Monday, August 17, 2009

ANDA KINI BERGELAR ALUMNI UNIVERSITI MALAYA!

yeay2x! takde perasaan...hehe..bermasalah betulla aku ni. langsung takde perasaan masa nak ambik ijazah ari tu. knape ek? aku boleh bagi 10 sebab tapi takkan tulis kat sini sebab...erm..biarlah rahsia...

ok, perihal kisah mengambik ijazah di UM. ok, sebelum tu nak mintak maaf kerana tiada gambar. photographer saya belum bagi lagi. wah, photographer kunun. abang aku sama anak buah aku ler yang dok jinjing camera pastu ambik gambar yang tak difahami.

pemergian kami ke UM tu dengan menaiki kereta daddy. kami pergi enam orang. abang, daddy, akak, anak buah aku, nazmi@along and aina. so, agak berjempit2 la di dalam kereta itu...maka aku rasa aku akan menjadi penyek setelah sampai di sana. kami sampai dalam 11.30 pastu jalan2 jap kat FESKUM pastu cari tempat lepak sebab tak larat nak jalan dan sangat panas. make-up tadi dah tak guna sebab dah cair. cis!

abang ngan along menghilang waktu kami melepak. pegi ambik gamba ntah sesape. HELLO! bukankah i'm your model for today???tapi takpela...aku pun takde mood nak mengambek gamba sebab panas, maka muka menjadi herot berot. harap abang tak delete gamba herot tu sebab maybe boleh dijual di harrods...(?)

lepas lunch nasi kerabu yang abang aku dok komplen tak sedap (still complaining lepas 6jam even nasi tu dah digested kut...), aku bersiap-siap pakai jubah...sebabkan tak jumpa walau seorang member pun pada ketika itu, maka akak aku yang tolong pakaikan atau lebih tepat pinkan...kalah costume tarian jubah ni. jenuh nak pin. dekat 1.30pm, pergi tempat berkumpul, kat bangunan peperiksaan. aku tak taula sama ada kawan2 aku ni dah buat plastic surgery ke sebab tak nampak langsung even dah berkumpul beramai2 camtu. lepas tu, barulah nampak muka sorang demi sorang. so, tetiba aku terus jadi ain gedik...haha! multicharacter sungguh aku ni..tapi still tak jumpa semua skali lagi2 budak laki sebab maybe nama dorang jauh kot. nasib baik kawan aku ramai nor dan nur...so kitorang duduk dekat2 (beratur ikut alphabetical order).
lepas diberi briefing, kami pun jalan...rasa macam ulat gonggok sebab jalan berbelok2. sebelum masuk DTC (Dewan Tunku Canselor atau bebudak UM akan panggil Dewan Tak Cat), kami kene tadah tangan..bukan untuk diberi 20sen atau kene rotan, tapi sanitizer. maklumla..disebabkan kes H1N1 ni...

tetiba perasaan berubah bila masuk dalam dewan. tetiba rasa cuak dan excited lak nak naik pentas. maybe sebab nampak screen besar dan pentas DTC kelihatan terang benderang ditambah dengan karpet kuning diraja. wah! mata dok tengok kat screen besar sebab mana tau gamba daddy sama akak aku kluar ke. tapi sudahnya gamba tempat aku yang kluar. lame plak tu. memula tu control la..tapi lepas tu tak kuasa dah..selambe je aku borak2, menguap pun ada. sejuk woo..ngantuk!

so, upacara pun bermula..makin lama aku ni makin cuak...memang lancar la perjalanan majlis. start pukul 3, habis pukul 5 walaupun dikatakan pada awalnya akan mengambil masa 3 jam. kami dibahagikan kepada 3 group. A, B, C dan D. selang setiap group yang ambik ijazah, kami rehat kejap. sebenarnya nak bagi VC rehat. lenguh tangan dia hulur scroll tu. time rehat tu, pegi pasang lagu sayu. habis group A, pasang lagu 'ayah dan ibu', Sudirman. lepas B, lagu 'bonda', M. Nasir. tapi lepas group aku iaitu C, pasang lagu 'keranamu malaysia' so, kami yang dah dapat scroll ni wave kitorang punya scroll and nyanyi ramai2. enjoy gile waktu ni. family dalam dewan pun enjoy malah V.I.P atas pentas pun senyum. group D je bengang sebab diorang tak dapat scroll lagi and mesti gile cuak nak naik pentas.

tengah2 majlis tu, kami dengar bunyi hujan. semua macam kecewa sebab macam mane nak bergambar nanti. tapi bila kami keluar tu, hujan dah reda tapi depan DTC dibanjiri lautan manusia. punyala ramai. nasib baik kawan2 aku tak datang macam kama ngan liyana sebab for sure tak jumpa punya. aku pun dekat nak 15minit cari family sendiri. bergamba pun dengan kawan2 yang mana sempat jumpa je. nak kumpul semua sekali memang tak dapat la. gambar pun mesti ada banyak noise sebab memang takde tempat yang kosong untuk bergambar. yang penting static, smile and orang tak lalu depan kita. so, disebabkan dah panas...yela...dengan jubah tebal, pastu baru lepas hujan, wap panas naik..maka aku give up untuk cari member2. dah pukul 6pm pun time tu, so..balik jela...

terima kasih banyak kepada family yang bagi bunga..dan special thanx to nor sebab bagi bunga dengan teddy bear yang sesangat chomey! rasa bersalah sebab tak bagi apa2 pun kat member2 lain...apapun..congrats kepada member2 yang grad (ramai...),kepada senior aku yang grad sesama...adz, abang syam, KA, abang minas, zakiah hanum...alangkah bestnya kalau kita ambik ijazah sesi pagi so i will find you guys and kita akan bergamba tak hengat donia!!!


ini bunga yang abang tak berniat nak beli...suka sesangat sebab dapat bunga idup walaupun akak suruh beli bunga plastik je
chomey kan garfield ni??cam tau je aku suka garfield tapi alangkah sedihnya sebab garfield ni tercicir kat umah akak. nasib baik malam tu dah peluk2 and cium2..bak kata akak aku, takde rezeki la nak miliki garfield tu...huhu


dengan kuasa yang diberikan kepada saya, maka saya akan menamatkan entry saya di sini
"clap, clap, clap!!!"

1 comment:

  1. aku rase aku ade bg komen kt sini tau!
    aku majuk sbb komen tu da ilang ='(

    aku majuk kt blogger.com, bukan kt niabintanghati..sekian mekaceh :D

    ReplyDelete