Wednesday, December 16, 2009

bebelan ape tajuk?

assalamualaikum,
semalam entah nape teringin plak nak tengok majalah kolej kediaman kurshiah. hehe..walaupun majalah tu tak menarik, tapi bila tengok, rindu plak dengan zaman duduk kolej dedulu. agaknya kalau tengok 10 tahun dari sekarang, mesti lagi best. so, kalau ada yang tak puas hati dengan majalah sekolah, takpe dah lama2 nanti mesti suka sangat tengok balik.

aku jarang sangat nak bukak facebook orang. selalu cek facebook sendiri je. lagipun nak bukak facebook ni memerlukan masa yang lama dan menuntut kesabaran yang tinggi. saman kang! tapi tadi teringin lak nak tengok facebook pakcik john. wah, budak ni dah bukak business kedai bundle ko! siap jual kat online. cayalah pakcik john. dah lame dah tu dia bukak, so macam terlambat je nak ucap tahniah. hehe...

skang ni kalo tido malam pun, asek mimpi member2 lama je. rindu sangat ke aku kat dorang? agak2 dorang ingat tak kat aku? (nak cakap rindu cam lebe2 lak.hehe). orang tua2 kata, kalo bulu mata jatuh, maknanya ada orang rindu kat kita. semalam 2 helai bulu mata aku jatuh serentak. wah, maknanya ade le tu yang ingat. perasan la ko ain!

sebab boring takde astro kan, so skang tengah tengok cd 'team medical dragon'. drama ni best sebenarnya tapi subtitles dia tu menjengkelkan aku. wah! contoh macam,
"ingin menjaga air muka, begini juga boleh" ataupun "tidak perlu menjahit. guna kaedah mengikat jantung" atau "kerana dia masih kecil, parut menjadi bebanan yang besar".
macam tu la lebe kurang tapi lagi teruk daripada tu. so, kene buat2 paham jela apa dia cakap. kalo takde subtitles, lagi tak paham. so, kira okla tu! (gaya saida)

sekian saja bebelan saya untuk hari ini. thihihihi...

No comments:

Post a Comment