok 'the biggest loser' tu mesti time makan. WHAT THE....(sambung sendri)

kalo internet cambest(cam sekarang)..akan tengok atau download klip Arashi...bukak facebook..acccepting request yang melambak2..ntah pape tah...bagi bunga la..coklat la..setakat bagi gamba je..bagila btol2..eh, takpe2..tu bermakna mereka ingat kat aku. ke korang ni main click je nama aku time disuruh 'pick 15 friends'. tapi mesti korang ade more than 15 friends kan...ok, thanxla sebab click nama aku.

cik ain, cukup2 la mengomel tu...jom main FarmVille kat facebook. best sangat ke main bende alah ni? beria aku tengok orang lain main...aku bab2 bercucuk tanam ni dah trauma...huhu

Monday, August 17, 2009

ANDA KINI BERGELAR ALUMNI UNIVERSITI MALAYA!

yeay2x! takde perasaan...hehe..bermasalah betulla aku ni. langsung takde perasaan masa nak ambik ijazah ari tu. knape ek? aku boleh bagi 10 sebab tapi takkan tulis kat sini sebab...erm..biarlah rahsia...

ok, perihal kisah mengambik ijazah di UM. ok, sebelum tu nak mintak maaf kerana tiada gambar. photographer saya belum bagi lagi. wah, photographer kunun. abang aku sama anak buah aku ler yang dok jinjing camera pastu ambik gambar yang tak difahami.

pemergian kami ke UM tu dengan menaiki kereta daddy. kami pergi enam orang. abang, daddy, akak, anak buah aku, nazmi@along and aina. so, agak berjempit2 la di dalam kereta itu...maka aku rasa aku akan menjadi penyek setelah sampai di sana. kami sampai dalam 11.30 pastu jalan2 jap kat FESKUM pastu cari tempat lepak sebab tak larat nak jalan dan sangat panas. make-up tadi dah tak guna sebab dah cair. cis!

abang ngan along menghilang waktu kami melepak. pegi ambik gamba ntah sesape. HELLO! bukankah i'm your model for today???tapi takpela...aku pun takde mood nak mengambek gamba sebab panas, maka muka menjadi herot berot. harap abang tak delete gamba herot tu sebab maybe boleh dijual di harrods...(?)

lepas lunch nasi kerabu yang abang aku dok komplen tak sedap (still complaining lepas 6jam even nasi tu dah digested kut...), aku bersiap-siap pakai jubah...sebabkan tak jumpa walau seorang member pun pada ketika itu, maka akak aku yang tolong pakaikan atau lebih tepat pinkan...kalah costume tarian jubah ni. jenuh nak pin. dekat 1.30pm, pergi tempat berkumpul, kat bangunan peperiksaan. aku tak taula sama ada kawan2 aku ni dah buat plastic surgery ke sebab tak nampak langsung even dah berkumpul beramai2 camtu. lepas tu, barulah nampak muka sorang demi sorang. so, tetiba aku terus jadi ain gedik...haha! multicharacter sungguh aku ni..tapi still tak jumpa semua skali lagi2 budak laki sebab maybe nama dorang jauh kot. nasib baik kawan aku ramai nor dan nur...so kitorang duduk dekat2 (beratur ikut alphabetical order).
lepas diberi briefing, kami pun jalan...rasa macam ulat gonggok sebab jalan berbelok2. sebelum masuk DTC (Dewan Tunku Canselor atau bebudak UM akan panggil Dewan Tak Cat), kami kene tadah tangan..bukan untuk diberi 20sen atau kene rotan, tapi sanitizer. maklumla..disebabkan kes H1N1 ni...

tetiba perasaan berubah bila masuk dalam dewan. tetiba rasa cuak dan excited lak nak naik pentas. maybe sebab nampak screen besar dan pentas DTC kelihatan terang benderang ditambah dengan karpet kuning diraja. wah! mata dok tengok kat screen besar sebab mana tau gamba daddy sama akak aku kluar ke. tapi sudahnya gamba tempat aku yang kluar. lame plak tu. memula tu control la..tapi lepas tu tak kuasa dah..selambe je aku borak2, menguap pun ada. sejuk woo..ngantuk!

