Sunday, September 13, 2009

karangan jenis cerita

setiap hari adalah sama..so, tiada guna mengupdate blog ini. lagipun, sudahnya aku gak yang baca balik. haha! cuma nak cerita sikit pasal beberapa perkara yang berlaku minggu lepas. jom, naik time machine, kita pergi ke tarikh 10/09/09.




ok, dah sampai..kejap je kan..sebab baru 3,4 hari...ok, hari ni aku bangun sedikit awal dan meminta tolong daddy hantarkan ke akademi memandu. daddy menghantarku lalu terus ke pekan kuala pilah untuk ke bank. seperti biasa aku menunggu di hadapan tv kerana ketika ini cikguku sedang mengajar orang lain. aku sedikit kecewa kerana channel tv yang dibuka ialah ESPN. disebabkan aku tidak gemar menonton sukan, maka aku menekan2 kekunci telefon bimbitku tanpa sebarang motif. tiba2 akak pekerja akademi memanggil namaku. setibanya aku di kaunter, dia menyatakan bahawa aku terpaksa mengambil semula ujian memandu selepas hari raya aidifitri yang mulia.
nota: aku dijadualkan untuk retest pada besoknya iaitu 11/09.
aku pun bertanya "what the..?"eh, bukan2..tu dalam hati je. aku tanya "kenapa?" akak tu berkata dia tertinggal namaku untuk dihantar ke JPJ. wah, sedihnya aku. mengapa aku tertinggal. masa ambik test sebelum ni pun, nama aku yang terakhir sekali. mengapa?? akak itu membuat muka bersalah dan aku tak sampai hati pun nak marah. eh, takde perasaan marah langsung pun. maka aku pun redha untuk mengambil ujian selepas hari raya.

aku pun kembali duduk dan berniat mahu menelefon cikgu memanduku yang aku panggil acik hamzah. tiba2 akak indonesia datang dan kami berbual sebentar dan aku pun menceritakan masalahku padanya. (tak tau pun yang orang indonesia boleh ambik lesen kat malaysia).

baru je ingin menelefon acik hamzah, tiba2 berlaku sedikit kekecohan kerana ada ular lidi di tempat meletak kenderaan. percubaan menghalau tidak berjaya kerana ular itu punya bijak. sembunyi di dalam sport rim kereta en. faizal. pelbagai senjata digunakan seperti penyapu dan penyembur nyamuk juga tidak berjaya mengeluarkan ular lidi tu.

kemudian, aku menelefon acik hamzah. setelah aku mengadu, maka acik hamzah menyuruh aku datang ke pondok memandu tempat dia sedang duduk. acik hamzah kemudiannya menelefon pekerja di kaunter dan memarahi pekerjanya yang menerima duit daripada aku tetapi tidak mendaftarkan nama aku. aku merasa agak bersalah kerana orang yang dimarahinya itu adalah kawanku sewaktu di sekolah dahulu. tapi dah besar ni dah tak kawan dah...hehe..

marah pun tak guna. nama dah dihantar ke JPJ dan tak boleh ditambah lagi walaupun dengan hanya satu nama budak comel ni...kesimpulannya..lepas raya baru boleh buat lesen P. wah, kompiden lulus ni! Insyaallah....

p/s:
  • tak tau pun apa nasib ular tu sudahnya...
  • kalau cikgu fatimah baca karangan aku ni, mesti dia bagi fail...hehe

6 comments:

  1. ape lak fail...elok je bahasa, tatabahasa dah ok..ejaan tu..hmm..better dari aku ar, haha!
    aku as cikgu bm tipu bagi ko B3!

    weh, cian ko kene retest lepas raye..hmm...

    ReplyDelete
  2. haiya..cikgu bm tipu pun bagi b3, apatah lagi cikgu fatimah yang diiktiraf sebagai guru cemerlang di SAMURA? huhu...zaman sekolah dah berlalu...

    eh, cian ke? jgnlah cian..nanti aku sedey...wakaka!

    ReplyDelete
  3. gelak dgn cara "wakaka" adalah sgt ja'at....
    *bersabarlah ain*

    gluck pas raye nnt...hihi...:)

    ReplyDelete
  4. omot?
    ha?
    apekah?
    "wakaka??"

    xde pon ain gelak camtuh dlm entry ni...
    ain, ade ke ko tulis camtuh??

    ReplyDelete
  5. thank u misscomot..arap lulus with 'flying colours'..WAH! hehe..
    ok, xpaham btol apekah yang korang debatkan pasal wakaka tu...maybe patut ubah jadi..wakiki???!!

    ReplyDelete
  6. sengal la kau...
    wakiki tu dah macam buah-buahan kat hawaii je...hehe =p

    ReplyDelete