Sunday, May 17, 2009

kejuaraan AF7 milik hafiz!

wallamak..tajuk dah macam tajuk berita sukan...yeay, suka hafiz jadi juara. biarpun tak undi dan mengharapkan orang lain yang undi. hehe...memang bakat hafiz ni tak boleh dipertikaikan lagi. sejak dari minggu pertama dah jatuh chenta dengan dia. kalau tengok persembahan dia dari minggu pertama, dia sangat konsisten...tak pernah ada persembahan yang teruk. suara hafiz memang terbukti boleh nyanyi semua genre muzik. muka pun comel sangat. muka suci + jujur. bukan muka poyo and bajet hensem. so, kira hafiz ni ada pakej lengkap as artist. cuma yang paling penting kena pandai tonjolkan diri. kebanyakan yang ada place dalam AF tenggelam berbanding pelajar yang terkeluar awal dan ambik inisiatif sendiri untuk naik. so, apa yang penting...kerjasama..eh, bukan2! yang penting hafiz kene usaha gigih supaya hafiz boleh bawak nama hafiz sendiri dan tak perlu nak carry nama AF7. harap hafiz akan dapat lagu yang best2 lepas ni dan mampu bersaing untuk menaikkan industri muzik malaysia. sekian berita hiburan dari saya, penyampai anda, nia bintang hati. kembali untuk berita seterusnya bersama nurul 'ain.

terima kasih nia bintang hati. berita seterusnya....
hua2 tadi masa konsert AF, keluar muka Adz. apa lagi terus terbangun dan terperanjat...tapi mungkin pelanduk 2 serupa kot..tapi lepas tu, keluar lagi muka dia and nampak muka sham dan boolat. owh betulla adz..siap bawak awek lagi...huhu. sobri bagi tiket free kot..ha, cite pasal sobri, eh, obri. tadi dia nyanyi lagu 'akan tiba' tapi kat TV tulis 'abang beca'. aku suka lagu 'akan tiba' tapi aku rasa ko lagi best bawak lagu 'abang beca' la sob...pastu nak puji tarian menuju puncak ko. memang sharp. tapi susah sket nak tengok ko sebab dah sah2 kamera focus kat final 5. (pesal aku crite macam si sobri tu baca je...)

cerita pasal adz, tiba2 rindu pulak kat dia. dah anggap dia ni macam abang sendiri..sedih..lepas ni tak dapat jumpa dah. menari dengan adz adalah one of the best moment in UM dan insyaallah akan ingat sampai bila2. adz, kalau ada peluang lagi, aku nak nari dengan kau jugak. tak mau orang lain biarpun dengan sobri yang masuk AF tu.... hehe...(ni pesal pulak berdialog dengan adz ni..?)

ok, kali ni nak bermonolog dengan diri sendiri pulak. ain..tolongla jangan simpan dendam. walaupun orang tu mempunyai tahap kehampehan yang amat tinggi.. tak payahla nak berdendam dengan dia. anggap jela perangai dia memang macam tu dan umur dia tu dah tak membolehkan dia ubah perangai dia. cuba lupakan segala perangai dia yang menyakitkan hati tu. kalau dia masih taknak berbaik...biarkan jela..sebab dia yang rugi. hilang sorang adik yang best!

2 comments:

  1. nia bintang hati??? wekkk!!! <--muntah hijau kau!!

    hurm...sobri bg tiket free? asal die xbg kt ko?? tp xpe gak ar, nnt xleh call ko lak kat sane, line sane sure bz...

    peh, adz tu hensem ke? hehehe *gelak gatal* =p

    perenggan yg last tu, ko nape ain????
    are you ok??

    ReplyDelete
  2. hua2 kama jeles ain ada name chantek!

    hua2. mmgla aku ni kawan dia tapi bukan close. kalau buat hierarki, aku ni antara paling bawah la...

    adz ni takla hensem sgt, tp sweet and dia ni baek. ramai suka dia. bangga la dpt jadi kapel joget org popular..muakaka!

    i'm ok..yg problemnya 'org tu'!

    ReplyDelete