Wednesday, August 5, 2009

Kisah semalam di Kuala Lumpur...

al-kisah hari selasa lepas, aku telah pergi ke UM untuk mengambil jubah..bukan jubah arab ye..jubah konvo..memang takde perasaan langsung nak mengambek benda alah tu, so akibatnya terlambat bangun...terima kaseh...

7.30-ayah sungguh bermurah hati hantar ke bus stop yang tak sampai 1km dari rumah...hmmm...disebabkan ayah kene pegi hospital pagi tu, jadi tak dapat nak menjimatkan rm3 duit tambang ke semban...dan juga tidak dapat menjimatkan masa..sungguh lama tunggu bas..pastu ada sorang wan (panggilan utk grandma di ns) tanya

"nak pegi keje ke?" soalan sensitif buat Nurul 'Ain ketika ini

"takla..nak pegi..."sambil tangan kiri merewang2..apa kes?

"pegi semban..."erk, nurul ain tipu! ala..lecehla nak cakap pegi kl (nanti mesti dia tanya nak buat apa dsb)...tapi betul apa..kene pegi semban before pegi kl...

8.30- sampai ke ktm...nape ntah teringin nak naik tren..dah lama dah kot tak naik tren jadi cam rindu lak...before tu pegi toilet dulu and beli majalah utopia

9.00 - tren sampai..orang tak ramai sangat jadi boleh sesuka hati nak duduk mana lalu memilih sit paling tepi agar senang bersandar jika mahu tidur. tapi tak tidur pun...dok tengok orang tidur, lalu...merasakan 'kalau macam ni la aku tidur..aduh,segannya...'
ada time2 dalam tren tu rasa nak menjerit je sebab bengang tren berenti lama sangat kat middle of nowhere. rasa cam forever dalam tren tu. nasib baik duduk tapi kesian gak tengok orang berdiri pas tu pakai high heels..'ish..mesti penat...' kata nurul 'ain di dalam hati..ye..dalam hati saja...

10.45 - tiba di mid valley (bayangkan betapa lama duk dalam tren!). masuk mid pastu rasa cam nak melompat2 sebab gila lama tak pegi mid...hati berbunga2 tapi tak berani nak bernafas menghidu bau mid sebab takut H1N1. keluar je rumah takut nak bernafas (bajet boleh je tahan nafas!)...
withdraw duit pastu amek cab pegi um. boleh pulak apek cab ni singgah petrol station nak pegi buang air...'ye2..silakan buang apa yang patut'

12.00 - tiba di bangunan peperiksaan, tempat ambek jubah, ramai ada kat situ dengan beg reusable biru. ok, ramai dah ambek..tapi tak nampak langsung muka yang dikenali kecuali abang aminas solihin..berjodoh betul dengan abang minas ni.
bagus btol UM ni..sediakan arrow untuk kita follow. so senangla nak cari tempat nak berurusan mengikut prosedur yang betul. tetiba rasa cam treasure hunting lak sebab dahla sengsorang. eh, napa aku sengsorang je..? kaunter dah tutup ke..?baru kul 12 kot...
owh..blom tutup..cuma dah takde orang je. sume dah selesaikan pepagi lagi kot. ambek number giliran tapi tak pakai pun sebab ada je kaunter kosong...ok..mari follow the arrow lagi...
dapat pun jubah! saiz S. pastu tryla pakai..tapi tak tau ok ke tak sebab manala aku tau jubah ni macam mana saiz yang sesuai. kalau aku pakai agak besar pun, mana ada saiz XS...okla ni kot...
ok, follow arrow lagi buat itu, buat ini...selesai! eh, tak sampai setengah jam kot..apsal dengar cite tahun2 lepas ada yang tunggu kat BP (bangunan peperiksaan) seawal pukul 4pagi sebab takut orang ramai pastu dapat nombor giliran lambat pastu tak dapat saiz sebab yang lambat tu tinggal saiz gedabak2 je...hmm..mungkin UM dah perbaiki mutu..whatever! asalkan urusan aku dah selesai...

