Thursday, December 17, 2009

bebelan tak bertitle

skang ni malaysia tengah lawan bola sepak dengan vietnam. final sukan sea. aku malas nak tengok sebab kalau aku tengok, mesti pasukan aku sokong kalah. hehe...kebetulan je tapi malas la nak cuak sampai sakit2 perut. so, bukak tv untuk tengok score kalau dengar orang jerit sahaja. hehe

jiran2 aku ni tengok match tu. so, kalau dengar je dorang jerit, cepat2 bukak TV. lagi2 skang ni aku dah ada jiran baru. pekerja2 yang mengerjakan tapak sawah arwah mak aku tinggal kat rumah yang dah orang tak duduk. lelaki2 ni kalau tengok bola kan lagi semangat. sekampung boleh dengar kalau dorang jerit.

semalam kan aku crite aku rindu kat member2 lama. tak sangka malam tadi, ex-rumet aku sms tanya khabar. sebab aku malas nak taip mesej, so aku call dia. kitorang borak dekat nak sejam gak. keluar jugala cerita pasal member kami yang sorang ni. bila dengar tu, tak tau nak komen ape. sedih bila dengar perubahan member kami ni. macam mane daripada member kamcing boleh jadi macam stranger. salah kami ke, atau salah dia? bila tak layan, rasa macam kesian tapi bila layan, rasa geram lak sebab dia suka buat benda yang orang tak berkenan. harap dia berubah, bukan untuk sesape tapi untuk kebaikan dia gak.

aku ni jarang nak komen kat youtube tapi bila dah start komen, membawa kepada pergaduhan plak. ish, bengong betul orang tu. tak taula orang negara mana, laki ke pompuan, selambe dek je mengata aku. aku taknak balas sebab malas la nak mencemarkan ruang comment tu. tapi yang tukang upload video tu pulak yang tolong jawab untuk aku. pastu dorang perang komen 2 orang. aku punyala geram baca komen daripada si pencetus perang ni sampai menggigil2 tangan aku. daripada taknak komen, terus komen berjela2. sekarang tengah berdebar2 gak tunggu kalau2 dia balas komen aku. mengarut la dia tu. apa masalah dia ntah.

berita terkini. malaysia dapat pingat emas....kalahkan vietnam 1-0 kot. yeay! suka aidil zafuan sama zaquan adha....sebab dorang orang negeri sembilan...tapi dorang ni suka kawen artis. takpola...muka hensem camtu memang senang cari awek. eh, ape aku merapik ni? haha! tu jela bebelan untuk ari ni. mekaseh...

No comments:

Post a Comment