so, upacara pun bermula..makin lama aku ni makin cuak...memang lancar la perjalanan majlis. start pukul 3, habis pukul 5 walaupun dikatakan pada awalnya akan mengambil masa 3 jam. kami dibahagikan kepada 3 group. A, B, C dan D. selang setiap group yang ambik ijazah, kami rehat kejap. sebenarnya nak bagi VC rehat. lenguh tangan dia hulur scroll tu. time rehat tu, pegi pasang lagu sayu. habis group A, pasang lagu 'ayah dan ibu', Sudirman. lepas B, lagu 'bonda', M. Nasir. tapi lepas group aku iaitu C, pasang lagu 'keranamu malaysia' so, kami yang dah dapat scroll ni wave kitorang punya scroll and nyanyi ramai2. enjoy gile waktu ni. family dalam dewan pun enjoy malah V.I.P atas pentas pun senyum. group D je bengang sebab diorang tak dapat scroll lagi and mesti gile cuak nak naik pentas.

tengah2 majlis tu, kami dengar bunyi hujan. semua macam kecewa sebab macam mane nak bergambar nanti. tapi bila kami keluar tu, hujan dah reda tapi depan DTC dibanjiri lautan manusia. punyala ramai. nasib baik kawan2 aku tak datang macam kama ngan liyana sebab for sure tak jumpa punya. aku pun dekat nak 15minit cari family sendiri. bergamba pun dengan kawan2 yang mana sempat jumpa je. nak kumpul semua sekali memang tak dapat la. gambar pun mesti ada banyak noise sebab memang takde tempat yang kosong untuk bergambar. yang penting static, smile and orang tak lalu depan kita. so, disebabkan dah panas...yela...dengan jubah tebal, pastu baru lepas hujan, wap panas naik..maka aku give up untuk cari member2. dah pukul 6pm pun time tu, so..balik jela...

terima kasih banyak kepada family yang bagi bunga..dan special thanx to nor sebab bagi bunga dengan teddy bear yang sesangat chomey! rasa bersalah sebab tak bagi apa2 pun kat member2 lain...apapun..congrats kepada member2 yang grad (ramai...),kepada senior aku yang grad sesama...adz, abang syam, KA, abang minas, zakiah hanum...alangkah bestnya kalau kita ambik ijazah sesi pagi so i will find you guys and kita akan bergamba tak hengat donia!!!


ini bunga yang abang tak berniat nak beli...suka sesangat sebab dapat bunga idup walaupun akak suruh beli bunga plastik je
chomey kan garfield ni??cam tau je aku suka garfield tapi alangkah sedihnya sebab garfield ni tercicir kat umah akak. nasib baik malam tu dah peluk2 and cium2..bak kata akak aku, takde rezeki la nak miliki garfield tu...huhu


dengan kuasa yang diberikan kepada saya, maka saya akan menamatkan entry saya di sini
"clap, clap, clap!!!"

Monday, August 10, 2009

lazy day.........

hua2! aku rasa sekarang everyday is my lazy day kot....hari ni insyaallah, kalau habis puasa hari ni..lagi tinggal sehari je nak ganti puasa...alhamdulillah..dapat gak ganti puasa walaupun sikit2 dan ikut mood...

nape kan kalo pose, kita lapar tapi bila tak pose, takde selera lak nak makan???itulah namanya cobaan...btol x???(btol...jawab diri sendiri)

nak cite ni..nak sesangat tengok movie 'setem'..orang yang dah tengok, sume kata best..err...responden yang terlibat cuma sorang. leh pakai ke? eh, buleh...dahla aku ni peminat cerita arahan kabir bhatia...huhu..nak tengok setem!!!








pastu tak saba nak tunggu papadom kuar...cite ni menang best film tau masa ffm. mesti best ni..filem tak tayang lagi dah menang berlambak2 awards. ok, kesimpulan?? marilah sokong filem malaysia YANG BERKUALITI. kalo filem hampeh stakat nak tiru filem orang and recycle idea sendiri, lebih baik pegi makan kat pizza hut..(eh, pesal contoh makanan ni? makruh woi!)

