Friday, June 26, 2009

Nurul 'Ain Bersuara Emas

ok, pasti title entry ini membuatkan anda pikir yang suara saya ni layak masuk AF, Mentor, Ohh La La atau sekurang2 nya idola kecil. hanya kama tau suara ku bagaimana. nyanyi lari pitching gile.ek, eleh..tu sebab mic tu xbest. cuba pakai mic emas misha omar. silap2 kalah misha. (alasan...!)

tadi ada jamuan perpisahan bebudak praktikal. ceh, aku pencen next week la. dah buat jamuan perpisahan. MDKP buat untuk sume bebudak praktikal. yang dah habis 2 minggu pun, jemput gak. CC perkenalkanla kami sorang2. time perkenalkan aku, dia cakap "yang paling pendiam". ceh, why me?? abang azli- seruling anak gembala la yang cakap aku ni bersuara emas. huhu...sejuk aku kat situ. segan tahu?

pastu kami pulak kena bagi ucapan sorang demi sorang. aku pun cakap jela macam besa. ntah nape aku suka lak cakap guna mic yang tekan suis tu. pastu CC cakap, " pandai jugak cakap yo..". en asri kata," memangla..budak bahagian perlesenan memang pandai cakap.." eh,eh..pulak...saya segan lagi tahu?

lepas tu, dapat cenderahati..goodie bag daripada ketua bahagian memasing. " en.asri, adakah tangan saya sejuk...? saya agak neves..tapi bukan sebab bagi ucapan tadi..tapi sebab..."

perihal tangan sejuk
sejak daripada hari penyampaian cek kat dewan hari tu, aku dah tau yang anas praktikal kat situ. aku agak terperanjat dan tak tegur pun. dan sampai kami dah nak habis praktikal ni pun, i still don't have guts nak tegur dia. bukan sombong, tapi segan...
siapa anas?
dia adalah classmate aku time form 2 dan form 3. dan sepanjang tu, aku ada crush dengan dia. masa form 3, aku ada diary dan dalam diary tu, penuh nama dia je. anas tegur pun tulis dalam diary gak. apa kes? plastik gula2 hacks hitam yang dia bagi atau lebih tepat yang aku mintak pun, aku still simpan. walaupun aku tak suka gula2 tu....jadi bila jumpa dia balik, aku jadi tak tau nak buat apa. bukan aku suka lagi pun kat dia tapi macam rasa segan, walaupun bukan dia tau aku sangat suka kat dia dulu.aku nak sangat tegur dia sebenarnya..tapi rasa macam dah terlambat. terpikir nak investigate(wah!) number hp dia pastu pas praktikal nak sms dia and say sorry sebab buat2 tak kenal plak..hua..apa saya patut buat kak esah???!!
tadi dia duduk selang 1 kerusi je dengan aku, tapi aku tak tengok dia langsung. aku jadi sejuk sebab pikir nak tegur ke taknak...hmmm..last2 tak tegur pun...walaupun banyak sangat peluang kalau nak tegur. aghhhhh!!!nape anas ni tak tegur aku dulu?so, berterima kasih la gak dengan cc yang cakap aku ni pendiam. so, arap2 dia faham yang aku ni memang pendiam. sila tegur saya dahulu...

okla...akhirnya dapat juga meluahkan isi hati. nama anas tertulis sekali lagi selepas 7 tahun...

apapun mi kari tadi sedap gak, walaupun ada orang kutuk. cis, jelesla tu tak kena ajak.

No comments:

Post a Comment