Tuesday, September 29, 2009

Saya pun orang Perak

sebab busy updating myself with other things, so, takde masa nak update blog ini. maaf, saya bukan seorang blogger yang baik...huhu.

eh, dah masuk hari raya yang ke-10 kan...raya kan sebulan, so eventhough dah 30 Syawal, ia akan dikatakan hari raya yang ke-30.semalam dah start puasa 6, tapi bukan puasa sunat la, tapi puasa wajib.mungkin akan buat lebih dari 6 hari. hasrat hati takmo jadi macam tahun2 sudah, dah nak masuk ramadhan, baru sibuk2 nak ganti...

hari raya yang ke-3 hari tu, aku, daddy sama akak balik ke perak. lame rasanya tak balik. last balik tahun lepas kot...tu pun pergi taiping je. kali ni daddy nak balik ke kampung. kampung diberi nama kampung beng dalam daerah lenggong. kampung ni famous tahu. kat sini penah dibuat penggambaran 'anna and the king'. ala yang chow yun fatt sama jodie foster berlakon tu...pastu iklan raya petronas ibu beranak 7 tu pun buat kat kampung tu gak. ada satu iklan astro pun buat kat salah sebuah rumah kat situ. jiran2 dalam kampung tu sume ada perkaitan dengan family aku tapi hampeh, aku bukannya kenal. susur galur keluarga belah perak ni terlalu panjang dan bersimpang siur. so, better takyah pikir sebab memang boleh kasi migrain kepala otak.

satu benda yang aku suka bila balik kampung beng ni ialah dapat naik bot. sungai perak adalah satu-satunya jalan perhubungan, takde jalan darat. tapi hari tu kecewa sangat sebab diorang dah bina jambatan. uwaa! bila plak bina ni? 12 tahun dulu takde lagi. ha, bayangkan berapa lama dah tak balik?

walaupun aku ni orang kampung tapi aku rasa kampung beng ni tersangatlah kampungnya. kedai2 kat lenggong tu sangat klasik, jalan kecik. kalau kat kampung beng tu, semua orang pandai dayung sampan, rumah semua orang takde telefon, design rumah sangat rustic. memang takkan jumpa rumah batu. lantai dapur daripada buluh.

aku sangat silap bila bayangkan benda yang sama di tahun 2009 ni. bila dah ada jambatan@jalan darat, semua berubah. yela, orang kat sana mesti nak kemajuan, pemodenan. kita yang jarang2 jumpa benda klasik camtu rasa sedih plak bila tengok kampung tu dah sama je macam kampung kita kat N.S ni...perasaan ni samala kot macam pelancong asing yang datang negara kita. diorang suka nak tengok benda kampung2. benda2 moden ni, kat negara dia lagi canggih.

so, ni antara gambar2 lama kampung beng. sori pasal gambar tak begitu berkualiti sebab amek guna kamera. aku takde pengimbas. haha, bapak lawak cakap pengimbas instead of scanner.

itu jeti

ini gambar orang naik bot kecik

sebab kami ramai, maka kami naik bot besar

eh, sape budak pakai baju merah tu?

so, begitula serba sikit cerita mengenai trip aku ke perak. walaupun kampung ni dah lain tapi orang2 nya tetap sama. peramah, baik hati...aku kira beruntung sebab daddy ni macam anak emas kat sana. jadi kepulangan kami sekali sekala ni memang disambut meriah. rumah dah jadi macam kenduri...terima kasih semua sebab layan kami baik sangat walaupun aku dengan akak aku ni macam anak dara dari mana tah. kami ni tak biasa masak beria2 camtu. segan kami.takpe..at least banyak kami blajo. dah buleh jadi good housewife pasni. ececeh!


Sunday, September 20, 2009

besok hari raya !

err..dah hari raya la ni...dah pagi dah..
walaupun skang mata hanya boleh bukak separuh je, tapi tetap gatal nak menaip di malam raya ni...huhu...

wah, time ni la baru merasa duduk melepak dalam bilik..sehari suntuk dok jadi buruh@bibik kat rumah ni...dari pagi non stop hitz kerja. pepagi tadi dah buat kek..eh, eh, tolong buat kek. pastu tolong buat rendang, pasang langsir, basuh pinggan...pastu bila rasa penat je, bukak peti ais..haha! anak2 buah sibuk tanya "makteh tak pose ek?" "eh, pose la.." ish, nampak saje bebudak ni tau!

tahun ni sedih gak la raya..selalu dapat banyak sms raya sampai tak terbalas. kali ni dapat daripada liyana dan kama je..tu pun takleh balas sebab kredit dah expired. agaknya orang hantar pakai number lama kot..mari berfikiran positif walaupun mungkin tak betul...