Sunday, August 9, 2009

Peringatan Untuk Diri Sendiri...

apa bezanya orang yang berlagak dengan orang yang niatnya untuk berkongsi cerita?
jawapannya, bila kita dengar cerita orang yang nak berkongsi cerita, kita tak akan rasa apa2 dan sometimes, kita akan turut sama excited dengan orang tu. berbeza plak dengan orang yang berlagak...reaksi kita akan jadi "owh...........ok" ataupun kita akan cepat2 beralih ke topik lain...betul tak?
tak taula orang lain...tapi tu kalau aku la...

bila kita dah terbiasa bercerita mengenai benda yang best2 pasal diri kita, kita akan malu nak bercerita walau satu benda pun yang kurang best pasal diri kita kat orang lain...contohnya...kita ni selalu pegi melancong ke luar negara time cuti penggal akhir sekolah dan tetiba waktu kita darjah 5, parents kita hanya bawa ke zoo negara je...jadi kita pun cakap kat kengkawan kita yang kita pegi safari kat afrika. malu sangat nak cakap yang parents kita takde bajet nak melancong kat luar negara, sebab bapak kita baru diberhentikan kerja dan baru je dapat kerja baru, maka gaji permulaan sikit, lepas tu siap cakap tahun depan nak pegi antartika plak...ini contoh! kalo tetiba ada kene mengena..kebetulan je tu...(gila antartika???)

masalah yang timbul bila kita buat macam tu ialah...kita akan terbiasa menipu...kalau sekali dua, mungkin akan terlepas, tapi kalau dah banyak kali, mesti kantoi juga...impaknya? wah, impak ni! kawan2 kita tu tak akan caya kat kita lagi and worst, dorang dah taknak kawan kita lagi. lepas tu, kita akan berkata dalam hati..."owh, time aku ni kaya, korang berebut2 kawan dengan aku"
tapi sebenarnya kita salah...orang kawan dengan kita bukan sebab kita kaya, tapi sebab kita jujur. once orang dah tak percaya kat kita, susah untuk kita kembalikan balik kepercayaan orang tu.

ni nak bagi contoh diri sendiri. masa sekolah rendah, aku ni sangat susah nak simpan rahsia. ada satu time, waktu darjah 4. ingat tak dulu nutrigen selalu datang sekolah, buat promosi...jual nutrigen dengan harga murah? kita akan diberi borang, balik rumah isi, mintak duit kat parents and besok beratur ikut kelas kat depan van nutrigen tu. pastu biasalah, kita ni akan tanyala kat kawan2 kita " eh, ko beli berapa?" bajet macam best sangatla beli nutrigen kat sekolah...pastu ada sorang kawan aku ni taknak bagitau dia beli berapa dan macam biasala juga, lagi orang taknak bagitau, lagila kita ni sibuk nak tau. jadi time rehat tu, dia bagitu la kat kami, kawan2 rapat dia dan dia suruh kami rahsiakan...dia beli 30 botol...kitorang yang dengar pun terperanjat sebab kira banyak sungguh kuantitinya tu...what's the big deal kan beli 30 botol. family dia ni besar.....tapi still nak terperanjat gak. bebudak la katakan...

so, aku tak taula nape...lepas rehat tu aku ni mulut tempayan sangat, pegi bagitau kat budak lelaki yang duduk sebelah aku time dalam kelas. budak laki tu tak tanya pun..aku yang gatal nak bagitau lepas tu suruh budak laki tu rahsiakan...tapi taula budak laki kan..mulut tempayan dia lagi besar..dia pegi cakap sekuat2 hati dalam kelas. aku pun coverla kata bukan aku yang bagitau dia..tak ke obvious tu????

so, after incident tu, orang dah tak bagitau apa2 rahsia lagi kat aku..apa sangatla rahsia budak kecik kan? tapi rasa tersisih la bila diorang bisik2 pastu cakap pasal sumtin yang kita tak paham...sejak daripada hari itu, aku bernekad akan simpan rahsia orang walau sebodoh mana pun rahsia tersebut. hampir 2 tahun masa untuk regain balik kepercayaan orang. time darjah 6, aku kembali menjadi penyimpan rahsia and kadang2 bengang gak sebab yang kononnya perahsia ni bagitau 'rahsia' dia tu kat sume orang. so, apa yang rahsianya???

ok, kembali ke topik asal...jujur dan humble...nila antara ciri kawan2 yang kita suka kan? sometimes bila kita ni ada cerita best pasal diri kita, kita mesti nak share dengan kawan2 kita kan..ni fitrah...tapi mesti ada cara untuk ceritakan agar tak nampak macam nak menunjuk2...dan ia bergantung pada niat kita gak...bila kawan2 lain cerita pasal diorang plak, kita mestila bagi response yang baik...bukan kita sorang je yang cambest...

bila Allah nak tarik sesuatu nikmat tu, bila2 masa je dia boleh tarik...masa ni la kita boleh uji kesetiaan orang2 di sekeliling kita. sama ada diorang ni baik dengan kita sebab duit kita atau perangai kita...tapi yang penting kita kena jujur...jangan malu untuk cerita sumtin that is not so good pasal diri kita kat kawan2...contohnya...kita gagal subjek pendidikan seni(?) waktu sekolah dulu ke...friendship akan jadi lebih erat bila kita tau sume pasal kawan2 kita tak kirala baik ataupun buruk perkara tu...

