Tuesday, May 12, 2009

hari kedua melanguk

hari kedua...ayah anta lagi sebab tak tau bas datang pukul berapa. sebab takut lambat, so ayah antakan..ala..dekat je kot..lagipun ayah tak buat apa kat rumah..bukan pegi noreh cam dulu..
bangga btol dapat punch card. pastu pergi ke meja. wah orang 1st dept yang datang. akak cleaner tengah sapu sampah. lepas on air cond, baca majalah mingguan wanita. wah sejak bila baca ini majalah? yela..rasa macam tak sesuai lak nak baca majalah remaja kat ofis. segan gak sebenarnya baca majalah, tapi nak buat apa kan? daripada duduk tegak tak buat apa, baik buat sesuatu.

pagi tu cik niza ataupun orang kat sini panggil dia AK. ape kebendenya plak AK tu? ntahla..susah sangat nak figure out short form kat MDKP ni. ok, cik niza ajak pegi cek tempat buat roti. sebelum tu, dia bawak pegi tengok landill kat senaling. tak buleh nak keluar dan tengok dekat2 so, tengok dari dalam keta je..pastu, pegi cek tempat buat roti. tempat buat roti ni ni nak perbaharui lesen so kenela cek dan isi borang markah. cik niza suruh isi tapi saya tak tau mau isi camne. dahla tak tengok bebetol tempat ni sebab sibuk tulis nama orang ni..karang tak pasal2 markahnye tak melayakkan tempat ni perbaharui lesen. naya je!

lepas tu, cik niza ajak pegi minum. sambil tu borak2 dengan dia. ingat lagi borak dengan orang baru kenal versi Nurul 'Ain? ok, cik niza bayar..ala, besala tu kan...dia kan bos, aku ni elaun pun tak dapat.

balik ofis, kembali melanguk. kadang2 baca majalah..dah penat, tengok tv..lepas kuar lunch nasi ayam dengan air laici (pastu orang meja seblah pun order laici...adakah nampak sedap sgt air tu?)...balik ofis. pastu kak ros dengan kak zakiah macam kecoh2 sebut pasal kek la, pinggan la, meja aku pun disebut sekali...apakah? oh, hari ni birthday en.asri. diorang nak celebrate buat makan2. tempat nak letak makanan tu kat meja aku. kak ros siap mintak kebenaran nak pakai meja tu...saya rasa segan...tolongla bukak keropok, susun air mineral..sebab tak bayar kan, tapi mau makan, kenala tunjuk rajin. haha! wah, sedap gak kek ni. merasa la sepotong and ada staff tak dapat. tak rasa bersalah sebab sapa suruh tak datang awal? huhu..mana la aku nak tau sapa ada, sapa takde. wah, cik ain makan beria ni. langsung tak segan silu. tapi buah ada banyak lebih. semua yang lalu kat meja tu tanya kenapa tak habiskan? err, kenyang..sebenarnya saya rasa dah terlebih serat dalam usus..(adakah terlalu saintifik?). owh, korang letak kat meja aku, pastu suruh aku habiskan...adakah patut? patut.. jika saya saya tak kenyang..hehe

petang ni memang boring betul sebab tak keluar. so, duduk jela kat meja. nasib baik duduk dekat dengan kaunter. so bulehla tengok pelanggan buat urusan. tengok ragam pelanggan. ada tu, nak bukak gerai kat pasar malam so, nak mintak lesen tapi main redah je. nak berniaga kat pasar malam mana tak tau, tapak tak cari lagi tapi nak sibuk2 mintak lesen. pening akak keje kaunter layan. pegawai besar yang duduk kat meja belakang sambil baca mingguan wanita pun pening.

duduk dekat dengan kaunter ni ni bukan setakat didatangi pelanggan, malah turut didatangi staff lain yang free, takdok keje. suka betul nak datang borak kat sini..sebagai budak baru, dengar jela..takkan mau menyampuk lak.cuma gelak sikit2..kang nampak cam blur plak..adoi cepatla pukul 5!

yeay, jam di tangan dah menunjukkan pukul 5. oh, jam ni cepat 5 min. ok..5.05..mari punch card! eh, baru pukul 1656 kat jam punch machine..segannya dengan orang dept belakang ni..ok, takpe2 tunggu 4 min je lagi...duduk balik kat meja pegawai besar...oh, dah kot ni..marila punch.wah, 1701...lewat 1min...ain, ni nak punch out la..! takkan ade orang guna istilah lewat punch out. nampak sangat tak sabar sangat mau balik. haha!

p/s: sejak tau toilet kat mane, kerap betul pegi toilet hari ni...

1 comment:

  1. keje ko:

    -bace majalah
    -tengok tv
    -pegi site
    -tak saba nak punch card and blk umah...

    wahahaha...arap2 ade improvement utk arini...iaitu hari ketiga LI ko!!!

    go ain go!!!

    =)

    ReplyDelete