Friday, June 26, 2009

Nurul 'Ain Bersuara Emas

ok, pasti title entry ini membuatkan anda pikir yang suara saya ni layak masuk AF, Mentor, Ohh La La atau sekurang2 nya idola kecil. hanya kama tau suara ku bagaimana. nyanyi lari pitching gile.ek, eleh..tu sebab mic tu xbest. cuba pakai mic emas misha omar. silap2 kalah misha. (alasan...!)

tadi ada jamuan perpisahan bebudak praktikal. ceh, aku pencen next week la. dah buat jamuan perpisahan. MDKP buat untuk sume bebudak praktikal. yang dah habis 2 minggu pun, jemput gak. CC perkenalkanla kami sorang2. time perkenalkan aku, dia cakap "yang paling pendiam". ceh, why me?? abang azli- seruling anak gembala la yang cakap aku ni bersuara emas. huhu...sejuk aku kat situ. segan tahu?

pastu kami pulak kena bagi ucapan sorang demi sorang. aku pun cakap jela macam besa. ntah nape aku suka lak cakap guna mic yang tekan suis tu. pastu CC cakap, " pandai jugak cakap yo..". en asri kata," memangla..budak bahagian perlesenan memang pandai cakap.." eh,eh..pulak...saya segan lagi tahu?

lepas tu, dapat cenderahati..goodie bag daripada ketua bahagian memasing. " en.asri, adakah tangan saya sejuk...? saya agak neves..tapi bukan sebab bagi ucapan tadi..tapi sebab..."

perihal tangan sejuk
sejak daripada hari penyampaian cek kat dewan hari tu, aku dah tau yang anas praktikal kat situ. aku agak terperanjat dan tak tegur pun. dan sampai kami dah nak habis praktikal ni pun, i still don't have guts nak tegur dia. bukan sombong, tapi segan...
siapa anas?
dia adalah classmate aku time form 2 dan form 3. dan sepanjang tu, aku ada crush dengan dia. masa form 3, aku ada diary dan dalam diary tu, penuh nama dia je. anas tegur pun tulis dalam diary gak. apa kes? plastik gula2 hacks hitam yang dia bagi atau lebih tepat yang aku mintak pun, aku still simpan. walaupun aku tak suka gula2 tu....jadi bila jumpa dia balik, aku jadi tak tau nak buat apa. bukan aku suka lagi pun kat dia tapi macam rasa segan, walaupun bukan dia tau aku sangat suka kat dia dulu.aku nak sangat tegur dia sebenarnya..tapi rasa macam dah terlambat. terpikir nak investigate(wah!) number hp dia pastu pas praktikal nak sms dia and say sorry sebab buat2 tak kenal plak..hua..apa saya patut buat kak esah???!!
tadi dia duduk selang 1 kerusi je dengan aku, tapi aku tak tengok dia langsung. aku jadi sejuk sebab pikir nak tegur ke taknak...hmmm..last2 tak tegur pun...walaupun banyak sangat peluang kalau nak tegur. aghhhhh!!!nape anas ni tak tegur aku dulu?so, berterima kasih la gak dengan cc yang cakap aku ni pendiam. so, arap2 dia faham yang aku ni memang pendiam. sila tegur saya dahulu...

okla...akhirnya dapat juga meluahkan isi hati. nama anas tertulis sekali lagi selepas 7 tahun...

apapun mi kari tadi sedap gak, walaupun ada orang kutuk. cis, jelesla tu tak kena ajak.