Wednesday, August 5, 2009

Kisah semalam di Kuala Lumpur...

al-kisah hari selasa lepas, aku telah pergi ke UM untuk mengambil jubah..bukan jubah arab ye..jubah konvo..memang takde perasaan langsung nak mengambek benda alah tu, so akibatnya terlambat bangun...terima kaseh...

7.30-ayah sungguh bermurah hati hantar ke bus stop yang tak sampai 1km dari rumah...hmmm...disebabkan ayah kene pegi hospital pagi tu, jadi tak dapat nak menjimatkan rm3 duit tambang ke semban...dan juga tidak dapat menjimatkan masa..sungguh lama tunggu bas..pastu ada sorang wan (panggilan utk grandma di ns) tanya

"nak pegi keje ke?" soalan sensitif buat Nurul 'Ain ketika ini

"takla..nak pegi..."sambil tangan kiri merewang2..apa kes?

"pegi semban..."erk, nurul ain tipu! ala..lecehla nak cakap pegi kl (nanti mesti dia tanya nak buat apa dsb)...tapi betul apa..kene pegi semban before pegi kl...

8.30- sampai ke ktm...nape ntah teringin nak naik tren..dah lama dah kot tak naik tren jadi cam rindu lak...before tu pegi toilet dulu and beli majalah utopia

9.00 - tren sampai..orang tak ramai sangat jadi boleh sesuka hati nak duduk mana lalu memilih sit paling tepi agar senang bersandar jika mahu tidur. tapi tak tidur pun...dok tengok orang tidur, lalu...merasakan 'kalau macam ni la aku tidur..aduh,segannya...'
ada time2 dalam tren tu rasa nak menjerit je sebab bengang tren berenti lama sangat kat middle of nowhere. rasa cam forever dalam tren tu. nasib baik duduk tapi kesian gak tengok orang berdiri pas tu pakai high heels..'ish..mesti penat...' kata nurul 'ain di dalam hati..ye..dalam hati saja...

10.45 - tiba di mid valley (bayangkan betapa lama duk dalam tren!). masuk mid pastu rasa cam nak melompat2 sebab gila lama tak pegi mid...hati berbunga2 tapi tak berani nak bernafas menghidu bau mid sebab takut H1N1. keluar je rumah takut nak bernafas (bajet boleh je tahan nafas!)...
withdraw duit pastu amek cab pegi um. boleh pulak apek cab ni singgah petrol station nak pegi buang air...'ye2..silakan buang apa yang patut'

12.00 - tiba di bangunan peperiksaan, tempat ambek jubah, ramai ada kat situ dengan beg reusable biru. ok, ramai dah ambek..tapi tak nampak langsung muka yang dikenali kecuali abang aminas solihin..berjodoh betul dengan abang minas ni.
bagus btol UM ni..sediakan arrow untuk kita follow. so senangla nak cari tempat nak berurusan mengikut prosedur yang betul. tetiba rasa cam treasure hunting lak sebab dahla sengsorang. eh, napa aku sengsorang je..? kaunter dah tutup ke..?baru kul 12 kot...
owh..blom tutup..cuma dah takde orang je. sume dah selesaikan pepagi lagi kot. ambek number giliran tapi tak pakai pun sebab ada je kaunter kosong...ok..mari follow the arrow lagi...
dapat pun jubah! saiz S. pastu tryla pakai..tapi tak tau ok ke tak sebab manala aku tau jubah ni macam mana saiz yang sesuai. kalau aku pakai agak besar pun, mana ada saiz XS...okla ni kot...
ok, follow arrow lagi buat itu, buat ini...selesai! eh, tak sampai setengah jam kot..apsal dengar cite tahun2 lepas ada yang tunggu kat BP (bangunan peperiksaan) seawal pukul 4pagi sebab takut orang ramai pastu dapat nombor giliran lambat pastu tak dapat saiz sebab yang lambat tu tinggal saiz gedabak2 je...hmm..mungkin UM dah perbaiki mutu..whatever! asalkan urusan aku dah selesai...

