Saturday, December 26, 2009

my movie of the year

assalamualaikum...
hehe..semalam kan hari krismas. so, sempena cuti tu, aku ngan kama kuar tengok wayang. walaupun aku memang cuti all the time.hehe. sebab kama dah tengok 'new moon', jadi kitorang decide tengok 'Avatar'. aku pun memang lagi berminat nak tengok 'avatar' banding 'new moon'. tak tau sebab apa macam dah hilang minat nak tengok 'new moon' sedangkan pernah demam 'twilight'. mungkin lagi berminat nak baca novel dia kot...
ok, cite pasal 'avatar', aku dah banyak baca review filem ni kat surat khabar. memandangkan ramai sangat yang puji, menyebabkan tak sabar nak tengok sehebat mana cerita ni yang kalau tunjuk gambar, mesti ada gambar makhluk pelik kaler biru.



review 'avatar'

secara ringkasnya cerita ni mengisahkan pasal sekumpulan penyelidik dan askar dari bumi pegi ke sebuah planet iaitu pandora. seorang navy yang cacat kaki menggantikan tempat adik kembarnya untuk sambung penyelidikan kat pandora ni. pada masa yang sama dia gak keje ngan askar untuk pujuk puak na'vi iaitu makhluk biru tu kuar dari kampung mereka. untuk mendekati puak na'vi tu, dia kena jadi sebahagian daripada diorang. so, itulah guna avatar. apakah tujuan dorang susah2 datang ke pandora dan apalah yang best sangat jadi avatar? kalau nak tau, kenela pegi tengok....hehe

yang best pasal filem 'avatar'
  • aku sangat kagum dengan imaginasi pembuat cerita ni. camnela boleh terpikir nak buat satu kehidupan kat planet lain. tapi imaginasi manusia kan terbatas, so masih ada la ciri2 bumi gak kat planet pandora tu.
  • cantik sungguh la planet tu. ciri istimewa, semua hidupan glow in the dark. bayangkan memalam gelap gulita tapi still boleh nampak dan nampak lagi cantik
  • sebab camera shot dekat dan sangat bagus, kita macam boleh feel sendiri macam mana jadi avatar tu. alangkah best kalo tengok 3D. mesti lagi nampak real.
  • walaupun filem ni sci-fi movie, tapi still boleh relate dengan dunia realiti. malah, rasa macam lagi paham dengan dunia realiti bila tengok filem ni.
  • walaupun punyai banyak ciri2 menarik dalam movie, tapi jalan cerita filem ni best. pengarah pandai gunakan kelebihan. contoh filem yang tak pandai guna kelebihan kat malaysia ialah 'duyung'. harap je set cantik, costume canggih, budget besar, tapi jalan cerita sangat mengecewakan. sigh~
ade lagi cerita lepas tengok wayang..tapi sambung di lain entry la..sebab takmau buat entry panjang2...atau dengan kata lain dah ngantuk sebenarnya ni...hua2..tadi gedik tengok 'titanic' walaupun dah banyak kali tengok. ha, pengarah titanic sama la dengan avatar-james cameron. dia ni memang buat filem besar2 saja. pastu tadi baru perasan yang hero titanic nama jack pastu hero avatar nama jake. mungkin pengarah saje nak letak nama watak yang dekat2 dengan nama dia. hmmm......memandai je aku! hehe...

No comments:

Post a Comment