Wednesday, June 24, 2009

KL is Polluted

dah lame xupdate blog. kunun bz sangatla buat report. sampai bawak laptop pegi ofis, tapi sudahnya download and layan video arashi. lepas tu sengih sorang2. serius, tak sengaja nak sengih tapi dah klaka tahap dewa...sakit perut tau nak tahan gelak. segan i dengan akak2 ni yang sebenarnya perasan aku sengih sorang2. huhu

jadi kunun takut xsampai report tu kalo anta by pos, so, pegila jejakkan kaki kat um isnin aritu. mintak cuti dengan en. asri. semangat pg mintak borang cuti, tapi pastu kak normah kata, " cakap je dengan bos ko".....er....baik..terima kasih kerana buat saya segan. slamat cakap pepagi time orang lain sibuk mengupdate diri masing2 dengan cerita2 terbaru yang tak berkaitan kerja...so, arap2 orang lain tak dengar suara kak normah yang kuat itu. redah je cakap ngan en. asri. dalam otak skripnya macam ni, " en.asri, saya nak mintak cuti isnin ni. nak anta report kat um" sampai je perkataan cuti, en.asri dah angguk dengan bersungguh, tapi aku habiskan jugak skrip tu. ceh, macam kalo aku kata, "saya dah takmo datang ofis dah,"musti dia angguk beria gak kan??

kembali kepada story asal. aku pun pergilah ke um, tumpang van member. ayah ngan mak dia anta. save duit...rezeki jangan tolak...masa kat seremban, hari ujan, masuk kl, ujan dah berenti dan rasa panas. nyesal pakai cardigan hari tu. masuk je um, rasa sama je. takde yang berubah langsung. agak2 kalo 10 tahun lagi datang pun, sama gak.
- foreigner bersepah...(indon, arab hitam, arab putih dll)
- kereta banyak...even cuti
- time ni bleh nampak muka pembantu mahasiswa yang poyo(bajet semangat nak sambut freshies)

sesampai je kat fak sains, muka 1st yang aku nampak ialah kulup (bukan nama sebenar). datang nak nyambut member aku ni la...so, aku blah je tanpa nak tegur pun kulup ni. nape la seramai-ramai student um, aku kene jumpe dia dulu. berkecai mood baik aku.
kenapa aku tak suka kulup..inila sebabnya

perihal kisah si kulup
satu hari di 5th sem, kami adakan meeting env day pada hari sabtu. ari tu aku bengong sket, tersalah bas (pg naik bas mid...)..so, lambatla aku sampai um. dah sampai tu, aku nampak si kulup ni baru turun dari motor. diulangi, hari tu hari sabtu, xde orang pun kat situ...kiranya aku dan dia je ada kat tempat kejadian. jadi, aku tegurlah dia dgn semangatnya macam aku tegur kawan2 aku yang lain, " hai ****!" tau dia buat apa? dia membelakangkan aku! aku terdiam kat situ, dan rasa sangat terperanjat. tak logik kalau dia tak dengar, sebab aku jerit kuat dan dia memang pandang aku. tak logik kalo dia ingat aku tegur orang lain sebab memang takde orang lain kat situ. satu je explanation yang boleh diterima, dia xsuka kat aku atau lebih tepat, menyampah dengan aku sampaikan taknak balas teguran walau hanya dengan lambaian tak ikhlas.. so what? ingat aku suka ke kat dia? pleaaaaaase!
sejak hari tu, kalo boleh, aku taknak cakap dengan dia tapi kadang2 tak boleh elak sebab takut orang lain syak apa2. masa tu, tak kesah pun. tup2, masuk sem 6, dia kapel dengan member aku. bukan takat member besa, boleh kata best friend aku. kang aku wat muka, ingat aku jeles plak dorang kapel. so, aku ade la jugak cakap sket2 dengan kulup ni. igatkan dah berubah dan boleh accept aku as friend, tapi sama gak..still poyo macamlah dia tu hot sangat.
so, masa jumpa isnin ari tu, aku tak tegur pun dia. tapi dia plak nak berbuat baik dengan aku. sibuk dok tanya itu ini. ok2, i'm not a jerk like u, so, aku still jawab segala soklan2 ko.