12.30 -ok, skang nak pegi mane plak ni..? mesej zira, tapi xbalas..kelas kot...pastu mesej ana, tanya pasal gamba konvo ni nak tempah ke..ana kata takyah pastu dia ajak lepak kat kps dengan member2...erm...okla walaupun ada si kulup tu...
sampai kps, nampak john tengah jalan dengan kengkawan dia. alamak, segan nak tegur. buat2 tak nampak, buat2 tak nampak!!
"eh, kau! lama tak nampak..dari tadi aku tertanya2 mana kau"
walaupun dia tak sebut nama aku..tapi aku suka ayat pakcik john ni...

aku pun pergila ke kafe kps..pastu k-yo tegur
"ain..lama tak jumpa.."
pastu aku buat bunyi.."ohlo,ohlo!" sebab rasa cam cute je k-yo cakap camtu..
terpaksa duduk sebelah kulup sebab takde sit lain. nasib baik ramai kat situ, so takyahla aku layan si kulup ni. tapi aku baik gak tau, aku tanya dia pasal kelas. nasib baik jawab, kalau tak....kalau tak...kalau tak nak buat apa ye? maybe aku kecik hati je la kot...

pastu dorang sume nak lepak kat kolej pastu beramai2 nak pegi makan kfc. baik sungguh mereka mengajak, tapi takpela...
baru je nak meninggalkan kps, zira call cakap dia dengan yin nak pegi makan kat kps, so aku tunggu jela kt situ. sebabkan panas sungguh, jadi aku tunggu kat one stop yang ber air-cond...pastu nampak zira, yin sama kirin tengah cari sit kat kafe. pastu selambe je ikut blakang dorang pastu say "hi!" dengan penuh keceriaan...
dorang sume terkujat dengan kehadiran aku yang tiba2 ni. ok, masa untuk lunch dan tergelak2 dengan besar tanpa memikirkan keayuan lagi...

5.00 - lepas zira dan yin abes klas, pegi mid tengok 'the proposal'...haha! bapak lawak cite ni. cite dia cliche...dah boleh agak apa yang akan berlaku tapi penceritaannya tu menarik dan lawak. dahla duduk tepi dinding. gila kuat gelak! keayuan = -7

malam tu, balik la ke rumah sewa lama...borak2 dengan ex-housemate..dorang tetap sama, tak berubah..sayang mereka! tapi mungkin ada yang dah berubah???hmmm...masalah tul...sedih bila dengar dan tengok member sendri boleh berubah...

pasal besok sume ada klas kecuali aku yang dah tak bergelar student ni, maka kami sume masuk tidur pukul 1 lebih....

besoknya, pukul 10, aku dan zira sesama tunggu bas. aku nak pegi mid, dia pegi kelas la kan...hari tu ujan plak...alhamdulillah..kurang sket jerebu...on the way dalam bas tu, zira pun cerita la pasal member yang dah berubah ni. mulut aku sepuluh kali terlopong agaknya sebab terkujat sangat...hmmm

sampai mid, ingat nak jenjalan, tapi duit tarak...dan bahu sakit sebab barang berat, maka terusla naik tren balik semban....sronok gak ek jumpa kawan sekali sekala...?

dalam tren, terima message drp si kulup. maybe ana kot yang hantar tapi kalau tak silap ana dah balik rumah, atau mungkin ana suruh kulup anta kat aku kot...messagenya ajak aku pegi karaoke besok...hai..parahla aku nak stay kl lelama...pose lagi 4 hari belum ganti ni...sorry la ye kawan2 sebab tak dapat dengar suara emas aku..ohohoi!

p/s: kat stesen serdang (kot..)ada sorang mamat chomey duduk depan aku. maybe junior aku la kot..muda je nampak...tapi muka dia sweet sangat..tido pun senyum...ahakz!

Saturday, August 1, 2009

Shopping Cara Nurul 'Ain

hua3x...lebih kurang macam tips bershopping daripada aku la..tapi rasa cam tak layak je nak bagi tips sebab bukan selalu pun shopping. atas kekangan kewangan..ececeh...tapi nak cerita la..menghabiskan duit merupakan kepakaran nurul 'ain..ade je mende nak beli. tapi semua tu keperluan tau. bukan menonong je pegi memane kedai pastu amek je mane berkenan...jadi sebelum bershopping, nilah perkara yang kak 'ain buat..wah tetiba jadi kak 'ain ni!

