Wednesday, May 20, 2009

KISAH PEGAWAI BESAR DI MINGGU KEDUA

disebabkan sangat teruja menjahit labuci di baju kurung, maka penulisan blog tergendala untuk beberapa hari.

memandangkan tiada aktiviti menarik berlaku sepanjang seminggu ni...maka akan membuat kompilasi sahaja untuk seminggu yang agak membosankan ini.

baiklah, dimulakan dengan hari isnin. hari ni rasa sungguh liat nak bangun. maklumla..dah 2 hari dapat can bangun lewat. (kenapa hari isnin cepat sangat??)..so,dengan mata separuh bukak tu, bersiap2la mau pegi kerja. ayah dah jadi steady driver. maybe dia tak harap anak dia ni naik bas kalau waktu bangun dah jadi semakin lewat setiap hari. huhu..thank you daddy!

hari ni ada meeting lesen pukul 9.30. so, bersemangat mau pegi meeting ni. hari ni bawak notebook tau. pukul 9.20, cik niza dah ajak pegi bilik mesyuarat kat atas. rupanya kitorang berdua jadi orang paling awal. macam tu la pekerja pompuan. even kita ni bukannya produktif sangat pun, tapi pompuan ni mesti punctual. tak macam laki. datang lambat, tapi lepas tu gaya macam dah ada kat situ sebelum subuh. amboi...! contoh macam member aku, john. pakcik ni selalu je tuang kelas. alasan, sakit perut la, penin la, tak terjaga la. datang pun selalu lewat.tapi, kalo dia ada kat klas tu, klas tu jadi lively. lecturer tanya soalan, diala yang jawab. peliknya, selalu pulak betul tu.

disebabkan masih belum cukup korum, maka kitorang pg isi perut dulu. ada disediakan nasi lemak untuk meeting ni. ceh, mau ngantuk time meeting nanti. tak sesuai btol menu ni. ok, 'ain ambik semua lauk yang ada atas meja tu. timun pun sebat gak. ish, mana boleh makan banyak sangat pagi2 ni. nnt sakit perut time meeting. setelah licin pinggan (kalau boleh tulang ayam tu dimakan..dah telan dah) mari ambil lepat pisang pulak..! bukan apa, nurul 'ain tak suka membazir. lagipun semua orang kat sini dalam lingkungan umur di mana they have to watch their weight and blood pressure, so diorang kena control makan. ehek?!

semua orang dah sampai, masuk bilik meeting. ambik tempat paling blakang sebab takmau ganggu orang meeting. yela, nanti pandangan DO terganggu dengan muka budak yang tak dikenali dan tak ade kene mengena dengan ini meeting. so, duduk blakang, buleh amek gambar. haha!


lepas meeting, kak ros bagi kerja suruh masukkan data dalam sistem. peh, kerja ni senang sangat tapi yang susahnya kena tau lokasi tempat2 kat sekitar daerah kuala pilah ni. mane aku tau dol! setakat tau terachi sama tanjong ipoh je. masuk juasseh, air mawang, tebat kering...huhu..pegi pun tak penah...so, bila buat kerja ni, kepala memang dah dipenuhi dengan nama2 tempat kat pilah ni sampaikan bila naik bas nak balik after kerja petang tu, lupa mana tempat nak berhenti.
makcik konduktor tu tanya sampai 2 kali "nak pegi mane?" aku sampai terpejam2 mata nak ingat balai polos terachi. aduhai...

hari selasa, sambung kerja semalam. banyak woo data nak dimasukkan tapi before 12pm, baru perasan, la..tinggal lagi sikit rupanya..kenapa??so, buatla lambat2....tapi habis jugak before lunch. kecewa~! after lunch, tengok data yang tak masuk lagi dalam sistem sambil ambik2 gambar...


pemandangan dari tempat duduk di kaunter...wallamak, bajet busy la ketas ala2 bersepah ni. muakaka!

mulut muncung ala2 gedik


tikus! eh, bukan..tetikus (apa kejadahnya ambik gambar benda ni?)

even kerja masukkan data dah habis, tapi hari rabu pun duduk kat kaunter gak sebab boring and kak lin kaunter ni MC. dia demam sampai masuk wad. so, sebabkan takde kerja, maka bukak internet dan cari informasi mengenai dunia hiburan. ek eleh!! haha...