raya bagi aku yang umur 22 ni hanyalah dapat makan sedap2 dan tengok cerita tv best2. kemeriahan raya tu dah tak terasa....erm..tapi mungkin sebab kurang ibadat kot di bulan ramadhan. jadi, insyaallah, kalau dipanjangkan umur hingga ramadhan berikutnya, harap dapat buat amal ibadat lebih lagi supaya raya lebih bermakna...

jadi di kesempatan ni, nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA..maaf zahir dan batin andai ada tersalah kata, tersilap laku.ZZZZzzzzzzzz..eh, okla nak tido..besok kang aku beraya dalam selimut sudahnya nanti...

Thursday, September 17, 2009

nak raya dah...!

sekarang ni aku tengah merajuk dengan facebook...
"hahaha! apa kes merajuk dengan facebook itu?"

tula pasal..aku pun rasa klaka...hahaha! gelak sekali. kenapa merajuk? ok, setiap kali bukak facebook, mesti rasa sedey bila baca status orang dan tengok gambar2 yang diupload mereka.
"jelesla tu...."

ye, aku ngaku aku jelesh!ok, habis cerita...

hari isnin ari tu, aku pergi shopping sama daddy. tempat besa sejak bertahun2 dulu...'terminal 1'. ok, tak glemer pun tempat tu, tapi kat sini banyak tempat parking dan memang dah hafal susun letak kedai2 kat sini. kalaula rumah aku dekat dengan Mid Valley...hmmm

shopping dengan daddy bermakna aku takleh shopping skali sebab daddy kalau shopping barang punyala lama. aku tak paham btol dengan orang lelaki ni. aku tak taula lelaki lain, tapi ni daddy aku la...kat men's department tu apa sangatlah choice yang ada. fesyen sama...cutting sama...yang boleh pilih cuma kaler, jenama dan harga...tapi...........................................
punyala lama!

nak pilih satu seluar slack pun dekat nak setengah jam. tak kira lagi betapa lamanya try seluar tu kat fitting room lepas tu alter kaki seluar tu. beli seluar sahaja mengambil masa 1 jam. kalau perempuan, lain cerita la kan....kita ni banyak..........pilihan. fesyen dah berjenis2...pastu ada banyak corak, lagi banyak warna berbanding orang laki yang selalunya hanya ada pilihan 'earth colour' saja...

ok, mesti ingat aku marah kan...eh, takla...tak marah pon..bukan selalu dapat chance shopping dengan daddy. dan daddy pun shopping baju setahun sekali je kot..time raya..jadi dia memang patutla pilih betul2. aku lainla...setahun tu..berkali2...pakai duit daddy gak...ooppss! aku rasa berbesar hati dapat shopping dengan daddy sebab ini mengelakkan daddy tersalah buat pilihan sebab daddy selalu end up beli kaler2 yang...err..huduh...jadi anaknya ini akan tolong memilih kaler2 yang cantik dan sesuai dengan daddy..huhu...

sudahnya dah balik rumah baru sedar yang ada beberapa barang aku tak beli...adoi, nak raya dah ni..tak sempat dah...tak mengapalah...save duit...wuhu~!

Sunday, September 13, 2009

karangan jenis cerita

setiap hari adalah sama..so, tiada guna mengupdate blog ini. lagipun, sudahnya aku gak yang baca balik. haha! cuma nak cerita sikit pasal beberapa perkara yang berlaku minggu lepas. jom, naik time machine, kita pergi ke tarikh 10/09/09.




ok, dah sampai..kejap je kan..sebab baru 3,4 hari...ok, hari ni aku bangun sedikit awal dan meminta tolong daddy hantarkan ke akademi memandu. daddy menghantarku lalu terus ke pekan kuala pilah untuk ke bank. seperti biasa aku menunggu di hadapan tv kerana ketika ini cikguku sedang mengajar orang lain. aku sedikit kecewa kerana channel tv yang dibuka ialah ESPN. disebabkan aku tidak gemar menonton sukan, maka aku menekan2 kekunci telefon bimbitku tanpa sebarang motif. tiba2 akak pekerja akademi memanggil namaku. setibanya aku di kaunter, dia menyatakan bahawa aku terpaksa mengambil semula ujian memandu selepas hari raya aidifitri yang mulia.
nota: aku dijadualkan untuk retest pada besoknya iaitu 11/09.
aku pun bertanya "what the..?"eh, bukan2..tu dalam hati je. aku tanya "kenapa?" akak tu berkata dia tertinggal namaku untuk dihantar ke JPJ. wah, sedihnya aku. mengapa aku tertinggal. masa ambik test sebelum ni pun, nama aku yang terakhir sekali. mengapa?? akak itu membuat muka bersalah dan aku tak sampai hati pun nak marah. eh, takde perasaan marah langsung pun. maka aku pun redha untuk mengambil ujian selepas hari raya.

