Saturday, November 21, 2009

ni la namenye pengalaman...

assalamualaikum...
hari ni hari sabtu dan hari untuk rilek2 setelah 5 hari bekerja. eh, lupe nak cakap yang cik nurul 'ain skarang dah bergelar pekerja. ok, memang takde mood langsung nak cerita pasal kerja ni sebab hari 1st kerja dah berniat nak berhenti. haha! i'm not a quiter tapi..........tak guna nak teruskan kalau dah tak suka. buat ape hari2 pergi kerja tapi lepas tu berendam air mata.

ok, bunyi macam teruk sangat je kerja ni. macam nak kena angkat guni berkilo2. takla...kerja dia simple je...nama jawatan ni PA atau Pembantu Akademik atau Perunding Akademik atau ada gak kata Pengurus Akademik. tengok, nama pun macam2...sukati je nak letak ape. kerja dia very simple. just call nama2 student yang ada dalam list, cek sama ada diorang dah further study and then kalau masih terlanguk kat rumah tak buat apa2, time ni la kena jual minyak. minyak ape?? minyak urat...promote la kolej ni. sebab aku baru lagi, so memang aku tak reti nak explain kat orang. aku just suruh dorang datang taklimat untuk dengar penerangan lebih lanjut. lagi satu, aku kan produk IPTA dan peminjam PTPTpu...eh, PTPTN...so aku tak tau nak kata apa kelebihan IPTS dan pinjaman mara. sebab masing2 ada pro and kontra and aku ni jenis yang tak pandai nak sorok2 kalau aku tak suka dan tak setuju. senang cerita, baik korang dengar je orang lain jual minyak urat tu. aku stay dengan minyak gamat keluaran 'warisan saju'. (?)

masalah utama dengan pekerjaan ni ialah transport. kalau nak pegi dan balik ke kolej ni dari rumah aku, kena ganti 2 buah bas. kalau basnya kerap takpe gak, tapi berjanggut nak tunggu weh! adoi...alangkah syoknye ada kereta tapi duit takde nak beli. kenela kumpul duit dulu baru leh beli. proses pengumpulan tu la yang aduhai....peritnye...YA ALLAH..BERILAH NURUL 'AIN KEKUATAN.AMIN...

cerita pasal transport, nak ceritala pasal pengalaman semalam...ari jumaat. aku dulu kan praktikal kat jabatan kerajaan. so, aku punya time table pun macam kerajaan gak walaupun kat kolej ni tak kesah langsung pasal time. so, semalam aku keluar ofis kul 12 lebih dengan niat nak pergi Jusco. aku pun ambik teksi dan rasa macam nak bakar je teksi tu sebab perjalanan yang teramat2 dekat tu sampai RM6 walaupun kat meter RM4 (RM3+Rm1). bila aku tanya apek teksi tu, dia kata tu harga biasa. aku nak kata ape lagi, bayar je la. so, nak balik tu, aku decide nak naik bas je.

aku pun tunggu kat depan Jusco-lama.....satu bas pun tak lalu. nasib baik ada sorang pakcik teksi tu tanya aku tunggu sape, so aku pun tanya dia bas tak lalu ke. dia cakap bas lalu kat blakang Jusco. ok, rasa nak berdiri kat tengah2 jalan! aku pun pergilah ke blakang and tunggu. nasib baik ada bebudak pompuan budak kolej aku rasa tunggu bas gak. so, kitorang tunggu-lama...akhirnya bas pun datang. aku tak tau bas tu ikut jalan mana. tapi aku naik je. lepas tu bas tu ikut jalan yang aku tak tau dan tak penah tau pun. aku ingat nak turun skali dengan bebudak perempuan tu.............tapi, aku tak sedar bila masa dorang turun! ok, rilek ain. bas ni tak pegi sampai johor. tapi ni kat mane???! karang kalau aku turun je, lagila susah sebab aku tak tau aku kat mane. so, aku duduk je dalam bas tu dan rasanya muka dah pucat lesi. lepas tu bas tu pusing2 dan pegi jusco balik. ok, rilek ain. buat muka kompiden...lepas tu, akhirnya bas tu stop kat kolej. aku masuk ofis kul 3.30pm dan buat muka senatural mungkin walaupun satu badan dah shaking.
tobat taknak pegi jusco time keje! kecuali rasa terlalu kaya nak pegi balik naik teksi. tambang bas balik umah lagi murah...huhu.

so, macam tu la serba sikit pengalaman kerja selama seminggu. maybe next entry cerita pasal pengalaman call strangers lak. okay??

3 comments:

  1. mak ai ain!!!
    aku pon turut tercuak dengan cte ko naik bas tu..
    selamat bas tu stop kt kolej ko tu gak..

    hmmmmmmm...ain, bersabar dengan keje ko tuh!
    arap2 ko dpt keje len yg lg best! yeah!

    ReplyDelete
  2. budak course kte pon ade sorg kje macam ain kt kolej swasta kt mantin. Tapi die dah benti da keje, sebab x dpt gaji.

    Keje baik2 eh ain.hee
    Kte xde keje lagi nih.

    ReplyDelete
  3. skrg masih bekerja sebagai perundik akademik ker??

    ReplyDelete