Wednesday, March 24, 2010

kompilasi 3 hari cerita ain

(ni ialah cerita hari rabu.....huhu)

hmm..ape yang best berlaku hari ni ye? rasa macam takde buat apa2 pun tapi rasa macam tak duduk diam..ada je kerja. jadi apa maksudnya tu???AMNESIA. haha!

tadi rasa macam lawak pulak bila Nadia-san tanya pasal sorang VVIP ni (nama terpaksa dirahsiakan sebab nnt tak pasal2 aku masuk mahkamah pulak. bahaya skang ni). Nadia-san tu tanya pasal dia punya pangkat la..so, aku ngan Hajar tolong la cari ket internet. kebetulan time tu dah rehat. Hajar jumpa la pangkatnya lepas tu Nadia-san nak tengok gambarnya pulak. Hajar tak dapat cari gambarnya so, aku jumpa and panggil Nadia-san. bila bukak gambar VVIP tu, keluar sekali gambar tak berapa senonoh anak dia. aku pun tutup la dengan tangan kata "takyah tengok! tengok gambar ni je". lepas tu Nadia-san tarik tangan aku lepas tu dia suruh bukak gambar2 tu.."kore! kore!" ataupun ditranslatekan jadi "ini! ini!". aku pun bukak la sambil terjerit2...ekstrem sgt jerit tu..er...bersuara dengan excited. bolehkah?

lepas tu ada pulak suara2 background kata "ni anak dia la..!" rupanya kak As, Kak Faridah dengan Wong dok pegi merenung skrin komputer aku. bila masa diorang ada kat blakang aku??? aku pun kata, "dah,dah. cukup. tak sesuai!" pastu semua gelak. Nadia-san tak berhenti2 mengeluh macam tu anak sedara mara dia je..hehe..

(ini cerita hari kames)

hari ni aku tolong sorang jepun guna mesin fotostat. aku rasa baik aku cakap melayu je sebab dia haram tak paham english. lepas tu dahla cakap laju, takleh nak tangkap...err, macam la ko paham ain kalo dia cakap slow pun. tapi last tu dia cakap 'thank you' style jepun. bunyinye..'tsang kyu'

malamnye plak aku tidur rumah ana. pegi pasar malam, makan tom yam kat kedai makan, call nor... balik rumah, mengantuk giler2. tidur, pukul 4 lebe terjaga...sebab biasa tidur 5 jam. pegi keje, ngantuk dan pening sebab tak ambik my drug----> cafein aka nescafe.

(ini cerita hari jumaat)

lepas tu hari ni bos suruh call budak kelantan untuk pengambilan pekerja isnin ni. macam tau2 je aku penah keje operator ni. huhu...sekurang2 nya buat keje ni sah2 dpt gaji. gaji masuk tadi. excited dpt payslip walaupun bukan untuk gaji 1 bulan. bukan excited sebab dapat duit, tapi excited dapat payslip. bleh tak camtu? 1st time keje weh!

besok aku OT...alahai penatnye...ahad plak ade exam......ape soklan2 nye ye...?mesti soalan berkaitan sains ke hape jadahnye ni...takpun pasal UiTM. ish, pegi jela. dapat tak dapat, blakang kira!

Tuesday, March 23, 2010

beryani KFC

tadi kan...kami ada sesi makan tengah hari bersama kurita-san and 'sachou'@MD(Managing Director)@Ohno-san. rasa pelik lak bila sebut Ohno-san...terpikir orang lain. muahaha! rilek 'ain..nanti tersasul lak depan Ohno-san tu..aku suruh dia menari plak depan aku nanti. walaupun dia tak tau cakap english apatah lagi melayu..tapi kami beria borak dengan dia, thanks to secretary dia--->Nadia-san.

tadi kami makan KFC nasi beryani atau bak kata Nadia-san, nasi berani. tak sedap pon nasi beryani tu....makan ayam je lebih, tapi bila dah kenyang...tak habes pun. sambil makan tu, kami perkenalkan diri and tanya apa2 soalan kat Sachou and Kurita-san. tak formal pun. memula tu segan jugak. sampai turn aku perkenalkan diri, bos aku yang cakap banyak sampai aku takde can nak cakap pastu dia marah aku sebab kenapa tak cakap. last2 aku marah dia balik. haha! sukati marah bos.

lepas tu kami start la tanya soalan riang ria kat sachou and kurita-san. tanya pasal anak dia la...macam mane boleh berkenalan dengan wife diorang la sampai muka sachou jadi merah.."orewa hazukashi!" nadia-san tak translate pun tapi aku paham so aku sengsorang gelak. haha!

pastu hari ni aku tolong en. fauzi yang menyakitkan hati tu uruskan pekerja kontrak. ade sorang budak tu gaya macam nak pegi ujibakat AF je. rambut perang...stylo pastu ala2 lembut sikit. salah job budak ni. tolong punya tolong, pukul 6 lebih baru balik. mesti kak faridah bagitau en. fauzi yang menyakitkan hati tu ayah aku datang jemput...selamat!


p/s: kurita-san tu tau tak nama dia kalau ditranslate ke jepun jadi tako-san? takoyaki, ummai!