aku pun kembali duduk dan berniat mahu menelefon cikgu memanduku yang aku panggil acik hamzah. tiba2 akak indonesia datang dan kami berbual sebentar dan aku pun menceritakan masalahku padanya. (tak tau pun yang orang indonesia boleh ambik lesen kat malaysia).

baru je ingin menelefon acik hamzah, tiba2 berlaku sedikit kekecohan kerana ada ular lidi di tempat meletak kenderaan. percubaan menghalau tidak berjaya kerana ular itu punya bijak. sembunyi di dalam sport rim kereta en. faizal. pelbagai senjata digunakan seperti penyapu dan penyembur nyamuk juga tidak berjaya mengeluarkan ular lidi tu.

kemudian, aku menelefon acik hamzah. setelah aku mengadu, maka acik hamzah menyuruh aku datang ke pondok memandu tempat dia sedang duduk. acik hamzah kemudiannya menelefon pekerja di kaunter dan memarahi pekerjanya yang menerima duit daripada aku tetapi tidak mendaftarkan nama aku. aku merasa agak bersalah kerana orang yang dimarahinya itu adalah kawanku sewaktu di sekolah dahulu. tapi dah besar ni dah tak kawan dah...hehe..

marah pun tak guna. nama dah dihantar ke JPJ dan tak boleh ditambah lagi walaupun dengan hanya satu nama budak comel ni...kesimpulannya..lepas raya baru boleh buat lesen P. wah, kompiden lulus ni! Insyaallah....

p/s:
  • tak tau pun apa nasib ular tu sudahnya...
  • kalau cikgu fatimah baca karangan aku ni, mesti dia bagi fail...hehe

Wednesday, September 9, 2009

i'm a seamstress

dah lama tak update blog ni kan?? bukan pe..busy menyiapkan tempahan baju raya daripada..err..diri sendiri...hehe..impress gak dengan diri sendiri bila berjaya menyiapkan 2 pasang baju kurung dalam masa 6 hari. rekod baru tu! mari tupuk tangan!!!

rekod baru tercipta juga bila Nurul 'Ain berjaya membuat baju kurung pahang. jenuh membuatnya. ukur baju kurung pahang yang beli dah siap lepas tu buat plak sketch kasar...pastu buat ukuran kat kain yang baru beli tu..lepas tu gunting...lepas tu bukan terus jadi. adalah salah silapnya...asek kene bukak jahitan pastu jahit balik...yang sadisnya, silap tu silap yang mengarut. boleh pulak pegi jahit 1 part betul, satu part terbalik. huhu...maknanya dah penatla tu..take a rest jap.

bila sibuk sangat menjahit, laptop pun tak bukak apatah lagi nak bukak internet. pastu mood pun jadi semacam je...so, kene gak menghabeskan masa depan laptop sambil surf internet demi memastikan mood ok...ceh, alasan!

Thursday, September 3, 2009

kain lipat depan

nak beli baju raya.....nak beli baju raya...walaupun baju raya dah ada- baju time konvo ari tu..tapi nak gak baju lain...nak beli kain...lepas tu tempah kat makteh..hehe..jahit sendiri la..teringin sangat nak jahit baju fesyen lain selain baju kurung. teringin nak jahit baju kurung pahang tapi bila mengenangkan cam susah je nak buat kain lipat depan tu, terus tak jadi. macam susah je nak jahit kain tu. even kalo beli baju dah siap atau tempah belum tentu lawa dan selesa dipakai.

arwah mak dulu pun 2,3 kali alter kain kalo buat kain lipat depan tu. pastu, memang nampak cantik tapi susah pulak nak bergerak. sebab suka jalan laju2 dan kain tu dah macam pakai kimono je, maka penyelesaiannya ialah, angkat kain....ceh, baju dah lawa dah..pakai baju kurung kedah cam gadis ayu..sekali jalan cam gangster...fail!


ini baju kurung pahang...nampak kainnya itu? merewang2 cam ape tah..pastu masa ni kene control kaki. kasut ni sakit kalo tak pakai stokin, bila dah pakai, jadi licin plak. takut terbukak plak kasut tu dan jadi Cinderella, maka kenela berhati2 jalan..sudahnya kaki nampak cam pelik..gambar di atas cuma nak cerita pasal kain. sila jangan persoalkan ekspresi muka...

hmm..sape bleh ajar macam mane nak buat baju fesyen lain dengan percuma? eleh, macamla buat baju kurung dah perfect..eh, kalo tunggu sampai perfect, bilanya dapat blajar benda lain?! (bermonolog la plak...)