1. buat list
memang kita akan ingat barang yang kita nak beli tu kalau setakat 1,2 barang. tapi tulis gak sebab nanti kalau dah sampai kedai, 1,2 barang dalam otak kita tu akan jadi 11 ke 12 barang. huhu...

2. stick to the list
takde gunanya buat list kalo tak ikut kan..?jadi sentiasa merujuk pada list anda

3. tawaf kedai terlebih dahulu
ini dilakukan kalau anda ingin membeli barang seperti baju, kasut, beg atau senang cerita barang yang mempunyai banyaaaaak pilihan. di sini kak 'ain akan beri contoh baju. sebab baru beli baju semalam kat KM Plaza (sesape yang tak tau KM Plaza kat Seremban. dalamnya ada banyak kedai2 kecik yang jual baju dah siap dan tudung.wah promote ni!)

masuk saja, tengok dahulu baju yang bergantungan di luar semua kedai. setiap kedai akan meletakkan baju dari fesyen dan corak yang paling terbaru. ini membantu anda mengetahui what's hot sekarang. ini penting bagi orang seperti kak 'ain yang lambat update ni. jangan masuk mana2 kedai sebelum anda habis tawaf.

4. masuk ke setiap kedai
lepas habis tawaf sekali (jangan lebih2..nanti orang pelik )masuk ke setiap kedai...tengok setiap pilihan yang ada. lagi bagus kalau dalam kepala dah ada tema-contohnya ceria dan bergaya. cari baju yang menepati ciri2 tersebut di setiap kedai.

5. kecilkan skop
dalam banyak2 kedai tu, mesti ada 1 atau 2 kedai yang jual baju yang anda dah minat kan?jadi tumpukan pada kedai tu je sekarang. selak 1,1- pilihan yang ada. kalau dah ada yang berkenan, boleh try kat fitting room. bawak sebanyak mana yang anda berkenan tu kat fitting room. sebab ni kat kedai biasa, bukan shopping complex, so takde had nak try berapa...lagi bagus kalau bawak saiz yang berlainan. mana tau dulu pakai M, skang dah pakai L pulak...try banyak2 ni bukan apa...senang...takyahlah nak leceh2 bukak baju 2,3 kali. kalau yang pakai tudung tu lagi leceh. keluar fitting room, mesti tudung senget benget. cis!

6. tanya harga
kadang2 kedai camni takde tag harga. kalau anda mempunyai budget yang banyak, tanyalah lepas try baju tersebut. tapi kalau tak, tanya sebelum try. karang buat penat je try pastu kecewa tak dapat beli pastu pegi atm withdraw duit pastu budget lari... tak ke haru???

7. tawar menawar
tip ni memang takleh guna kat shopping complex/mall. buat kene gelak je ngan salesgirl kang. kak 'ain pun sebenarnya masih belum expert bab tawar menawar ni tapi bolehla sikit2. selalunya pekedai akan letak harga yang paling tinggi lepas tu konon macam kasi kurang. jangan terpedaya. anda masih boleh kurangkan lagi. contoh:

kak 'ain: baju ni berapa kak?
kak pekedai: 80, tapi akak boleh bagi 70
kak 'ain: ala..kurangla lagi kak...60 ringgit boleh? (gunakan suara yang mendayu2..kalau boleh, mintak kurang lagi rm20, tapi kalau segan rm10 dah cukup )
kak pekedai: 60 tak bolehla...akak boleh kasi 65...

selalunya 'kak ain akan berenti takat ni tapi pada anda yang memang rajin nak tawar menawar , boleh pujuk lagi sampai harga yang anda dan pekedai puas hati. dan selalunya dua2 pihak tak puas hati-yang pembeli nak lagi murah, yang pekedai risau tak pulang modal tapi daripada tak dapat apa, nak taknak terima jugak...

jadi begitulah serba sikit cara kak 'ain bershopping. shopping is a therapy tapi kalau gila sangat shopping, nanti jadi shopaholic..pastu kene pegi therapy gak...hua3x!

kesimpulan: dah tengok movie 'confession of a shopaholic'?