hari khamis= yeay2! hari ni cik niza ajak keluar. nak bagi borang untuk kursus pengendali makanan. tapi bukan keluar berdua dengan dia je. pegi dengan orang2 bahagian penguatkuasa. semua lelaki, kecuali kak tam sebagai driver. rupanya kak tam ni sekampung dengan aku. pastu ada sorang penguatkuasa ni nama 'abang misai' refer kepada misai dia yang lebat, tapi kepala botak. suka sangat buat lawak giler2. mengenakan orang nombor 1 abang misai ni.aku sakit perut tahan gelak. segan lak nak gelak beria. kira bajet ayu la walaupun...hoho!

lunch tu teringin makan kfc. pastu tengah makan sorang2, terperanjat lak dengar muzik daripada board kat situ. tapi muzik tu bukan lagu kfc tapi macam lagu 'christmas is coming to town'. so macam kelakar gak dengar sebab rasa cam tak seswai dan tanpa disedari tersenyum sengsorang. oit, makruhla senyum sengsorang...hehe..dah terbiasa

inila board yang mengeluarkan bunyi secara tiba2 tu.

petang tu, sambung lagi pegi meronda dengan penguatkuasa. wah, besar rupanya daerah kuala pilah ni. kitorang pegi jauh sangat. sampai satu tempat tu, handset takde coverage. pegh, dalam sungguh tu. petang tu, nordin sms, dia nak cekkan result. ok gak kot..tapi ada subjek yang tak boleh nak cek result, so, tak berani nak cakap berapa pointer.

sebenarnya dah tak sabar nak balik ofis, sebab petang ni ada demonstrasi masakan kat dewan. bab2 makan free ni tak tolak. masuk kat dewan tu, ramai dah berkerumun. kebanyakannya makcik2 cleaner. demo masakan ni untuk jual pan. so, dia masak kek and ayam pangggang. pegh, bau dia memikat sungguh! semua kat situ bukan nak beli pun pan tu..tapi pakat2 dok tunggu bila kek sama ayam mau masak


akak2 yang bersemangat mahu sambar makanan. punyalah duduk paling depan..

abang2 ni tak tunggu sampai sesi makan2. tak saba nak punch card. lama sangat tunggu agaknya.

lepas je dapat rasa kedua2 jenis masakan yang sememangnya panas. (tapi lidah semua orang time tu cukup tahan panas). maka nurul 'ain pun memblahkan diri. niat memang nak rasa je. so, kira dah habesla acara tu...ermm...rasa makanan tu besa2 je. tapi, kira sedap la jugak. tak taula sape yang beli pan tu. pan tu ada banyak ciri2 menarik la kununnya. masa akak tu promote. terbayang iklan tv smart shop dolu2. muka miserable gile kalo nak tunjukkan betapa susahnya pakai produk lain..rambut serabai, muka comot. tapi bila pakai barangan yang dijual tu, muka jadi berseri2..siap makeup cecantik pulak tu. sengih sampai telinga. oit, makruhla senyum sengsorang! ehek?

hari jumaat, hari bosan..dah sampai terlelap2. memang serius, tak tau nak buat ape. lunch tu, pegi gunting rambut, bukan apa, saja nak tukar fesyen. rambut aku dah jadi macam tempat training pulak. pekerja baru gunting, yang nyonya tu just bagi tunjuk ajar je. so, budak baru..gunting sangat berhati2 sampai tersengguk aku dibuatnya. tambah lagi rambutku amat lebat. mesti budak ni penat. gunting2..ada banyak lagi..hasilnya? muka jadi cam time darjah 2. haha! rasa cam kelakar pulak. muka jadi macam nakal. jadi macam budak tak reti duduk diam lepas tu suka sangat nak buat benda dan aksi pelik2. err..macam tula aku di kala berumur 8 tahun..hehe..

balik je kerja hari tu, hati sangat gembira kerana bukan setakat besok cuti. tapi kepulangan hari tu disambut oleh mereka ini. mata mereka tak lepas memandang gadis yang berjalan pulang ke rumah. mungkinkah mereka ini merasakan gadis ini ayu dan lagaknya seperti 'perempuan melayu terakhir'? hanya mereka tahu jawapannya...

hahaha!

1 comment:

  1. hurm...entry ni da ok dah tapi bile da masuk part perenggan terakhir tu, aku diserang demam panas.....

    muahahahhaha =p

    ReplyDelete