Saturday, August 1, 2009

Shopping Cara Nurul 'Ain

hua3x...lebih kurang macam tips bershopping daripada aku la..tapi rasa cam tak layak je nak bagi tips sebab bukan selalu pun shopping. atas kekangan kewangan..ececeh...tapi nak cerita la..menghabiskan duit merupakan kepakaran nurul 'ain..ade je mende nak beli. tapi semua tu keperluan tau. bukan menonong je pegi memane kedai pastu amek je mane berkenan...jadi sebelum bershopping, nilah perkara yang kak 'ain buat..wah tetiba jadi kak 'ain ni!

1. buat list
memang kita akan ingat barang yang kita nak beli tu kalau setakat 1,2 barang. tapi tulis gak sebab nanti kalau dah sampai kedai, 1,2 barang dalam otak kita tu akan jadi 11 ke 12 barang. huhu...

2. stick to the list
takde gunanya buat list kalo tak ikut kan..?jadi sentiasa merujuk pada list anda

3. tawaf kedai terlebih dahulu
ini dilakukan kalau anda ingin membeli barang seperti baju, kasut, beg atau senang cerita barang yang mempunyai banyaaaaak pilihan. di sini kak 'ain akan beri contoh baju. sebab baru beli baju semalam kat KM Plaza (sesape yang tak tau KM Plaza kat Seremban. dalamnya ada banyak kedai2 kecik yang jual baju dah siap dan tudung.wah promote ni!)

masuk saja, tengok dahulu baju yang bergantungan di luar semua kedai. setiap kedai akan meletakkan baju dari fesyen dan corak yang paling terbaru. ini membantu anda mengetahui what's hot sekarang. ini penting bagi orang seperti kak 'ain yang lambat update ni. jangan masuk mana2 kedai sebelum anda habis tawaf.

4. masuk ke setiap kedai
lepas habis tawaf sekali (jangan lebih2..nanti orang pelik )masuk ke setiap kedai...tengok setiap pilihan yang ada. lagi bagus kalau dalam kepala dah ada tema-contohnya ceria dan bergaya. cari baju yang menepati ciri2 tersebut di setiap kedai.

5. kecilkan skop
dalam banyak2 kedai tu, mesti ada 1 atau 2 kedai yang jual baju yang anda dah minat kan?jadi tumpukan pada kedai tu je sekarang. selak 1,1- pilihan yang ada. kalau dah ada yang berkenan, boleh try kat fitting room. bawak sebanyak mana yang anda berkenan tu kat fitting room. sebab ni kat kedai biasa, bukan shopping complex, so takde had nak try berapa...lagi bagus kalau bawak saiz yang berlainan. mana tau dulu pakai M, skang dah pakai L pulak...try banyak2 ni bukan apa...senang...takyahlah nak leceh2 bukak baju 2,3 kali. kalau yang pakai tudung tu lagi leceh. keluar fitting room, mesti tudung senget benget. cis!

6. tanya harga
kadang2 kedai camni takde tag harga. kalau anda mempunyai budget yang banyak, tanyalah lepas try baju tersebut. tapi kalau tak, tanya sebelum try. karang buat penat je try pastu kecewa tak dapat beli pastu pegi atm withdraw duit pastu budget lari... tak ke haru???

7. tawar menawar
tip ni memang takleh guna kat shopping complex/mall. buat kene gelak je ngan salesgirl kang. kak 'ain pun sebenarnya masih belum expert bab tawar menawar ni tapi bolehla sikit2. selalunya pekedai akan letak harga yang paling tinggi lepas tu konon macam kasi kurang. jangan terpedaya. anda masih boleh kurangkan lagi. contoh:

kak 'ain: baju ni berapa kak?
kak pekedai: 80, tapi akak boleh bagi 70
kak 'ain: ala..kurangla lagi kak...60 ringgit boleh? (gunakan suara yang mendayu2..kalau boleh, mintak kurang lagi rm20, tapi kalau segan rm10 dah cukup )
kak pekedai: 60 tak bolehla...akak boleh kasi 65...

selalunya 'kak ain akan berenti takat ni tapi pada anda yang memang rajin nak tawar menawar , boleh pujuk lagi sampai harga yang anda dan pekedai puas hati. dan selalunya dua2 pihak tak puas hati-yang pembeli nak lagi murah, yang pekedai risau tak pulang modal tapi daripada tak dapat apa, nak taknak terima jugak...

jadi begitulah serba sikit cara kak 'ain bershopping. shopping is a therapy tapi kalau gila sangat shopping, nanti jadi shopaholic..pastu kene pegi therapy gak...hua3x!

kesimpulan: dah tengok movie 'confession of a shopaholic'?

1 comment:

  1. agak2 ko tawar menawar kat kedai momo tuh, sure satu keturunan ko kene band, kan ain kan?? wahhahaha

    iyolah kak ain oi, adik kama ni akan cube berjimat cermat...aku rase duit aku byk abeh kt makanan dan tgk wayang je..shopping mopping tu lom lagik capai taraf tuh...aku kan kecik lagik...hik hik hik xD

    ReplyDelete