Thursday, July 16, 2009

exam lagi walaupun dah nak grad?

subjek pengenalan kepada sains dan teknologi bukanlah exam ku yang terakhir. hehe..bajet nanti kalau dah kerja takde exam je. kalau kerja kerajaan, nak naik gred, kena exam segala tau. kerja swasta pun ada gak exam...tapi exam yang satu ni, aku dah penah ambik dulu. mari berasa segan. exam yang dimaksudkan adalah exam undang-undang jalan raya. haha! ohohoi, semangat ko, siap beli buku 500 soalan. tapi tak habes pun buat. cuma semalam je bertungkus lumus siapkan bahagian C-sistem KEJARA sebab serius, aku mana nak hafal segala mata demerit ni semua.

hari ni pukul 8.30 dah ada kat akademi...wah, suka aku panggil akademi. ala2 pelajar akademi fantasia...eh, tak bagus..akademi nasyid la..lama gak nak tunggu sume sampai, lepas tu naik van pegi bahau. sesampainya kat tempat exam tu dalam pukul 10, rasa cam lain sangat tempat tu skang. rasanya baru 2 tahun lepas pegi. dulu macam cantik sikit..skang ni macam tak sajak je nak jadi tempat orang ambil exam. tunggu punyala lama kat situ dan masalahnya takde sorang daripada kami yang tau kenapa kami kene tunggu lama sangat.

tetibe, ade sorang perempuan dan lelaki datang. daripada cara pakaian, taula dorang ni daripada JPJ. ingatkan tunggu dorang ni, baru buleh stat exam. mulut dah start mengomel2 ni pesal lambat sangat datang. lepas tu, barula tau yang orang JPJ ni datang nak buat spot-check dan masa ni barula kami semua tau yang server down. cis, apa salahnya pekerja tu buat pengumuman kat kami ni yang gile bapak baik, tak bergerak daripada kerusi memasing. nasib baikla puan JPJ tu jenis yang kecoh2 dan pegi baca kuat2 ulasan yang dia tulis.
"ujian tidak boleh dijalankan kerana sistem komputer tergendala"
lepas tu puan JPJ ni komen sana sini-aku punyala suka, siap kalo dia nak interview kami, aku offer nak jadi respondent. tapi dia tak buat gitula. dia tanya secara rambang je kat kami semua. aku jawab punyala kuat tapi tak tunjuk muka. dah tersandar kat tepi dinding sebab dah pening duduk lelama kat situ. serius, memang pening duduk situ. puan JPJ tu pun terbatuk2 dan mengatakan puncanya sebab tempat tu. kami ni gelak je dengar.

akhirnya pukul 11.20, barula server up (ehek?!).pc yang boleh guna cuma 6 je. jadi kami yang hampir 20 orang ni kenela bergilir2. exam ni 45 minit. aku orang yang ketujuh. masuk je terus jawab sikit punya laju. lepas tu bila tengok masa, la..pesal nak cepat2 sangat. lepas semak2 ada masa lagi 35 minit camtu. so, kuar jela. cian lak orang lain ramai tunggu kat luar. pastu, dapat slip keputusan. sebenarnya dah tau keputusan lepas jawab tadi lagi. berapa??hehe..adalah..lulusla..alhamdulillah...lepas dapat slip keputusan, kene tunjuk slip tu kat abang JPJ. erk, abang, tak2..dia sebaya dengan aku. waah, mana aku tau dia sebaya. haha!

perihal abang JPJ sebaya
sebaik saja dia masuk ke tempat exam tu bersama puan JPJ, aku dah rasa dia ni comel
mende main rasa2...?ye, dia comel
  • dia pakai sweater merah pastu tetibe dia terbalikkan sweater dia ke warna hitam. macam comel je wat camtu. +1 score
  • ikut je arahan puan JPJ. puan JPJ suh tengok pc, tengok, suh tulis ulasan, tulis. +2 score
  • bertegur sapa dengan pemuda2 yang datang amek ujian. pemuda ye, bukan pemudi. +1 score
  • masa tunjuk slip kat dia, dia sendri cakap "oh, sebaya..." hehe...tula dapat tau sebaya. +0 score..sbb sebaya kan..kalo tua setahun +1 score, dua tahun +2..and so on. had maksimum, 25...lepas tu jadi negatif pulak
  • dia tanya aku keje kat mana...wah, mesra.. +1 score
  • memandangkan loghat dia tak macam loghat negeri, aku pun tanya kat dia, orang mana.(i don't know where i got the courage to ask that mesra rakyat question) dia orang perak..+8 score (sbb perak punya kod ic 08)
sekiranya dia dah ada makwe atau worst- bini..sistem pemarkahan dibatalkan serta merta!
(score ni sume akibat terlalu taksub dengan sistem demerit KEJARA..maaf)

lepas sume selesai buat ujian tu, kami pun balik semula ke akademi. aku pun tunggu bas kat bus stop..agaknya hari ni memang hari menunggu la. punyala lama aku tunggu bas. dah rasa macam nak nanges dah. dahla kredit takde. perut dah lapa gile...tapi selamat juga sampai ke rumah. tapi hari ni cuaca ok je...so, jalan balik rumah tadi, tak panas. siap boleh gelak sorang2 sebab klaka lembu pandang dengan muka tak puas hati kat aku. apa masalah ntah lembu ni. oh, i pakai baju merah rupanya...hahaha!

No comments:

Post a Comment