tapi best gak ari isnin tu, sebab dapat jumpa anak bongsu ku..nordin. nampak je dia, aku terus lambai tak hengat. uiceh, rambut dia dah panjang sket skang...maybe takde kedai gunting rambut kot kat jengka, tempat dia li.haha!
sebelum submit, aku n member aku pg KPS, beli envelope. dekat je..tapi panasnya la...jerebu teruk btol. kalo kat pilah ni..nyaman je walaupun masa belajar geog dulu, pilah adalah tempat paling kering di malaysia. tetiba rasa kalo lama lagi kat kl, sure boleh demam+migrain.

alkisahnya kami telah tertipu dengan surat perakuan LI. dalam surat tu kata, kena anta 2 minggu b4 tamat LI, tapi prof kata, 3 julai mesti sampai kat dia.ceh, memula ingat nak anta je, tapi lepas tu, prof kata ada tak lengkap, so, kami sume balik dengan report2 tu skali. ceh, buek ponek yo...pasni nak anta by pos jela. xkuasa mau turun um lagi.

p/s: ari isnin tu gak, nampak adz, my joget couple naik motor...wah suka! at least, berbaloi gakla datang um...

Monday, June 8, 2009

jejaka kuala pilah hensem??

okey, mungkin entry ini kedengaran agak gatal (memang gatal pun..bukan agak2 lagi)haha!
mari kita lihat bukti2nya...musti pikir ada gambar kan? maaf, tiada kerana nanti orang ramai akan menyangka nurul 'ain gila meroyan. ok, ape2 jelah merepek ni..

bukti 1: kaunter perlesenan didatangi oleh seseorang dan terus menuju kepada PB. bangga2 (PB yang dari jauh dah senyum sebab kita mesti menyambut kedatangan orang hensem). pastu dia pun cakap "bla...bla..bla"
PB pun cakap "bla..bla..bla...bagi IC"
ok, sebenarnya mamat ni nak mohon lesen..so PB kenala isi form ape benda merepek ntah...berdasarkan IC, mamat ni sebaya dgn PB. tarikh lahir dia 01/01/87...catchy kan? tapi nama tak ingat..saba jela...selesai je urusan yang tak berapa nak sempurna tu (salah isi form kat sistem komputer...)..mamat tu pun blah...dan PB punya tangan menggigil.ehek??why??neves?seven?ok,yg pasti sebab neves sangat sampai lupa nak tulis plak number resit dia...
kesimpulannya...? orang hensem mengganggu prestasi kerja

bukti 2: balik dari kerja, of course kena tunggu bas kat..yes2..bus stop...depan bus stop tu ada gerai jual buah. tetibe ada lori buah berenti nak bagi stok buah. tokeynya cina. nak bagitau, tokeynya hensem. muda lagi, badan tough..maybe berkat dok angkut bakul buah. yang paling mengagumkan dia sambut buah tembikai guna sebelah tangan je...wah!!!
kesimpulannya..?lelaki,sambutlah buah tembikai guna sebelah tangan untuk menarik hati pompuan

apakah signifikasi entry ini???ok, saje je nak crite sbb xtau nak crite ape.haha!

Sunday, June 7, 2009

pegawai besar dah pandai tensen

minggu 3 xbuat ape langsung kecuali pg kedai-kedai makan untuk bagi surat tawaran lesen dan bagi borang kursus. pegi pun dengan abang driver yang gelak menyakitkan hati. dalam kereta tu, just dengar dia je cakap and gelak sorang2. cik niza adalah cakap sepatah dua...apa kes ntah yang geli hati sangat...keluar tu hari isnin and lepas tu dah takde buat apa selain duduk kat kaunter dan memporak peranda kan sistem komputer perlesenan. padan muka!
ade gak bukak internet sekali sekala and main solitaire. boring tahap cipan!!!orang lalu lalang kat belakang sangat ramai. cis, tak senang btol. lepas tu, bila tengah buat kerja kak ros suruh, ketua bahagian pentadbiran kebetulan lalu and cakap kat kak ros,
"ha, boleh buat kerja...ajarlah dia.."
kak ros cakap, " ada ajar sket2..tapi xde masa nak ajar banyak2.."
PB tak angkat muka pun dan rasa macam nak baling je pen..sebab rupanya selama ni ketua bahagian pentadbiran tu lalu lalang kat belakang dan pandang apa yang PB buat dan tersimpan perasaan tak puas hati dalam hati dia...cis!! (ok, entry ni memang ganas sket)

