Tuesday, May 12, 2009

Kembali Atas Permintaan Ramai

i'm back everybody!!! wakaka...kembali atas permintaan err...desakan cik kama...
cik kama ni la sibuk nak tau blog saya..xkanla saya mau tunjuk 3 post itu..musti tambah...disebabkan skang saya tengah wat LI, so ade la bende baru (kot..) yang saya nak crite setiap hari.

ok, sebab mau post cepat, jadi tanpa melengahkan masa mari kita bercerita mengenai pengalaman LI selama.....2 hari..(ek, eleh..baru 2 ari dah kecoh..)

saya stat LI semalam (11 mei). perasaan? besa2 je..xdela rasa nervous ke semangat ke...besa2 je...malam sebelum tu, iron baju kurung (tiap2 arila ko pkai baju kurung ain...teringat zaman matrik)..pastu try nak tido awal and dapatla tido seawal 1am. pagi tu bangun awal (6.30 awal ke??)...lame sungguh dah xmerasa bangun awal n tido balik lepas subuh. masalah bangun awal n mandi awal kat rumah ni ialah...kesejukan...seriously sejuk. kalah antartika kot...so, bila sejuk2 camtu, suka nak berlengah2 masuk bilik mandi. bila dah berjaya masuk, lama gak masa yang diambil untuk termenung atau mengocak-ngocak dulu air sebelum mandi. tu yang slalu lambat tuh. pas siap2, breakfast n pastu ayah anta pegi Majlis Daerah Kuala Pilah.

memula suh ayah tunggu sebab cuak gak kot2 org MDKP ni lupa lak dia ada amek budak praktikal pastu tak terima kedatanganku. sampai je, terus masuk and tanya kat akak keje kaunter

ain: tumpang tanya, err,ari ni saya stat LI. dgn sape saya patut jumpe?
akak kaunter: oh, praktikal ye? jumpa CC kat blakang
ain: err..CC tu ape?
akak kaunter: (sengih) CC tu ketua...adik pegi je blakang, pastu cakap nak jumpa CC...
ain: er, time kasih ye...

dalam hati masih tertanya2 apakah CC dan bukan siapakah CC. akak kaunter tadi pun tak jawab soklan. rasanya dia pun tak tau CC tu stands for what. hehe...

masuk pintu blakang, pastu tanya kat pakcik yang tgh punchcard kat situ mane satu CC..pastu pakcik tu suh masuk satu bilik kat situ..kat situ ade sorang err..puan and sorang chinese girl. tunjuk la surat kat puan tu n puan tu suh duduk kat situ ngan chinese girl tadi pastu dia cakap tunggu CC kat sini. ceh, ingatkan dia CC. dipendekkan cite, chinese girl ni pun budak praktikal n dia pun dak UM gak fak ekonomi dan pentadbiran

dah tunggu kat situ lebih 5 min tapi CC nya tak datang lagi. dia dah masuk keje tapi ade hal kat luar. tapi tetibe kami ni dikejutkan oleh berita daripada puan tadi. dia bagi tau driver MDKP accident n meninggal.innalillahiwainnailaihirraji'un... sume staff kat situ cam terkedu jap n tak caya sbb sume kata baru jumaat lepas jumpa n borak pe sume..yela kan puan tu kan kata accident..dah tentula all of sudden je..tapi yela kan orang dah terperanjat...so, kecoh hampir beberapa min pasal berita tu kat situ..ramai la kuar masuk n bagitau berita2 terkini yang diorang tau. sambil2 tu adelah jugak yang tanya siapakah kami berdua ni..

setelah agak lama, maka CC ni pun sampai..nama CC ni encik Talib. CC tu mungkin nama jawatan dia..tapi still tak tau apa kebendenya CC tu. pastu CC ni bawak pegi tunjuk tempat. wah, dah tersiap sedia meja dan kerusi blakang kaunter...bila duduk situ dah rasa macam pegawai besar lak.

akak kaunter yang terdekat, namanya kak ros. boraklah sikit2 dgn dia. borak dgn orang yang baru kenal versi Nurul 'Ain ialah, orang tanya, baru cakap...hehe. pastu diperkenalkan dgn ketua bahagian, En. Asri dan timbalannya, Cik Aniza. sbnrnya duk bawah cik niza tapi cik niza cam buat tak layan je awal2 tu..so en asri suruh ikut dia pegi tapak majlis, tengok orang pasang khemah. erk?

