Wednesday, June 24, 2009

KL is Polluted

dah lame xupdate blog. kunun bz sangatla buat report. sampai bawak laptop pegi ofis, tapi sudahnya download and layan video arashi. lepas tu sengih sorang2. serius, tak sengaja nak sengih tapi dah klaka tahap dewa...sakit perut tau nak tahan gelak. segan i dengan akak2 ni yang sebenarnya perasan aku sengih sorang2. huhu

jadi kunun takut xsampai report tu kalo anta by pos, so, pegila jejakkan kaki kat um isnin aritu. mintak cuti dengan en. asri. semangat pg mintak borang cuti, tapi pastu kak normah kata, " cakap je dengan bos ko".....er....baik..terima kasih kerana buat saya segan. slamat cakap pepagi time orang lain sibuk mengupdate diri masing2 dengan cerita2 terbaru yang tak berkaitan kerja...so, arap2 orang lain tak dengar suara kak normah yang kuat itu. redah je cakap ngan en. asri. dalam otak skripnya macam ni, " en.asri, saya nak mintak cuti isnin ni. nak anta report kat um" sampai je perkataan cuti, en.asri dah angguk dengan bersungguh, tapi aku habiskan jugak skrip tu. ceh, macam kalo aku kata, "saya dah takmo datang ofis dah,"musti dia angguk beria gak kan??

kembali kepada story asal. aku pun pergilah ke um, tumpang van member. ayah ngan mak dia anta. save duit...rezeki jangan tolak...masa kat seremban, hari ujan, masuk kl, ujan dah berenti dan rasa panas. nyesal pakai cardigan hari tu. masuk je um, rasa sama je. takde yang berubah langsung. agak2 kalo 10 tahun lagi datang pun, sama gak.
- foreigner bersepah...(indon, arab hitam, arab putih dll)
- kereta banyak...even cuti
- time ni bleh nampak muka pembantu mahasiswa yang poyo(bajet semangat nak sambut freshies)

sesampai je kat fak sains, muka 1st yang aku nampak ialah kulup (bukan nama sebenar). datang nak nyambut member aku ni la...so, aku blah je tanpa nak tegur pun kulup ni. nape la seramai-ramai student um, aku kene jumpe dia dulu. berkecai mood baik aku.
kenapa aku tak suka kulup..inila sebabnya

perihal kisah si kulup
satu hari di 5th sem, kami adakan meeting env day pada hari sabtu. ari tu aku bengong sket, tersalah bas (pg naik bas mid...)..so, lambatla aku sampai um. dah sampai tu, aku nampak si kulup ni baru turun dari motor. diulangi, hari tu hari sabtu, xde orang pun kat situ...kiranya aku dan dia je ada kat tempat kejadian. jadi, aku tegurlah dia dgn semangatnya macam aku tegur kawan2 aku yang lain, " hai ****!" tau dia buat apa? dia membelakangkan aku! aku terdiam kat situ, dan rasa sangat terperanjat. tak logik kalau dia tak dengar, sebab aku jerit kuat dan dia memang pandang aku. tak logik kalo dia ingat aku tegur orang lain sebab memang takde orang lain kat situ. satu je explanation yang boleh diterima, dia xsuka kat aku atau lebih tepat, menyampah dengan aku sampaikan taknak balas teguran walau hanya dengan lambaian tak ikhlas.. so what? ingat aku suka ke kat dia? pleaaaaaase!
sejak hari tu, kalo boleh, aku taknak cakap dengan dia tapi kadang2 tak boleh elak sebab takut orang lain syak apa2. masa tu, tak kesah pun. tup2, masuk sem 6, dia kapel dengan member aku. bukan takat member besa, boleh kata best friend aku. kang aku wat muka, ingat aku jeles plak dorang kapel. so, aku ade la jugak cakap sket2 dengan kulup ni. igatkan dah berubah dan boleh accept aku as friend, tapi sama gak..still poyo macamlah dia tu hot sangat.
so, masa jumpa isnin ari tu, aku tak tegur pun dia. tapi dia plak nak berbuat baik dengan aku. sibuk dok tanya itu ini. ok2, i'm not a jerk like u, so, aku still jawab segala soklan2 ko.

tapi best gak ari isnin tu, sebab dapat jumpa anak bongsu ku..nordin. nampak je dia, aku terus lambai tak hengat. uiceh, rambut dia dah panjang sket skang...maybe takde kedai gunting rambut kot kat jengka, tempat dia li.haha!
sebelum submit, aku n member aku pg KPS, beli envelope. dekat je..tapi panasnya la...jerebu teruk btol. kalo kat pilah ni..nyaman je walaupun masa belajar geog dulu, pilah adalah tempat paling kering di malaysia. tetiba rasa kalo lama lagi kat kl, sure boleh demam+migrain.

alkisahnya kami telah tertipu dengan surat perakuan LI. dalam surat tu kata, kena anta 2 minggu b4 tamat LI, tapi prof kata, 3 julai mesti sampai kat dia.ceh, memula ingat nak anta je, tapi lepas tu, prof kata ada tak lengkap, so, kami sume balik dengan report2 tu skali. ceh, buek ponek yo...pasni nak anta by pos jela. xkuasa mau turun um lagi.

p/s: ari isnin tu gak, nampak adz, my joget couple naik motor...wah suka! at least, berbaloi gakla datang um...

No comments:

Post a Comment