minggu ke 4 lagi tensen. mana taknya sepanjang minggu xbuat apa langsung. hari selasa dan rabu duduk kat meja belakang kaunter sebab akak kaunter yang 1 lagi dah masuk kerja. so...tersangat2 lah boringnya. acik harun ade mintak tolong fotostat 1report. report tu 29 muka surat, and nak kena fotostat 30 copies. bayangkanlah betapa banyaknya ketas nak pakai dan betapa lamanya kena duduk kat depan mesin tu. ok, takpe, sekurang2 nya ada kerja...tapi yang sakit hatinya ada je orang lalu lalang nak tegur macam aku ni tengah fotostat tesis sendiri. macam salah je kerja tu. sorang mamat yang menyakitkan hati nak fotostat, tapi time tu PB dah set mesin tu untuk bergerak non-stop and tak tau macam mane nak stopkan sekejap. so, dia panggil sorang akak tu yang maybe tukang beli mesin dan tukang study manual mesin tu. so, akak tu pun datangla beri bantuan...ntah apa yang dia cakap kat akak tu...dan rasanya mesti keluar perkataan kasar2 contoh macam " budak bongok tu tak reti nak stopkan mesin" ataupun " ntah ape yang budak tu fotostat sampai orang lain tak boleh nak pakai, ingat harta bapak dia ke.." or whatever lah...sebab ape PB berperasaan macam tu sebab mamat tu jenis yang suka cakap kasar2 dan tak senonoh. tak suka sangat!!!

ade satu lagi hal yang menyakitkan hati. hari kames dan jumaat, kak ros cuti, so kena la duduk kat kaunter. kak lin pulak mabuk sebab pregnant so kebanyakan kerja kaunter, PB kena buat. kak lin pulak percaya dengan PB walaupun PB perasan PB banyak buat salah. nasibla kalau maklumat dalam sistem perlesenan tu salah..sapa suruh percaya PB bulat2? tapi kan tau jela...inikan daerah Kuala Pilah yang teramatla kecilnya dan bukan orang datang berurusan setiap masa kat kaunter...so, kalau orang takde, mestilah boring. bukan takat budak praktikal berpangkat pegawai besar je yang boring, tapi semua staff kat sini. so, daripada tak buat ape, lebih baik bukak internet. so, PB ada terjumpa satu website yang menarik...www.crookedbrains.net
tengah syok dok scroll down, tetiba ketua bahagian kewangan pulak datang menyibukkan diri kat situ...tukar channel tv dan bukak punyalah kuat. pastu dia ternampak komputer PB dan tanya ape benda ni...PB pun cakapla ni website yang ada gamba2 klaka...pastu dia cakap macam ni..
" oh, takde kerja ye..nanti DO datang, dia marah.."
ok, PB rasa bengang sangat. dahla tuka channel sesuka hati pastu bukannya nak tengok pun lepas tu perli2 orang. rasa nak cakap je...
" cuba tengok staff kewangan yang kerja kat kaunter ni, kak su dengan kak shida, customer takde diorang main feeding frenzy tau?! so what do you expect from a practical student like me?"

kesimpulannya minggu lepas merupakan minggu tensen sedunia. maaf kerana entry ini menggunakan bahasa2 yang agak kasar dan tak sesuai dibaca oleh kanak2 13 tahun ke bawah...

p/s: puas hati dapat lepas geram!