Monday, March 22, 2010

kisah 'ain tak bertajuk

haha! tadi ade satu cite klaka...eh klaka ke? klaka la bagi aku...pagi tadi...bos aku panggil beberapa nama untuk buat 5S. ape benda haram jadah 5S tu pun aku tak tau. aku ingatkan pegi cek kilang ke hape..aku pon bawak la notebook dan pen. mane tau nak catat ape2...pekerja berdedikasi sungguh la konon...sekali bila turun bawah, semua pakat2 ambik glove and plastik sampah hitam. la...kutip sampah rupanya! 5S= Saya Sangat Segan Sebab Salah...so, aku pun pegi la kutip sampah sampai ke luar2 kilang...aku tak kutip pon, tolong pegang plastik sampah je. so, naik ofis dengan notebook tu dan tebalkan muka..naseb baik takde sape tegur. kalo tak aku cakap je, "ni saya kutip tadi..sayang nak buang,..baik simpan...hehe" sambil sengih nampak gusi.

kat ofis ni, kami ni kaya dengan makanan..jangan harap nak rasa lapar..ade je menu2 special. macam tadi ade akak tu blanja paparoti. hari tu, share beli air tebu, pastu ade ABC, hari OT hari tu bos jepun bagi cheese cake...kadang2 ade je plastik berisi makanan ringan rotate kat ofis tu..rezeki tak baik ditolak, jadi terima je time orang bagi...pegh, tak malu sungguh!

aku skang ni tengah blaja membiasakan diri drive keta. aku bawak pegi dan balik tapi ayah aku duduk sebelah macam cikgu memandu. skang ni boleh kata rilek la bawak..boleh sandar sambil bawak..tak macam dulu, badan rapat gile ke stereng. tapi aku tak taula sama ada aku boleh tak bawak sengsorang. ish, takut time kat simpang je...tak mahir lagi main clutch ngan minyak. kekadang aku klaka bila ayah aku duduk sebelah time aku drive. time nak sampai traffic light, aku perasan kaki dia macam tekan brek. haha! kalo ni kereta macam kat sekolah memandu tu, dah sah2 aku takyah sesusah tekan brek.

skang ni bilik aku dah literally macam tongkang pecah gara2 hujan lebat hari ahad hari tu. punya banyak baldi aku tadah pun, bilik tu tetap banjir. so skang atap bilik tu tengah repair dan aku tak boleh tidur bilik sendiri...terpaksa tidur bilik akak dengan tilam dia yang keras tu.(tilam untuk muda mudi yang sakit blakang-bak kata cina jual tilam)...huhu.nasib2..

p/s: kenapa bila kerja, banyak benda ko nak bebel ain?


it's okay, it's alright, i don't wanna fight

Sunday, March 21, 2010

seminggu kerja

yeay..!berjaya mengharungi seminggu kerja. Alhamdulillah..boleh tahan la..walaupun awal2 ni rasa macam orang bodoh je sebab banyak benda tak tahu. tapi takpe...biar orang anggap kita bodoh dulu nanti dah lama2 kita akan jadi pandai jugak...(er..harap2 nye..)

satu benda time kerja ni ialah untuk membiasakan diri dengan orang..yela mana2 pun sama, mesti ada orang tak suka dengan orang ni. kadang2 sebab orang yang kita rapat tak suka dengan orang lain, kita pun nak terikut2 jugak tak suka dengan orang tu walaupun kita belum tengok keburukan dia. so, aku harap tak jadi macam tu..aku nak jadi neutral. kalau orang baik dengan kita, kita baik dengan dia, tapi kalau orang tak baik dengan kita, kita takyahla nak baik sangat dengan dia...ataupun sepatutnya kita kena layan orang tu baik gak...?err..aku bukan mulia macam tu..haha!

hopefully dapat harungi lagi untuk jangka masa yang lama. aku tak harap akan kekal kat sini...tapi biarlah aku stabil dulu dari segi kewangan dan sosial baru bleh pikir keje lain.
so long...yoohoo!

Tuesday, March 9, 2010

hatiku bagai tomyam campur

hari ni......er...semalam..hari selasa....rasa macam tak berpijak di bumi nyata...

1. nervous, tapi taknak pikir sangat sebab takut ape pun tak jadi
2. tak nervous, tapi kenapa tersangkut2? lepas tu dah ada perasaan tak baik dalam hati...hmm
3. rasa marah dan bengang dengan diri sendiri sebab menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri yang macam hampeh...
4. susah hati sampai tak lalu makan...tidur tak lena sebab asyik terkenang.
5. konon-kononnya nak senangkan hati sendiri dengan duduk depan laptop...tapi ada je benda yang buatkan ingat pada peristiwa tadi.
6. nanges bila tengok TV sebab benda paling kecik, 'nenek Seonhwa datang buat surprise'...
7. tengah nanges, dapat phone call yang sepatutnya buat diri rasa happy...tapi......
8. kembali merasa bengang sebab kenape call time tu? tak sempat nak tengok ending cerita tu!
9. happy sikit bila bagitau orang tapi rasa down balik sebab rasanya ini bukan yang diharapkan oleh dia.
10.sekarang, takde perasaan...memerlukan masa untuk digest ape yang berlaku hari ni dan memerlukan lebih masa untuk fikir apa yang patut buat di masa hadapan. i mean, minggu depan!

ok, entry ni memang takkan dipahami sebab nurul 'ain masih lagi tak berpijak di bumi nyata...nanti2 la elaborate segala macam perasaan ni...hopefully lepas2 ni happy supaya next entries mudah dibaca dan dipahami...

rindu dengan kawan-kawan...I MEAN SANGAT2 RINDU TAHAP GABAN! bukan takat dalam gambar di bawah saja..ramai.....................................lagi!korang tak anggap aku kawan pun takpe...aku perasan sorang2 jela....hehe..

geng matriks

geng rumah sewa

geng SPAS

geng 3rd RC

geng group kontrak

p/s:rasa cam ok sket plak bila upload and tengok gambar2 member kesayangan neh!