Sunday, December 13, 2009

entry tak bertajuk

assalamualaikum...
seperti biasa, bila dah jadi penganggur ni, aku akan memisahkan diri daripada dunia luar. blog tak update, facebook malas nak bukak and friendster cam dah tak layan walaupun dorang dah tukar logo baru.

skang ni aku dah mati kutu kat umah sebab TV pulak rosak. waagh! ni la masalahnya kalau ada tangan alien dok usik tv tu. aku ngaku memang aku yang rosakkan tapi still boleh tengok. lepas tu tangan 2 ekor alien dah rosakkan lagi sampai tv tu kena pakai alatan sokongan tapi nasib baik masih boleh tengok walaupun dah nazak. tak sampai 12 jam aku takde kat umah, tangan sekor lagi alien dah komakan tv tu! jadi petang tadi daddy dah anta tv tu pegi hospital@ kedai baiki TV. tak tau bila boleh baik. harap hari isnin dia dah boleh keluar hospital. huhu. i miss you mr.tv! eh, sukati je aku bubuh jantina lelaki kat tv tu.

jadi skang ni aku tengok tv 14 inci akak beli yang dah jadi milik daddy. tv ni yang tak oknya ialah takleh pasang astro jadi terpaksala tengok channel tak berbayar kecuali tv9 sebab tak dapat nak cari frekuensi. huhu. sadis sungguh. bila takleh tengok astro, suasana rumah pun jadi lain. sume orang banyak memerap kat bilik je. tapi aku tetap gak setia duduk depan tv dan nasib baik tadi ade cerita Superman kat tv2. nasib baik hari ni takde cerita best kat KBSW. nasib baik dah tengok 1 night and 2 days semalam sebab for sure besok petang takleh tengok. tapi nak tengok sekali lagi!!!!

ok, tu jela nak bebel. nasib baik internet leh pakai. hari tu takleh pakai sekejap-sebab tak bayar bil. hehe. tapi takut gak kalau dia sekat internet sekali lagi sebab bil bulan lepas tak bayar lagi. bilnya tak sampai2. saja je orang celcom careline ni nak suruh aku call diorang banyak kali. haish!

4 comments:

  1. hai ain cumiL.....

    best ke 1 night 2 days tu...
    siries yeh??
    semoga gembira2 dirumah wlwpon tnpa tenet dan tv..hahha

    [snaya mmg sgt la bosan tnpa kedua2 itu kn?
    kene ada slh 1...!!]

    :)

    ReplyDelete
  2. hehe..muka i blushing dipanggil ain cumil...tenkiu3x

    ha'ah miss omot. best tau 1 night and 2 days tu. variety show. 6 orang artis lelaki pegi tempat2 best kat korea pastu dorang main mcm2 game. klaka giler. nanti tengok kat astro channel 303.

    nasib baik tenet still ade walopun lembap nyet nyot. huhu!

    ReplyDelete
  3. skrg ni tv kau KO lagi ke? isk..isk...

    kalo ko duk sebelah umah aku, meh la hari2 kte gi FAMILY STORE...hahahahaha =p

    ReplyDelete
  4. kama, best sgt ke family store tu? akak ipar aku pun dok promote family store kat depan umah dia.
    hehe...kalo pegi pun..cuci mata jela..duit takdok...huhuhu!

    ReplyDelete