Friday, May 15, 2009

clumsy day

hari ni cik niza nak bawak pegi taklimat kat seremban. semangat sampai terbawak2 ke pemilihan baju. atas sampai bawah...merah menyala! sori takde bantuan visual...pagi tu datang and duduk jela sementara menunggu cik niza. tiba2 cik niza panggil dengan cemas sambil berlari, "jom cepat, van dah tunggu..orang lain yang pergi ada exam pagi ni!" pelik gak selalu cik niza ni cool je..apsal tiba2 hari ni dia nak cepat sangat..padanla..kak midah yang suruh cepat. gaya kak midah ni ala2 pengurus pentas yang beria suruh artis cepat2 naik pentas "copek2, lopeh ni ekau naik ponteh(cepat2, lepas ni awak naik pentas)!" macam tu la lebih kurang kununnye situasi tu...

dalam perjalanan, geng 3 orang kat kat blakang van ni cerita pasal accident hari isnin tu. just dengar jela..syok dengar orang bercerita ni...hoho!sampai seremban, hantar orang pergi exam dulu. exam ape tak taula, tapi exam orang kerajaan la..malas lak nak tanya apa nama exam ni and untuk apa. sebabkan lambat lagi taklimat tu, cik niza ajak driver pegi minum dulu...tengah minum..cek emel kat hp pastu tetibe terkesima sebab dapat emel dari facebook
NIZARIMI ABDUL WAHAB add you as a friend
erk, abang aku ada fb? alamak..takkan taknak accept..tapi lepas ni kandungan fb terpaksa ditapis.. parahla kalau dia tau segala aktiviti aku...

lepas minum, err..cik niza belanja..hehe..pergila ke bangunan DUN. time tu bladder dah full..tak saba nak pegi toilet. so, dah jumpa je bilik mesyuarat, terus keluar balik.
semangat dah ni nak ambik notes pasal taklimat ni, sekali baru perasan, notebook lupa nak bawak..adoi..kat sini la start my clumsy day...

taklimat ni kena isi kedatangan, alamak, rasa cam kat u pulak...nak ambik pen kat beg, macam2 yang tercampak keluar. nak ambik pen yang jatuh tu, dagu terhantuk kat meja..adoi!
semua dah datang, taklimat pun start..rasanya jadi orang yang paling semangat dengar taklimat..siap bagi expression muka menunjukkan dengar dengan tekun. yela kan..tak ambik notes, so, kenela dengar betul2 supaya boleh tulis kemudian...huhu..

lepas taklimat, ada sesi Q&A. masa ni rasa lawak..company yang bagi taklimat ni nama CYPARK (sebutan sai-park)...wakil majlis daerah pertama tanya soalan sebut sai-pek. huahua! ain, tak baik gelak orang..mane ade..senyum je..hehe..ingatkan dah tak boleh diubahsuai dah perkataan tu, sekali orang kedua yang tanya soalan sebut si-park! kah2..ketawa dalam hati..nyum! eh?oh, masa ni makan kuih dengan air yang tersedia atas meja...rugi tak makan..free ni..

lepas taklimat, ada lunch. wah, sedap ni..free.hehe... ambik semua lauk..tak tinggal. cik niza ambik nasi sikit dengan lauk ayam semata pastu tak habeh pulak tu..ish, segan saya cik niza tunggu habis makan..lepas tu kami pegi tingkat 3, cik niza ada urusan dan lepas tu turun bawah, van dah tunggu. punya semangat nak naik van sebab ingat pakcik driver dah lama tunggu, buk! kepala terhantuk masa nak naik. Ya Allah..sakitnya!!! semua tanya ok tak..nasib baik nak balik tu ada 3 orang je..yang lain pegi shopping. kalau tak, tambah malu! sebabkan sakit sangat, tido je time balik tu. eh, tak..ngantuk sebenarnya...

balik tu memang takde buat kerja apa pun. main game, message ngan kama, tengok TV pastu ada tulis sikit pasal taklimat tadi. tengah baca majalah, ada sorang laki ni masuk panggil liza 2,3 kali. sebabkan namaku ain, buat dek jela. bila angkat muka, laki ni pandang aku and panggil liza, pastu dia kata "eh!". ingat dah sedar la salah, tapi dia panggil jugak liza pastu dia kata lagi " eh, bukan liza!". kak liza ni kerja kat atas. so, kak ros call atas. orang atas kata kak liza dah turun pun..laki ni pun keluar. kat pintu, nampakla kak liza. oh, baru tau kenapa laki ni beria panggil aku liza. rupanya kak liza pun pakai merah dari atas ke bawah. eih, tiru!

dekat nak pukul 5pm, abang pengawas sekolah datang...caya je..pengawas je..apa ntah nama dia, tapi jawatan dia nama pengawas. dia memang akan datang menyibuk kat kaunter lesen time2 macam ni. tapi hari ni mulut dia rajin pulak nak borak dengan pegawai besar ni. musti jeles pegawai besar dok melepak dari tadi. best jugak borak dengan abang pengawas ni. dia banyak bagi tips pasal dunia kerja, cerita pengalaman,bagi nasihat, siap suka2 hati nak suruh aku gantikan tempat cik niza. oit, ada ke patut...ala..tau,dia gurau je.

borak punya borak, dah pukul 5 lebih...ayah nak jemput hari ni, so pegawai besar pun bangun and kata dengan suara yang perlahan "nak balikla, jomla balik..." hehe..cabut!

2 comments:

  1. ouh, kau bab balik memang punctual btol!
    pekerja mithali ni! =p

    hurm...meeting macam dalam kat tv tu eh?
    hurm...macam besh tapi tak besh sebab meeting tu la ckp bbende2 serius...tapi ko lak leh makan...hahahaha

    hohoho ain, next week jangan jadi clumsy lagi!

    ReplyDelete
  2. bukan meeting..taklimat je...dgr org daripada cyberpark(pengerusi tersasul)cakap. yg lain2 dgr. ada soklan tnya time Q&A

    ReplyDelete