hari ni MB nak datang, jadi MDKP bertanggungjawab sediakan kemudahan macam khemah, kerusi, meja. en asri ni selain ketua bahagian, dia ialah pegawai protokol. jadi diala yang tentukan kedudukan kerusi meja. masa kat sini tak tau pun nak tengok apa. tengok jela orang buat kerja lepas tu ketua kampung ajak minum kat kedai kopi. YB belanja. ceh, baru brape jam keje, sudah minum free...takpe..rezeki jangan tolak...

tadi tu kat selaru, lepas tu pegi ampang tinggi and pegi dewan kuala pilah. MB pegi 4 tempat. selamat en.asri takmau pegi talang..dah penat sebenarnya pastu tak tahan nak pegi toilet..adoi, jomla kita balik en.asri. tetiba en. asri ajak makan pulak. katanya dia gastrik, perut takleh lapa. en. asri..takpela en. asri makan la...saya tengok je..en asri suruh order air..err.. en.asri saya bukan malu, tapi bladder saya dah full.. dah tu takkan mau tambah isipadu lagi...tapi takla bagitau dia..cakapla dah kenyang...tadi tu hanya kata2 dalam hati.

pas balik ofis, duk melanguk kat meja takde keje pastu tengok channel 180 astro muzik aktif. selamatla ditempatkan kat dept perlesenan ni..adalah tv. buatnye keje kat dept lain..sure mati
kebosanan. kak ros ajak duduk kat kaunter sebelah dia sebab akak kaunter tu cuti. dia suruhla bukak komputer, guna internet..wah, ain pun apa lagi terus grab the chance la..tapi sebab tu komputer ofis kan, kat kaunter plak tu, so taklehla nak guna beria...sket2 jela..tapi tula masalah duduk kaunter ni, orang datang, terus pegi kat i..ewah..sebenarnya nampak sangat muka takde keje...lepas tu cepat2 suruh orang tu pegi kat kaunter sebelah yang sah2 ada orang tengah berurusan. mesti orang tu ingat, cis tak guna sungguh budak keje kaunter ni. buleh plak dia main solitaire kat situ...ehek..kantoi! terasa cam memburukkkan nama MDKP je..

boringnya..bila mau pukul 5? eh, tetiba cik niza ajak nak pegi cek kedai petang karang. ni berkaitan dengan permohonan lesen..yeay! ok! so, petang tu pegila keluar dengan kereta dia. ingatkan kedai apa..rupanya rumah...depan rumah tu ada tempat penyimpanan gas. tempat penyimpanan gas tula yang kene ada lesen. so, MDKP datang untuk cek adakah patut tempat ni dapat lesen.

balik ofis semula dan melanguk lagi sehingga hampir pukul 5. pastu tetiba fey, the chinese girl panggil. puan yang tak diketahui namanya lagi mau jumpa. nak bagi punch card. wah, seronoknya ada punch card. rasa cam keje betul...ala, pastu baru rasa leceh, tak bolehla datang lambat or balik awal..kecewa....

lepas punch, jalan pegi bus stand. waktu tu hujan rintik2..migrain pun datang...cis! naik bas, tertidur sebab dah pening sangat. selamat tak terlajak. turun je bas, hujan dah agak lebat. payung tak bawak pulak...ingat nak telefon ayah mintak tolong jemput, tapi bateri handset pulak kong and tak buleh on langsung. great! redah jela ujan ni. nak lari, tapi tak buleh sebab migrain. takut jadi lagi teruk. jalan jela laju2. sampai kat sawah, hujan turun selebat-lebatnya...ok...hanya buleh kata betapa hebatnya hari ni...

eh, lupa mau crite pasal full bladder. sbnrnya balik ofis, tak terus pegi toilet sebab tak tau lokasi toilet. nak tanya agak segan. tadi cik niza ada cakap kat kak ros nak pegi toilet pastu dia keluar. ok, toilet kat luar. so, sebelum tanya, apa kata cari sendiri dulu..pusing satu bangunan MDKP. slamat bangunan kecik. ceh, rupanya dekat sangat dengan pintu masuk. aku pegi pusing 360 darjah..muakaka!

1 comment:

  1. hahaha...cian ko kene cari toilet sampai nak pusing satu bangunan =p

    ReplyDelete