Friday, May 15, 2009

seminggu sudah!

mungkin bukan seminggu la..5 hari. tapi bagi orang kerja kerajaan ni, kira seminggu la tu...
pagi ni datang kerja and macam biasa jadi orang 1st. so, hari ni nak tunjuk rajin sikit dengan bukak semua suis air cond, lampu dan tv. selalu kak su buat. takpe hari ni PB buat. (PB=pegawai besar).

dah nak hampir terlelap pagi tu, cik niza datang mintak tolong tuliskan nama dan alamat kat sampul surat and masukkan sijil. ok! nampak macam banyak, so buat rilek2 jela..taknak habis cepat. lagipun alamat tu susah nak dibaca. tulisannya mengalahkan doktor. dahla nama kampung kat kuala pilah ni pelik2..mana tau semua nama kampung. nasib baik acik harun ada kat situ..so, tak paham je, tanya dia. dia pun macam jadi pembantu setia. ada je kat tepi tu. kesian pulak nak suruh dia tunggu lama2 tapi taknakla dia pergi. jadi tak pasal2 speed kerja jadi laju pulak..baru tadi niat nak buat slow2. tapi bila acik harun ni tengok dah takde soalan, dia pun blah...ok, buleh kasi turun gear...
cis, ingatkan banyak, sekali tengok...la..dah tinggal beberapa keping je sijil. kasi slow lagi speed...tapi akhirnya habis jugak sebelum lunch time. aghh, kecewa~!! sebab hari ni jumaat, lunch break dari pukul 12.30 sampai 2.45. lama gak tu, tapi malas nak balik rumah sebab nanti kena rush datang balik.

so, untuk membuang masa, pergi makan kat kfc yang orang tak kesah nak duduk lama mane pun. lepas makan, nak hantar kain untuk jahit tepi. pergila kat kedai yang biasa tu, tapi nyonya tukang jahit takde. terpaksa cari kedai lain. rayau punya rayau, jumpa 1 kedai baju yang ada terima tempahan jahit sekali. tunggu je kat kedai tu sebab panas, malas nak keluar. tapi tiba2 rasa nak tido je kat tepi mesin jahit sebab ngantuk and punyela lama budak ni jahit. jahit tepi je..aku bukan suruh cantumkan kain tu...nape lambat sangat? nak masuk keje dah ni. pastu abang budak tukang jahit ni datang and tetiba berborak pulak dengan abang ni. kebetulan dia ni kenal jiran sebelah and dia pun baik dengan cikgu yang ajar aku jahit dulu...alahai..keciknya kuala pilah...

dah siap tu, balik office pastu pegi solat. hari ni ramai pulak kat surau. masuk je surau, semua diam. erk, takut dengan PB ke? pastu akak2 kat situ rajin betul nak buat sesi soal jawab..nasib baik mood untuk jawab soalan on je sepanjang minggu ni..so, layanla jela...

ada lagi 2 jam sebelum pukul 5. masa dihabiskan dengan tengok TV..ulangan AF. tiba2 ada sorang pakcik datang. dia ni nak uruskan hal untuk jiran dia. tapi pakcik ni klakar la pulak...dia macam taknak keluar dari office tu. selesai urusan, dia bercerita pasal dia kesian kat wan(nenek) tu...takde sape nak uruskan hal ni..anak wan ni keje askarla pe sume dan boleh pulak dah bukak pintu nak keluar, masuk balik, sambung cerita kata dia ni duduk depan rumah wan tu .. pastu dah tolak pintu, masuk balik kata wan tu duduk belakang rumah dia..haha! PB dah gelak sorang2 kat belakang ni. kak su pandang pun senyum. pakcik tu semangat nak bercerita sebab kak ros ni melayan. kak su ni dah cuit2 kak ros. bila semua orang dah tak bagi respons kat pakcik tu, barula dia keluar bebetol. lepas tu, kitorang semua bantai gelak la...

tepat pukul 5, kemas2 tempat...tutup air cond. 5 lebih je, chow! besok cuti..buleh bangun lambat...

p/s: tiap2 hari ramai betul yang tanya aku boring ke? agaknya muka keboringan tu terserlah ek..abesla aku next week, semua orang dah kata nak bagi keje...

2 comments:

  1. ahahhaha...matilah ko ain!!!
    next week ko busy!!!!
    muahahahahahahah <-- gelak iblis

    ko mmg kuar gi kfc tu sume sorang2 je?
    selamat pilah, kalo kl mmg bahaya gaks..
    arap2 ko ader geng ble nak kuar lagi...riso je...huhu =s

    ReplyDelete
  2. ehek! tolongla jgn riso kama...aku pegi pilah sengsorang tu pn dah besa dah..xmola kuar ngan orang..leceh! dekat je ngan ofis tmpat mkn tu dah tu tgh hari buta lak tu!

    ReplyDelete