Tuesday, July 7, 2009

Alhamdulillah...

Yeay! Akhirnya selesai sudah majlis perkahwinanku…eh,salah,salah..tu lambat lagi. Selesai sudah praktikal aku di majlis daerah kuala pilah. Mari tupuk tangan…!so, minggu terakhir ni memang dah takde keje. Just duduk termenung, baca novel, main game, tengok tv, dengar mp3…eh, cam sama je aktiviti dengan minggu sebelum2 tu. Haha! Cuma minggu ni tak saba tunggu waktu rehat sebab kak zakiah ajar jahit manik. Pegh, baru tau salah sungguh cara aku jahit manik before nih. Skang sudah pandai. Bulehla sesape nak tempah jahit manik kat baju raya. Tak cantik, jangan marah..saya budak baru blaja.


Ari rabu, 1 julai, ade perhimpunan bulanan. Selamat tak suruh pegi depan lagi. Kot2 la suh bagi ucapan perpisahan ke, nyanyi2 lagu ke…huhu..pas perhimpunan tu, acik shaari sama acik harun ajak pegi pasar sehari kat juasseh. Pasar ni ada sebulan sekali je. Setiap 1 hb. Wah, unik sungguh! Tak beli pe pun. Just jenjalan and borak2 dengan acik2 tu dalam pajero. Pajero tu kenderaan ofis, so takleh nak bawak rayau. So, acik harun kata kat maklong yang jaga kenderaan, nak pegi pantau SWM kat air mawang. (harap DO tak baca entry ni…hehe).

nila pemandangan pasar sehari tu. panjang lagi tu..sempat amek gamba sket je before balik

sesape yang tak tau..ni jirat cina

Acik shaari yang sangat memahami keboringan aku, ajak pegi Melang lak dengan kak sham. Walaupun just jalan pantau keliling taman perumahan tu, tapi rasa best gak sebab tak tau bila lagi dalam hidup aku untuk masuk tempat tu.

Selain daripada buat aktiviti2 di atas, aku ada teman bermain. Nilah temanku…

ye..getah..benda yang cicakman takut. satu getah besar, satu kecik

gulung2, ikat2...jadi macam ni. aku tak tau nape aku suka sangat nak main ngan getah ni..freak!

maybe satu-satunya kerja yang aku buat minggu ni ialah tolong fotostat punch card untuk abang sharil. oops..abang nor sharil ye..bukan shahril bengong gile gatal tuh! ha, keje lain ialah, pegi cakap kat orang ramai yang salah masuk pintu, " borang mintak kerja kat depan ye" kalau boleh, nak escort skali orang yang tanya tu pegi beli borang lepas tu bagi briefing pasal MDKP serba sikit. takde kerja punya pasal...


last day tu sedih gak la..ek eleh, yeke???pukul 8 masuk pastu xsaba dah nak tunggu kul 5. masa rehat tu, lepak ngan kak zakiah.borak2 sambil dia cabut manik kat baju dia, tengok gambar kawen dia ditemani bau pop corn. hok aloh..dorang pg masak pop corn kat ofis. semerbak bau. kak zakiah ni senior aku time sekolah menengah kat SMKDAS dolu. pastu, dia masuk UiTM. so, kami ni banyak la benda nak diborakkan...aku dah cakap aku ni lambat mesra dengan orang. dah abes praktikal, baru nak mesra2..huhu..

dekat nak pukul 5, aku tanya fey(member praktikal yg pencen hari sama gak)..mehla kita pg bersalam-salaman. so, kami pun pegi la ke setiap dept yang nasib baikla tak banyak tu...tu pun tak habes explore dalam masa 2 bulan. last day tula kami 1st time naik dept kat atas tu.pastu dah nak punch card tu, mak long tanya dah salam en. asri ke. blom sbb en. asri ada visitor. mak long kata tak baik. dia suh pg jugak. lama gakla menunggu orang2 tu nak kuar daripada bilik en. asri. tapi tak kuar2 gak. akhirnya aku decide untuk blah jela. tapi tak tau mana datang keazaman (?) nak terjah je bilik en. asri tu. kira macam tindakan refleksi gak la. cakap serba sikit and en.asri pun macam sangat suka aku nak blah...ok, selesai...mari punch card, saya tak saba nak bergelar penanam anggur professional.

p/s:aku rasa aku tipu bila aku kata kat staff2 MDKP aku akan boring duduk rumah bila dah abes praktikal...

No comments:

Post a Comment