Thursday, April 22, 2010

Assalamualaikum..lama dah tak update. malas dan sampai satu tahap rasa nak terminate je blog ni. tapi ada banyak maklumat sebenarnya dalam blog ni. wah, maklumat! so, takleh delete lagi..

masuk hari ni, dah sebulan lebih aku kerja. jadi, aku nak tanya diri sendiri ape perasaan aku sekarang. jawapan yang aku dapat daripada aku ialah: bolehla...
jawapan yang sangat tak meyakinkan...ok, kisahnya camni. aku suka kerja sebab sekurang-kurangnya aku dapat mengisi masa dengan berfaedah berbanding duduk di rumah mengisi perut. tapi...........ada masa2 yang aku rasa tak sabar2 nak tunggu bulan 9. bulan aku tamat kontrak. aku dah taknak kerja situ. kenapa?

kajian kes
1. aku bukanlah kesah sangat apa jawatan aku. walaupun kerani cabuk, tapi dapat jugak gaji dan dapat cari pengalaman tapi lama kelamaan aku rasa aku tak sesuai kerja ni sebabnya...aku boleh terima arahan daripada orang tapi aku nak orang dengar jugak pendapat aku. tapi sebab aku kerani cabuk, maka suara aku tak kedengaran...

2. aku bersyukur sebab aku dapat kawan instant. sebab kawan aku punya kawan kerja kat dept yang sama tapi mereka ni lain kepala sikit dengan aku. aku tak tau yang aku agak lembut..ke lembek sebelum aku kawan dengan diorang. aku nampak paling tak matang sebab macam2 tak tau. apa yang aku tau di luar skop mereka. contoh pengetahuan aku, 'skang ni musim 9 American Idol, Desperate Housewives season 6 ade watak baru yang misteri...'

3. tipula kalau aku cakap aku tak penah mengumpat atau cakap yang buruk pasal orang tapi aku takla cakap buruk mengenai orang yang aku sama2 mengumpat dengan dia pasal orang lain. paham tak? senang cerita, aku kawan dengan nora danish. aku mengumpat pasal fasha sandha dengan nora danish. tapi lepas tu aku mengumpat dengan tiz zaqyah pasal nora danish. jadi, siapa nora danish pada aku? geng mengumpat atau mangsa umpatan? itula yang berlaku kat ofis ni. aku berani bet yang orang yang mengumpat pasal orang lain depan aku pernah mengumpat pasal aku jugak. CONFIRM!

setelah mendengar luahan masalah daripada diri sendiri, maka aku nak beri nasihat khas untuk aku

1. dare to be different! takyah nak ikut orang. kalo orang lain nak kawen, ko pun nak kawen gak. kalo orang lain pakai eye-shadow, ko pun sibuk gak. biarlah orang anggap ko bodoh ke, lurus ke, freak ke, yang penting...tu adalah kau. kalau diorang nak mengumpat pasal tu, bersyukurlah sebab pahala telah dikredit ke dalam akaun.

2. yakin dengan diri sendiri. jangan sebab kau kerani cabuk, ko nak buat perangai kerani cabuk gak. malah kerani cabuk yang lain memperkotak-katikkan kau. takpe..bagi can dulu. dah lama2 kena yakin yang ko deserve more than kerani cabuk.

3. jangan jadi lembek. bersopan ok, tapi bukan lembek.

4. ALERT! dengan keadaan sekeliling, dengan kerja yang kau buat. please..don't make silly mistakes...

5. SAMBIL-SAMBIL TU, CARI KERJA LAIN~

No comments:

Post a Comment