Sunday, June 7, 2009

pegawai besar dah pandai tensen

minggu 3 xbuat ape langsung kecuali pg kedai-kedai makan untuk bagi surat tawaran lesen dan bagi borang kursus. pegi pun dengan abang driver yang gelak menyakitkan hati. dalam kereta tu, just dengar dia je cakap and gelak sorang2. cik niza adalah cakap sepatah dua...apa kes ntah yang geli hati sangat...keluar tu hari isnin and lepas tu dah takde buat apa selain duduk kat kaunter dan memporak peranda kan sistem komputer perlesenan. padan muka!
ade gak bukak internet sekali sekala and main solitaire. boring tahap cipan!!!orang lalu lalang kat belakang sangat ramai. cis, tak senang btol. lepas tu, bila tengah buat kerja kak ros suruh, ketua bahagian pentadbiran kebetulan lalu and cakap kat kak ros,
"ha, boleh buat kerja...ajarlah dia.."
kak ros cakap, " ada ajar sket2..tapi xde masa nak ajar banyak2.."
PB tak angkat muka pun dan rasa macam nak baling je pen..sebab rupanya selama ni ketua bahagian pentadbiran tu lalu lalang kat belakang dan pandang apa yang PB buat dan tersimpan perasaan tak puas hati dalam hati dia...cis!! (ok, entry ni memang ganas sket)

minggu ke 4 lagi tensen. mana taknya sepanjang minggu xbuat apa langsung. hari selasa dan rabu duduk kat meja belakang kaunter sebab akak kaunter yang 1 lagi dah masuk kerja. so...tersangat2 lah boringnya. acik harun ade mintak tolong fotostat 1report. report tu 29 muka surat, and nak kena fotostat 30 copies. bayangkanlah betapa banyaknya ketas nak pakai dan betapa lamanya kena duduk kat depan mesin tu. ok, takpe, sekurang2 nya ada kerja...tapi yang sakit hatinya ada je orang lalu lalang nak tegur macam aku ni tengah fotostat tesis sendiri. macam salah je kerja tu. sorang mamat yang menyakitkan hati nak fotostat, tapi time tu PB dah set mesin tu untuk bergerak non-stop and tak tau macam mane nak stopkan sekejap. so, dia panggil sorang akak tu yang maybe tukang beli mesin dan tukang study manual mesin tu. so, akak tu pun datangla beri bantuan...ntah apa yang dia cakap kat akak tu...dan rasanya mesti keluar perkataan kasar2 contoh macam " budak bongok tu tak reti nak stopkan mesin" ataupun " ntah ape yang budak tu fotostat sampai orang lain tak boleh nak pakai, ingat harta bapak dia ke.." or whatever lah...sebab ape PB berperasaan macam tu sebab mamat tu jenis yang suka cakap kasar2 dan tak senonoh. tak suka sangat!!!

ade satu lagi hal yang menyakitkan hati. hari kames dan jumaat, kak ros cuti, so kena la duduk kat kaunter. kak lin pulak mabuk sebab pregnant so kebanyakan kerja kaunter, PB kena buat. kak lin pulak percaya dengan PB walaupun PB perasan PB banyak buat salah. nasibla kalau maklumat dalam sistem perlesenan tu salah..sapa suruh percaya PB bulat2? tapi kan tau jela...inikan daerah Kuala Pilah yang teramatla kecilnya dan bukan orang datang berurusan setiap masa kat kaunter...so, kalau orang takde, mestilah boring. bukan takat budak praktikal berpangkat pegawai besar je yang boring, tapi semua staff kat sini. so, daripada tak buat ape, lebih baik bukak internet. so, PB ada terjumpa satu website yang menarik...www.crookedbrains.net
tengah syok dok scroll down, tetiba ketua bahagian kewangan pulak datang menyibukkan diri kat situ...tukar channel tv dan bukak punyalah kuat. pastu dia ternampak komputer PB dan tanya ape benda ni...PB pun cakapla ni website yang ada gamba2 klaka...pastu dia cakap macam ni..
" oh, takde kerja ye..nanti DO datang, dia marah.."
ok, PB rasa bengang sangat. dahla tuka channel sesuka hati pastu bukannya nak tengok pun lepas tu perli2 orang. rasa nak cakap je...
" cuba tengok staff kewangan yang kerja kat kaunter ni, kak su dengan kak shida, customer takde diorang main feeding frenzy tau?! so what do you expect from a practical student like me?"

kesimpulannya minggu lepas merupakan minggu tensen sedunia. maaf kerana entry ini menggunakan bahasa2 yang agak kasar dan tak sesuai dibaca oleh kanak2 13 tahun ke bawah...

p/s: puas hati dapat lepas geram!

1 comment:

  1. oh ain...aku gelak2 je bace entry nih...

    wehm dorang yang lalu lalang yang berpangkat besar kat situ mmg jeles kat ko kot...datang kerja tak wat pe pon..

    tapi bese ar tu dak praktikal, nak wat keje ape lagi kan???

    ain!!!
    teruskan wat keje beronline ko tuh!!!!
    aku sokong ohh!!

    ReplyDelete