12.30 -ok, skang nak pegi mane plak ni..? mesej zira, tapi xbalas..kelas kot...pastu mesej ana, tanya pasal gamba konvo ni nak tempah ke..ana kata takyah pastu dia ajak lepak kat kps dengan member2...erm...okla walaupun ada si kulup tu...
sampai kps, nampak john tengah jalan dengan kengkawan dia. alamak, segan nak tegur. buat2 tak nampak, buat2 tak nampak!!
"eh, kau! lama tak nampak..dari tadi aku tertanya2 mana kau"
walaupun dia tak sebut nama aku..tapi aku suka ayat pakcik john ni...

aku pun pergila ke kafe kps..pastu k-yo tegur
"ain..lama tak jumpa.."
pastu aku buat bunyi.."ohlo,ohlo!" sebab rasa cam cute je k-yo cakap camtu..
terpaksa duduk sebelah kulup sebab takde sit lain. nasib baik ramai kat situ, so takyahla aku layan si kulup ni. tapi aku baik gak tau, aku tanya dia pasal kelas. nasib baik jawab, kalau tak....kalau tak...kalau tak nak buat apa ye? maybe aku kecik hati je la kot...

pastu dorang sume nak lepak kat kolej pastu beramai2 nak pegi makan kfc. baik sungguh mereka mengajak, tapi takpela...
baru je nak meninggalkan kps, zira call cakap dia dengan yin nak pegi makan kat kps, so aku tunggu jela kt situ. sebabkan panas sungguh, jadi aku tunggu kat one stop yang ber air-cond...pastu nampak zira, yin sama kirin tengah cari sit kat kafe. pastu selambe je ikut blakang dorang pastu say "hi!" dengan penuh keceriaan...
dorang sume terkujat dengan kehadiran aku yang tiba2 ni. ok, masa untuk lunch dan tergelak2 dengan besar tanpa memikirkan keayuan lagi...

5.00 - lepas zira dan yin abes klas, pegi mid tengok 'the proposal'...haha! bapak lawak cite ni. cite dia cliche...dah boleh agak apa yang akan berlaku tapi penceritaannya tu menarik dan lawak. dahla duduk tepi dinding. gila kuat gelak! keayuan = -7

malam tu, balik la ke rumah sewa lama...borak2 dengan ex-housemate..dorang tetap sama, tak berubah..sayang mereka! tapi mungkin ada yang dah berubah???hmmm...masalah tul...sedih bila dengar dan tengok member sendri boleh berubah...

pasal besok sume ada klas kecuali aku yang dah tak bergelar student ni, maka kami sume masuk tidur pukul 1 lebih....

besoknya, pukul 10, aku dan zira sesama tunggu bas. aku nak pegi mid, dia pegi kelas la kan...hari tu ujan plak...alhamdulillah..kurang sket jerebu...on the way dalam bas tu, zira pun cerita la pasal member yang dah berubah ni. mulut aku sepuluh kali terlopong agaknya sebab terkujat sangat...hmmm

sampai mid, ingat nak jenjalan, tapi duit tarak...dan bahu sakit sebab barang berat, maka terusla naik tren balik semban....sronok gak ek jumpa kawan sekali sekala...?

dalam tren, terima message drp si kulup. maybe ana kot yang hantar tapi kalau tak silap ana dah balik rumah, atau mungkin ana suruh kulup anta kat aku kot...messagenya ajak aku pegi karaoke besok...hai..parahla aku nak stay kl lelama...pose lagi 4 hari belum ganti ni...sorry la ye kawan2 sebab tak dapat dengar suara emas aku..ohohoi!

p/s: kat stesen serdang (kot..)ada sorang mamat chomey duduk depan aku. maybe junior aku la kot..muda je nampak...tapi muka dia sweet sangat..tido pun senyum...ahakz!

No comments:

Post a Comment