Tuesday, September 1, 2009

hari yang mendung...

hari hujan...
mendung je dari pagi tadi..di luar dan di dalam rumah..akak tak balik rumah dia lagi sebab demam. dah pegi klinik dah..bukan penyakit 'ITU'..tapi cam teruk gak la..so, aku ni cam tak brani nak kuar bilik sebab aku punya antibodi bukan kuat sangat.

dari semalam aku dok upload gambar kat facebook. punyalah lama. dari petang sampai tengah malam, baru dapat upload 5 keping je.huk aloh! file gambar tu besar sangat plus internet connection yang super low. petang semalam tak tido sebab tengok tv crite 'The Incredibles'. punyalah mengantuk sudahnya malam tu tapi nak jugak menghabiskan tengok Sarjan Hassan sebab baru tau tak pernah tengok cerita ni btol2 sejak kecik walaupun tiap2 tahun time merdeka, wajib tayang cerita ni. baik di RTM mahupun ASTRO.

ingatkan habis je tengok, nak solat pastu terus tido, tapi rasa tak puas hati sebab sikit sangat upload gambar tadi. ceh! pastu tetiba dapat idea untuk compress kan semua gambar tu dan upload. okey, berjaya! cepat gak..tapi tetiba dah pukul 2 dan mata hanya mampu bukak separuh je..so, nak tidolah. sambung upload besok. tapi takleh tido plak!!!hampeh tol. sebab dok pikir nak letak caption apa kat gambar2 tu..pulak dah..teringat pulak abang aku pun upload gambar konvo UM tu kat facebook dia pastu dia kata yang konvo dia dulu adalah saat penting dalam hidup dia. kenapa aku tak rasa macam tu dan kenapa aku add dia as friend kat facebook aku???!aku memang kena berhati2 tulis status dan caption kat gambar2 aku dan gambar pun kena pilih yang senonoh2...eh..sume gambar aku senonoh..tapi cam kene pikir 10 kali sebelum letak apa2 kat facebook tu sebab abang aku je.

think positive. maybe dengan cara ni, kami boleh mengenali diri masing2 secara lebih dekat. aku tak kenal dia sangat sebab jarak umur kami 19 tahun dan aku tau dia tak kenal aku btol2 sebab character aku kat rumah lain sesangat banding kalo aku dengan member2 aku. tapi...tapi...tapi...takpelah...just live with it la wahai Nurul 'Ain..

Kuih Raya MakTeh

Weekend ni Berjaya menyiapkan 2 jenis biskut raya dengan akak. Walaupun ramai orang kat rumah, tapi kitorang buat2 orang je. Bagus! tak penin kapla akibat banyak tangan mengacau. Kitorang dah buat kit, kit, kit, kuih bangkit dan kuih coklat badam. Rasa..erm…sedap. sebab aku buat kan…hehe..eh, aku ke buat. Akak aku adun doh, aku tolong gelek dan terap pastu akak aku letak hiasan dan jaga oven. Kira akak aku la yang buat kuih kan, tapi aku yang dapat nama sebab anak buah aku cakap “mak lang tolong mak teh buat kuih”. Haha..sebab kerja yang stand out dalam pembuatan kuih ni ialah yang tolong gelek and terap tu walaupun yang paling penting ialah yang uli segala macam bahan dan jaga oven supaya biskut tak hangit...huhu

Anak2 buah aku takde can nak kacau. Just dapat tengok je. Anak buah aku yang kecik sekali 2, 3 kali datang dapur lepas tu Tanya “ wat pe tu…? Wat kek ke..?” nak mengacau dalam bahasa yang sopan la kunun..hehe..

Sambil2 buat kuih tu, akak aku pasang lagu raya. Baru semangat nak kerja. Kalo aku dah penat sangat, nyanyile sekali dengan suara sumbang mambang. Lantakla..aku dah sakit tulang belakang duduk dari tadi. Tahan jela rumah tu dengan suara emas 916 aku. Hehe…

Next week nak buat biskut famous amos lak…tak rasa cam famous amos pun. Lebih kepada rasa chipsmore tapi dah orang tu letak nama resipi famous amos, so…famous amos la..akak aku kata leceh..tapi aku memang suka wat benda remeh temeh ni selagi mah’mood’ aku ada and aku mempunyai emosi yang stabil…harap biskut tu menjadi. kalo sedap, leh bukak tempahan untuk tahun depan. Hehe!