Thursday, May 14, 2009

bila ada kerja, perut mudah lapar

pagi tu terdatang awal pulak...7.45 am dah punch in. lepas tu, pasang air cond dan yang impressivenya, baru 3 hari kerja, dah pandai bukak tv sendiri. siap pilih channel pulak tu...pegh, bangga sungguh! bukak astro ria dan time tu ada drama apa ntah tajuknya...something with pari2..diana danielle berlakon and hero dia ialah merah dalam 'merah putih'. tengah syok2 tengok sebab cerita tu macam best jugak...sekali kak maimon bahagian penguatkuasa datang...ingatkan nak bergosip, rupanya dia nak tengok MHI. anak buah laki dia keluar kat rancangan tu. cis, kacau sungguh! dia pun tukar channel 103, time tu tengah cerita pasal silambam. erk, anak buah akak ni join silambam ke? semua orang confuse and dok tanya kak maimon ni. penat akak maimon terangkan, anak buah dia belum keluar lagi. anak buah dia ni penyanyi kumpulan ghazalah...oh..begitu...
eh, kak maimon, blah gitu je, tukar balik channel saya...huhu...

disebabkan channel tak tukar, so, baca majalah la pulak...tetiba terlelap pulak dalam sesat dua gitu...alahai..bosannya...tetiba kak ros bagi keje..yeay! tolong filing. tengah buat filing, cik niza plak datang, ha, baru tau panggilan dia bukan AK la..IK..OK...IK tu pebende? tak kesahla ape benda pun..tapi dia bagi keje suruh kemaskini jadual aktiviti fogging tahun2 lepas. dia bagi pakai laptop bos. (bos=en asri) wah, suka ada laptop depan mata tapi kat sini takde wireless so tak dapek la bukak internet...huhu

cek fail fogging and tengok..eh, semua aktiviti fogging dah ada jadual, so nak buat apa ni? lepas tu cik niza kata tak payah buat la kalau macam tu. eh, mana boleh itu macam...boringla saya nanti. so, bagi cadangan nak buat jadual yang lagi ringkas...so, berjam jugakla duduk mengadap laptop tu sampai perut jadi lapar. pukul 1pm tepat terus pagi lunch kat medan selera. masa ni makan tak tengok kiri kanan dah. kalau ada orang nak ngurat pun mesti tak jadi...tengok sikit punya pelahap budak ni makan. order sirap limau and tengah makan tu, dengar orang meja belakang pun order sirap limau...eih..tiru!

lepas lunch and solat, sambung kerja...disebabkan sikit je aktiviti fogging kat daerah kuala pilah ni, maka kerja pun habis dengan cepat. lepas tu start la buat muka boring. pakcik harun datang tegur "ha, dah boring dah..bagi kojo lain pulak kek dio ni.." ala..acik harun pun takdo kojo gak..tu pasal acik harun datang sini kan..nak bughak(borak)..hehe...

keboringan berterusan sehingga pukul 5...tapi hari ni bawak bersabar sikit nak keluar..segan dgn orang dept blakang...jalan pun tunduk je...uiceh, gadis melayu terakhir la kunun!

1 comment:

  1. ko makan sorang2 je ain??
    hehehe...acik harun tu ke yang temankan ko berborak sampai ko terlambat blk???

    ReplyDelete